Home K - Pop Peserta ‘Single’s Inferno’ Kim Hyun Joong Dedah Punca Dia ‘Unfollowed’ Free Zia...

Peserta ‘Single’s Inferno’ Kim Hyun Joong Dedah Punca Dia ‘Unfollowed’ Free Zia Di Instagram

0

Peserta ‘Single’s Inferno’ Kim Hyun Joong dan Song Ji Ah (YouTuber Free Zia) telah mendapat banyak perhatian daripada penonton dalam rancangan itu.

kim and song 750x375 1

Dari awal lagi kedua-dua mereka telah menunjukkan yang mereka tertarik antara satu sama lain sehingga dapat melarikan diri dari pulau itu kerana mereka memilih satu sama lain sebagai pasangan mereka.

Bagaimanapun, kisah percintaan mereka hanya bertahan sebentar sahaja kerana Free Zia kemudian terpalit dengan kontroversi memakai barangan palsu daripada jenama mewah.

1642450573 untitled 1

Dengan kontroversi melanda ini, beberapa netizen mendapati Kim Hyun Joong yang sebelum ini mengikuti Free Zia di Instagram sudah tidak lagi mengikuti YouTuber tersebut.

Oleh itu, ramai yang membuat spekulasi bahawa Kim Hyun Joong bercadang untuk memutuskan hubungannya dengan YouTuber itu gara- gara kontroversi tersebut.

2255061326

Kim Hyun Joong kemudian memberi responnya secara peribadi bercakap dengan saluran berita MK, dan menjelaskan mengapa dia telah ‘unfollowed’ Free Zia.

Kim Hyun Joong menjelaskan, “Kami masih mempunyai perasaan yang baik dan masih berhubung antara satu sama lain.

037916500 1641870105 240506099 539233830688752 663344372044173832 n

Tiada sebab saya perlu memutuskan hubungan dengannya?” Dia terus menjelaskan, “Saya tidak boleh berkongsi dengan anda semua butiran perbualan saya dengan Ji Ah kerana kontrak penyiaran dan juga sebab-sebab lain.

Tetapi saya ingin mengatakan saya tidak mempunyai perasaan yang buruk terhadapnya.”

kim hyeon joong singles inferno

Dia kemudian menjelaskan mengapa dia tidak lagi mengikuti Free Zia di Instagram. Dia menjelaskan, “Ramai orang berminat dengan kami dan pada mulanya Ji Ah tidak mengikuti saya.

Jadi saya tidak mahu mencipta pelbagai andaian tentang perkara ini, jadi saya membuat keputusan untuk berhenti mengikutinya sahaja.

unnamed 1 10

Tidak ada sebab lain. Sejujurnya, pada masa itu, saya tidak tahu dia terlibat dalam kontroversi ini.”

Kim Hyun Joong berkongsi, “Sejujurnya, saya tidak dapat menghubunginya lagi kerana hal yang telah terjadi ini. Tetapi saya kenal Ji Ah. Dia adalah seorang yang sangat baik dan pandai.

260589014 442771064142472 4243563374628921904 n

Dia menambah, “Setiap orang mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri jadi saya harap semua orang tidak akan membenci sangat.

Saya cuma berharap orang ramai tidak akan menilai dan membenci selepas hanya melihat satu sisi cerita.”

Sumber: allkpop