Home Entertainment Peminat Terkejut Dengan Gambar Dan Caption Terbaru T.O.P BIGBANG Di Instagram

Peminat Terkejut Dengan Gambar Dan Caption Terbaru T.O.P BIGBANG Di Instagram

0

Ahli BIGBANG T.O.P terkenal dengan konten yang agak unik, artistik dan kadangkala membingungkan di Instagram miliknya.

3958071d038181b9feeb640886b56bc3

Ramai peminat merasakan bahawa konten T.O.P menghiburkan dan merangsang pemikiran, dan dia jugak agak aktif di platform tersebut!

‘Post’ terbarunya di Instagram, bagaimanapun, membuatkan perhatian orang ramai termasuklah V.I.P (nama peminat BIGBANG).

4

Imej yang dimuat naik T.O.P menunjukkan baki empat ahli BIGBANG, iaitu dirinya T.O.P, G-Dragon, Daesung, dan Taeyang.

Malahan, lebih menariknya T.O.P bukan sahaja memuatnaik gambar yang memang asalnya hanya mereka berempat, tetapi dia sebenarnya telah ‘crop’ dan mem-photoshop imej lama.

Capture 13

Gambar sebenar

Imej lama tersebut merupakan gambar dahulu yang sepatutnya mempunyai imej Seungri.

Dalam kapsyen gambar itu, dia hanya memasukkan hashtag #ilovemyband dan #ilovemyfans.

2 6

Sejak Seungri meninggalkan BIGBANG selepas beberapa skandal yang berlaku, di mana bekas ahli BIGBANG itu dituduh mempunyai ‘group’ sembang seks secara rahsia, terlibat dalam pelacuran, penyelewengan dana perniagaan dan pendapatan, dan banyak tuduhan lain yang membawanya kepada tiga tahun hukuman penjara.

d0b7701f 4290 4c5a a8a9 10354545979c 0d2782bf

Walau apa pun yang cuba disampaikan T.O.P, ianya jelas cara dia melihat barisan BIGBANG yang sekarang.

Peminat juga berharap bahawa agar kumpulan ikonik generasi kedua itu akan mengeluarkan lagu terbaru bersama-sama suatu hari nanti!

Sumber: Koreaboo!