Home K - Pop “Saya Enggan Aktif Di Korea, Tak Nak Buat Comeback”- Kata-kata T.O.P BIGBANG...

“Saya Enggan Aktif Di Korea, Tak Nak Buat Comeback”- Kata-kata T.O.P BIGBANG Cetus Spekulasi

0

Penantian peminat di seluruh dunia berakhir apabila baru-baru ini BIGBANG mengumumkan membuat kemunculan semula. Bagaimanapun, berita gembira itu datang bersama-sama dengan kejutan kerana YG Entertainment melaporkan T.O.P, salah seorang anggota kumpulan K-pop hit itu akan meninggalkan agensi tersebut.

unnamed 3 1

Menerusi kenyataan rasmi YG, alasannya adalah T.O.P menyatakan hasrat untuk mengembangkan projek peribadinya. Namun ramai netizen teringat kata-kata ahli BIGBANG itu semasa siaran langsung di Instagram yang mungkin jadi pembayang kepada keputusannya.

Baca lagi: T.O.P, Big Bang Memberitahu Dia Tidak akan Mempromosikan Dirinya Di Korea Lagi.

Baca lagi: Peminat Terkejut Dengan Gambar Dan Caption Terbaru T.O.P BIGBANG Di Instagram

Mengimbas Februari 2020, T.O.P mengadakan siaran langsung bagi berinteraksi dengan peminat dan pengikutnya di Instagram serta memberitahu kehidupan terkininya pada ketika itu.

Mengenakan gaya rambut yang lebih panjang, rapper itu berkata dia sentiasa ingin menunjukkan ‘sisi ini’ (diri sebenar) kepada peminatnya. Dia percaya tidak ramai tahu bagaimana dia menjalani kehidupannya yang sebenar.

unnamed 8

T.O.P turut mengaku semasa siaran langsung itu bahawa dia “tidak akan membuat kemunculan semula di Korea, atau sebarang kemunculan semula sama sekali.”

“Saya enggan membuat kemunculan semula di Korea, tak mahu membuat kemunculan semula sama sekali. Jika saya berbuat demikian, lebih banyak artikel mengarang cerita mengenai saya tetapi mereka tidak benarkan saya berkata apa-apa. Kawan-kawan semua pun tendang saya (suruh diam).” katanya.

Selain itu, dia turut berkongsi perancangan kerjayanya dan meluah perasaan tidak puas hati tentang netizen dalam talian.

“Saya nak buat muzik saya sendiri. Manusia-manusia ni teruk. Let’s love. Peace.” ujarnya lagi.

Menurut Wikitree, T.O.P pernah bergaduh dengan netizen pada tahun 2019.

“Tolonglah diri sendiri, jangan main media sosial, tak payah nak come back pun.” seorang netizen tinggalkan komen begitu.

“Ya! Aku pun tak nak buatlah. Tengok gambar-gambar haiwan lagi bagus.” katanya sebelum padam komen tersebut.

Bagaimanapun ini hanyalah spekulasi yang dibuat oleh netizen dan media-media, cerita sebenarnya mungkin cuma tuan empunya badan sahaja yang tahu.

Sumber: Wikitree, Koreaboo, Sports