Home Kdrama/Kmovie 5 Doktor Kacak Di Dalam K- Drama Perubatan Dengan Jalan Cerita Yang...

5 Doktor Kacak Di Dalam K- Drama Perubatan Dengan Jalan Cerita Yang Menarik

0

Drama berkisarkan tentang perubatan memang popular di Korea. Antara sebabnya mungkin kerana plot yang boleh dipercayai dan adegan yang realistic.

Tetapi mungkin juga disebabkan pelakon tampan yang memakai kot putih dan memegang stetoskop di tangan.

0f21d2ce0e834e1ebfecf5886f3c256f

Ramai bintang korea kelihatan sangat menakjubkan dalam peranan mereka sebagai doktor/pakar kesihatan. Ketampanan mereka itu juga tidak terkata.

Berikut adalah beberapa pelakon terkenal Korea yang kelihatan sangat hebat sebagai doktor dalam drama perubatan.

1. Namgoong Min: Doctor Prisoner– (2019)

1 5

Drama Doctor Prisoner ini, mengisahkan tentang seorang doktor yang sentiasa bekerja keras untuk pesakitnya.

Na Yi-Je (Namkoong Min) seorang yang bersemangat tentang profesionnya itu, akan tetapi selepas satu kejadian yang tidak diingini terjadi, dia terpaksa berhenti kerja.

2. Ahn Jae Hyun: Blood– (2015)

67c512cce79b9925030dd3d2242fa709

Bayangkan puntianak yang inginkan darah manusia kemudian menjadi salah seorang pakar bedah terbaik di negara ini! Ha, itulah watak Ahn Jae Hyun dalam drama ini.

Dia mampu membawa watak Park Ji Sang seorang doktor yang bertugas dan juga pontianak yang dahagakan darah, membuatkan anda tiada pilihan selain terpesona dengan wataknya di dalam drama ‘Blood’.

3. Lee Jong Suk: Doctor Stranger– (2014)

maxresdefault

Pelakon Lee Jong Suk memegang watak sebagai Park Hoon dalam drama Doctor Stranger (2014).

Dia seorang doktor genius yang dilatih di Korea Utara. Dengan gaya rambut, ketampanan dan personaliti romantiknya itu, apa lagi yang yang kita nak?

4. Lee Dong Wook: Life– (2018)

4

Ye Jin-woo (Lee Dong Wook) ialah seorang doktor kecemasan di Hospital Universiti Sangkook.

Dia seorang yang berhati mulia yang menjaga pesakitnya dan menentang akan tindakan pengarah hospital yang korup.

4.1

Dia mempunyai personaliti penyayang dan wajah yang menawan; anda pasti akan jatuh cinta dengannya.

5.Ahn Hyo Seop: Dr. Romantic 2– (2020)

5 5

Seo Woo-jin ialah seorang felo pembedahan am tahun kedua yang mempunyai masa lalu yang teruk.

Dimana ibu bapanya telah membunuh diri mereka ketika dia masih kecil lagi. Sejak itu, dia sering menghadapi banyak masalah.

ahn hyo seop1

Dia terpaksa berdepan dengan isu dipecat dari dua hospital. Hyo-seop kelihatan menawan dan dia juga memainkan peranan dengan sempurna.

K-Drama Perubatan Ini Boleh Ditonton Secara Percuma!

Di dalam drama- drama Korea terdapat doktor yang perwatakannya berhati mulia, yang sentiasa mengutamakan pesakit, tetapi ada juga yang sebaliknya.

Perwatakan dan jalan cerita yang hebat memainkan peranan utama untuk sesebuah drama. Walaubagaimanapun, rupa yang kacak juga mampu menarik penonton.viu premium access malaysia 1639157248 374d7947 progressive 1

Berita baik! Anda boleh menonton drama- drama perubatan ini secara PERCUMA sahaja di VIU! Anda hanya perlu melayari VIU di website ataupun menggunakan aplikasi VIU.

Aplikasi Viu ini boleh dimuat turun dalam smartphone supaya boleh streaming di mana dan bila-bila masa sahaja. Boleh klik dan cari doktor ‘handsome’ anda di sini.

Sumber: allkpop