Era zombi Korea bermula dengan kejayaan filem ‘Train to Busan’ (2016). Seterusnya menempa sejarah lagi dengan siri hit Netflix, ‘Kingdom’ (2019).

Dari naik kereta api ke Busan hingga memakai hanbok semasa zaman Joseon, zombi sekali lagi bangkit di layar skrin dan kali ini sebagai pelajar sekolah dalam siri ‘All of Us are Dead’ yang sedang menduduki No.1 dalam carta rancangan Netflix menurut FlixPatrol saat artikel ini ditulis.

1 2
Kredit: Netflix

Watak zombi dalam filem dan drama Korea ini dihidupkan dengan mekap ngeri dan pergerakan meliuk badan seperti patah tulang.

Baca lagi: [VIDEO] Bagaimana Solekan Kesan Khas ‘Menghidupkan’ Zombie Korea?

Baca lagi: “Saya Nak Balik Rumah, Tiba-tiba Terserempak Dengan Zombie.”- Kata Netizen Korea Ini

Jeon Young, seorang penari street dance khusus dalam bone-breaking tidak menyangka bahawa suatu hari nanti dia akan jadi seorang pakar koreografi zombi.

Dia dihubungi oleh Yeon Sang-ho, pengarah ‘Train to Busan’ bagi mengarah pergerakan zombi dalam filem tersebut dan dipinta supaya buatkan zombi itu bergerak sama seperti orang terjangkit penyakit anjing gila.

2 1
Kredit: Netflix

Dari mana dapat Idea?

Menurut Jeon, inspirasinya datang daripada komik-komik Jepun dan game. Dia membentuk aksi itu setelah studi pelbagai elemen termasuk penyakit anjing gila, berjalan semasa tidur, robot dan dehidrasi.

Zombi dalam ‘Train to Busan’ direka setelah dia mengkaji pergerakan haiwan terkena penyakit anjing gila dan humanoid dalam filem cyberpunk Jepun, ‘Ghost in the Shell 2: Innocence’ (2004).

3
Kredit: Creepy Catalog

“Walaupun merempuh macam-macam benda dan halangan, mata dan muka zombi dalam ‘Train to Busan’ ini tetap tertumpu pada mangsa sasaran mereka. Ciri ini dirujuk dari game ‘Dark Soul’ kata Jeon kepada Korea Herald.

Jeon percaya bahawa pergerakan manusia cenderung mempunyai irama, corak dan aliran tertentu. Koreografi zombi ciptaannya digerakkan dengan memulas otot, melentur atau membengkokkan tubuh seolah-olah kelihatan tulang patah. Orang yang memegang watak zombi ini dikatakan mengambil masa 3-4 bulan berlatih.

Selain ‘Train to Busan’, projek-projek lain penglibatannya adalah:

  • Siri Kingdom
  • Peninsula
  • The Cursed: Dead Man’s Prey
  • Happiness

Sumber: Korea Herald, Korea JoongAng Daily

Previous articleProfesor Ini Mengulas Mengapa Sesetengah Orang Korea Suka Tunjuk Mewah & Kaya
Next article“Saya Enggan Aktif Di Korea, Tak Nak Buat Comeback”- Kata-kata T.O.P BIGBANG Cetus Spekulasi