Seorang pengguna Naver, platform dalam talian Korea berkongsi pengalamannya serta pros dan cons semasa tinggal di Malaysia. Kita namakannya Mr. A (bukan nama sebenar).

Ceritanya, dia berpindah ke Malaysia sejak tahun 2008 selepas beberapa kali melawat setahun sebelumnya. Dia mengenali negara bertuah ini dari Google Earth. Perkara yang menarik perhatiannya adalah banyak kehijauan alam bila dilihat dalam imej satelit tersebut. Bangunan pun jarak-jarak, tersusun dengan cara tersendiri.

Lantas Mr. A batalkan perancangan ke Maldives sebaliknya terbang ke Kuala Lumpur (KL), Malaysia. Cuma satu perkara yang membimbangkannya, adakah negara ini panas dan selamat bagi pengembara?

Bila tengok dengan mata kepala sendiri, ternyata suasananya tidak jauh beza dengan paparan cariannya di internet. Berbanding dengan musim panas Korea, cuaca panas di Malaysia lebih okay baginya.

Perkara paling penting adalah bahasa. Katanya lagi, bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi Malaysia. Sebutan bahasa Inggeris orang Malaysia kedengaran berbeza seperti yang didengarnya dalam filem Amerika. Biasalah, bukan mudah lidah belacan nak bertukar keju. Ketika di KL, dia berkomunikasi dalam Kongulish (Korea + English).

Secara keseluruhannya, dia berpendapat Malaysia banyak merubah hidupnya dan bawa dia keluar dari kehidupan yang dia struggle di Korea.

Kenapa dia suka tinggal di Malaysia? (Pros)

  • Hampir tiada diskriminasi terhadap pendatang asing katanya
  • Cuaca cerah dan panas
  • Dia tak suka cuaca sejuk
  • Sistem kesihatan yang baik
  • Kebanyakan rakyat Malaysia peramah
  • Udara bagus
  • Boleh main golf pada harga mampu bayar
  • Harga barangan tidak murah seperti dijangka, tetapi murah sikit daripada di Korea
  • Boleh guna KakaoTalk untuk berkomunikasi

“Meskipun ada banyak kelebihan, tidak bermakna saya tak rindukan Korea lebih-lebih lagi semasa musim pandemik ini.” -Mr. A

Cons bagi Mr. A ketika tinggal di Malaysia

  • Kesukaran hidup sebagai orang asing tidak dapat dielakkan
  • Perbezaan budaya, bahasa dan komunikasi
  • Semakin jauh dengan kenalan di Korea
  • Tidak mudah mendapatkan pekerjaan seperti orang tempatan. Kata Mr. A, “Tak kisah lah kamu orang kaya ke, orang Korea atau dari mana-mana negara sekalipun, penting untuk cari jalan buat duit.”

Begitulah Malaysia, negara tercinta di mata seorang netizen Korea. Bagaimanapun ini hanya pendapat peribadinya dan lain orang lain pengalamannya.

Sumber: Naver

Previous article5 Doktor Kacak Di Dalam K- Drama Perubatan Dengan Jalan Cerita Yang Menarik
Next articlePelakon Cilik Filem ‘Miracle in Cell No. 7’ Kini Jadi Artis K-Pop