Masih ingat kanak-kanak perempuan comel yang menggalas beg Sailor Moon dalam filem Korea ‘Miracle in Cell No.7’? Alah, anak ketua polis yang jadi punca watak utama masuk penjara tu.

https://twitter.com/yeseoyo/status/1451933772295725057

Nama sebenarnya Kang Yeseo, kini dia berusia 17 (umur standard Korea) dan kini debut sebagai anggota kumpulan Kep1er.

Yeseo 1

Sebelum jadi bintang K-pop, Yeseo beberapa kali muncul di skrin sebagai pelakon kanak-kanak, termasuk watak Jiyoung dalam filem ‘Miracle in Cell No.7’.

Pada tahun 2019, Yeseo ditempatkan dalam kumpulan K-pop Busters Beta sebagai vokalis utama, penari utama dan visual. Bagaimanapun, kumpulan itu dibubarkan pada 2020.

Namun itu bukan pengakhiran cita-citanya dalam dunia K-pop. Kemudian Yeseo masuk bertanding dalam rancangan survival Korea, Girls Planet 999. Kedudukan ke-6 dalam rancangan tersebut menjadikannya sebagai salah seorang ahli kumpulan Kep1er.

Sewaktu memperkenalkan diri, Yeseo mengimbau semula adegan ikoniknya yang berebut beg Sailor Moon dalam filem ‘Miracle in Cell No.7’.

Yeseo pastinya telah melangkah jauh. Selepas berbulan-bulan membuat persiapan dan berusaha, akhirnya dia diangkat sebagai maknae (ahli termuda) Kep1er yang muncul dengan lagu tarian pop WA DA DA.

Kep1er terdiri daripada sembilan gadis yang diuruskan oleh WAKEONE Entertainment dan Swing Entertainment. Ahli-ahlinya terdiri daripada Yujin, Mashiro, Xiaoting, Chaehyun, Dayeon, Hikaru, Huening Bahiyyih, Youngeun, dan Yeseo.

Sumber: Philstarlife:

 

Previous articleNetizen Korea Ini Kongsi Sebab Kenapa Dia Berada Di Malaysia
Next articleJungkook BTS Dapat Gelaran “Raja Sold Out”, Ini Sebabnya.