Umum mengetahui, ‘Titanic’ merupakan antara filem Hollywood legenda sepanjang zaman. Mungkin tiada siapa boleh lupa babak ikonik Jack dan Rose mendepa tangan di atas kapal…

1 6

Apa pun, di atas kapal tersebut terdapat seorang kanak-kanak lelaki Irish penumpang kelas ketiga yang akhirnya meninggal bersama ibu dan kakaknya dalam filem tersebut.

2 6

Sehingga kini aktor kanak-kanak lelaki itu masih buat duit daripada filem itu, berapa agaknya?

3 6

Ketika itu, Reece Thompson baru berusia lima tahun semasa memegang watak itu. Kini dia berusia 30 tahun dan bekerja sebagai pengarah pemasaran digital di Amerika Syarikat (AS).

4 7

Katanya ketika ditemu bual ‘Business Insider’, dia tidak berapa ingat tentang penggambaran filem itu semasa kecil, namun perkara yang diingatinya adalah menerima cek royalti setiap tahun.

Mula-mula dia jadi model kanak-kanak selepas memenangi sebuah pertandingan dan menandatangani kontrak dengan ejen pencari bakat.

Kemudian ejen itu memberikan dua pilihan kepada ibunya sama ada Reece boleh membintangi iklan stesen minyak atau peluang untuk memainkan peranan dalam Titanic.

Meskipun pilihan iklan itu biasanya lebih selamat, ibunya memutuskan untuk pilih meletakkannya dalam filem ‘Titanic’. Ternyata itu pilihan terbaik kerana filem tersebut terlaris sepanjang masa.

Penggambaran filem ini dibuat pada 1997 dan menemui penonton pada Januari 1998, Jelasnya, dia dibayar sekitar £22,000 hanya untuk tiga babak dan sebaris ayat dialog ketika itu. Wang yang terjana dari produksi Hollywood itu diperuntukkan untuk pendidikannya, kereta dan sara hidup.

Reece turut mendedahkan bahawa sehingga kini dia masih terima cek bernilai sekitar $150-$ 250 daripada produksi filem tersebut.

“Harapnya mereka terus mainkan filem itu, kerana maksudnya duit royalti saya akan terus berjalan.” kata Reece.

Sumber: Mirror, Express

Previous article“Saya Rasa Dia Kehilangan Terlalu Banyak Berat Badan”, Netizen Risau Tengok Penampilan Terbaru Chanmi AOA.
Next articlePeserta ‘Single’s Inferno’ Kim Hyun Joong Dedah Punca Dia ‘Unfollowed’ Free Zia Di Instagram