Home Design Bagaimana Solekan Kesan Khas ‘Menghidupkan’ Zombie Korea?

[VIDEO] Bagaimana Solekan Kesan Khas ‘Menghidupkan’ Zombie Korea?

0

Kerja Hwang Hyo-kyun adalah ‘menipu’ mata orang. Terutama mata penonton cerita Korea seperti Train to Busan, Peninsula dan siri Netflix, Kingdom.

Apabila menonton filem zombie, umum tahu watak monster itu adalah ‘tipu-tipu’ atau lakonan manusia namun mungkin tetap beranggapan bahawa itu memang makhluk zombie kerana lebih fokus pada cerita.

kingdom 2
Kredit: Netflix

Itu tandanya solekan kesan khas atau SFX menjadi.

Berbeza dengan mekap biasa yang berperanan untuk mencantikkan seseorang individu, seni solekan ini dibuat untuk mencipta ilusi pada tubuh atau wajah misalnya untuk kelihatan melecur, luka parah, atau berusia.

Tidak hanya itu, solekan jenis ini juga dapat menukar seseorang jadi hantu, raksasa, alien, zombie dan pelbagai watak fantasi yang diingini.

Bagaimana ‘Zombie’ dalam Siri Kingdom Dibuat?

Hwang Hyo-kyun merupakan pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Technical ART Studio CELL atau “CELL,” berfokuskan solekan dan kesan khas di Korea Selatan yang dibangunkan sejak tahun 2003.

Salah satu hasil seninya yang mendapat spotlight adalah siri Netflix ‘Kingdom’. Ditayangkan sejak awal tahun 2019, ia mengisahkan tentang ‘kebangkitan’ dan kejadian misteri yang mengubah orang-orang era Joseon (akhir abad ke-14 – awal abad ke-20) Korea menjadi zombie. Cerita ni memang intense, ada unsur-unsur seram, sejarah dan politik.

AAAABU9bHervQ
Kredit: Netflix

Dalam sebuah temu bual dengan CNN, Hwang mengatakan pasukan mereka mengkaji banyak penampilan dan gaya zombie terutama untuk Zaman Pertengahan Korea.

Mereka turut meneliti beberapa perkara termasuk status sosial zombie tersebut semasa masih jadi manusia. Misalnya rakyat biasa yang bertani menjadikan kulit mereka lebih gelap. Manakala golongan istana yang jarang berjemur di terik matahari pula lebih cerah.

Untuk buat zombie raja saja, sepasukan yang terdiri daripada 10 orang diperlukan untuk siapkan rupanya dengan begitu terperinci, manakala segerombolan zombie pula lagilah ambil masa lama.

https blogs images.forbes.com joanmacdonald files 2019 02 kingdom
Kredit: Netflix

Kulit palsu diperbuat daripada silikon untuk ‘luka’ dan ‘parut’. Sepanjang penggambaran itu, kira-kira lebih dari satu tan darah palsu digunakan.

Cabaran bagi Hwang adalah TV sekarang makin besar dan resolusi makin tinggi, jadi kesalahan kecil pun boleh nampak. Oleh itu beban untuk dapatkan kesempurnaan semakin berat dipikulnya supaya zombie itu tak nampak lucu.

Walaupun Hwang pernah bercita-cita untuk bekerja di Hollywood, akhirnya beliau tidak kisah lagi kerana projeknya kini telah ditonton di seluruh dunia dan berasakan bahawa kerja kerasnya dibalas setimpal.

“Sekarang bila saya beritahu bahawa saya berada dalam pasukan solek kesan khas untuk ‘Train to Busan‘ dan ‘Kingdom,’ saya rasa dah tak perlu bekerja untuk filem Hollywood bagi merealisasikan impian saya lagi,”

“Saya berasa dihargai.” kata Hwang lagi.