Home Lifestyle Profesor Ini Mengulas Mengapa Sesetengah Orang Korea Suka Tunjuk Mewah & Kaya

Profesor Ini Mengulas Mengapa Sesetengah Orang Korea Suka Tunjuk Mewah & Kaya

0

Bulan lepas panas dengan kontroversi Song Ji Ah atau Freezia, seorang YouTuber dan bintang realiti TV, Single’s Inferno.

Diringkaskan cerita, dia memakai baju dan aksesori berjenama tiruan di dalam video-video dan TV yang membuatkan netizen Korea mengamuk. Apabila buka laman portal Korea, namanya selalu jadi tajuk utama dari atas sampai bawah.

Baca lagi: ‘Detektif’ Netizen Korea Gigih Kumpul Bukti Barangan Berjenama Tiruan Free Zia

Baca lagi: Peserta ‘Single’s Inferno’ Kim Hyun Joong Dedah Punca Dia ‘Unfollowed’ Free Zia Di Instagram

Kini isu tersebut sudah sejuk atau mungkin basi namun saya tertarik dengan pandangan seorang pakar psikologi mengenai isu tersebut dan kaitannya dengan masyarakat Korea.

“Di sebalik amukan itu, terselit perasaan tertipu oleh seseorang yang mereka kagumi kerana dilihat menjalani kehidupan mewah yang menjadi idaman ramai”, kata pakar.

Lim Myung-ho, profesor psikologi dan psikoterapi di Universiti Dankuk berpendapat ilusi standard sosial itu boleh dilihat pada minat dan perhatian awal yang ditunjukkan kepada FreeZia.

“Sesetengah orang cenderung mahu menjadi sebahagian daripada kumpulan tertentu, terutamanya yang mempunyai kuasa dan kekayaan. Apabila tekan butang ‘suka’, mereka berasa seperti tergolong dalam kumpulan tersebut.” kata Lim.

FreeZia bina persona ‘muda, menarik dan kaya’ menerusi kehidupannya di kediaman elit dan memakai barangan mewah seperti artis K-pop yang top. Orang ramai percaya dia kaya dan popularitinya melonjak naik dengan jutaan pengikut.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, budaya ‘flex’ semakin meningkat di mana individu bermegah atau menayang kekayaan mereka. Misalnya video penyanyi rap Yumdda membelanjakan 40 juta won ($33,390) dalam masa sehari telah mendapat hampir tujuh juta tontonan setakat ini.

Memetik artikel Korea Times, konten menayang kemewahan itu nampaknya boleh ‘jual’ dan menarik perhatian orang.

“Ramai orang mempunyai keinginan untuk menjadi kaya, dan menonton gaya hidup mewah selebriti adalah satu cara untuk menyalurkan keinginan sedemikian,” kata Lim lagi sambil menjelaskan tabiat itu membuatkan si penonton berangan-angan menerusi kehidupan orang lain.