Home Kdrama/Kmovie The Fiery Priest 2 Bakal Menemui Anda dengan 12 Episod

The Fiery Priest 2 Bakal Menemui Anda dengan 12 Episod

0

Setelah sekian lama dinantikan, akhirnya drama Korea The Fiery Priest 2 akan menemui para peminat setia dan bakal ditayangkan tidak lama lagi. Drama siri yang pernah popular pada tahun 2019 tersebut akan kembali mengangkat kisah seorang pastor dengan emosi yang meluap-lupa dan cepat marah.

Pasukan produksi baru-baru ini mengesahkan bajawa pelakon-pelakon sebelum ini, termasuk Kim Nam Gil dan Honey Lee, akan kembali bergandingan dalam musim kedua ini. Buat anda yang sudah tidak sabar-sabar lagi, berikut ini merupakan sinopsis dan senarai pelakon drama siri Korea The Fiery Priest 2. Mari sama-sama kita lihat!

 

1. Sinopsis drama Korea The Fiery Priest 2

Priest 2Drama Korea The Fiery Priest 2 akan kembali mengangkat kisah pastor Kim Hae Il (Kim Nam-gil) yang masih tidak boleh membendung emosi dan kuat marah-marah. Dia akan menuju ke Busan untuk menyelesaikan kes dadah di Gudam-gu ditemani oleh Park Kyung Sun (Honey Lee) dan Goo Dae Young (Kim Sung Kyun).

Di Busan, geng pastor, pendakwa raya, serta polis itu akan bertemu kumpulan penjahat yang ingin membentuk kartel gergasi. Selain itu, mereka akan ditemani Goo Jae Young, seorang detektif unit dadah yang merupakan watak baru dan dilakonkan oleh BIBI.

 

2. Senarai pelakon drama siri The Fiery Priest 2

0c3a20b3 d5f9 4259 9470 0612e32ddfdbDrama siri ini masih ditulis oleh Park Jae Beom yang sebelum ini turut menulis skrip musim pertama. Selain Kim Nam Gil dan Honey Lee, berikut ini adalah senarai pelakon drama siri The Fiery Priest 2:

● Kim Nam Gil sebagai Kim Hae Il
● Kim Sung Kyun sebagai Goo Dae Young
● Lee Honey sebagai Park Kyung Sun
● BIBI sebagai Goo Jae Young
● Seo Hyun Woo sebagai Nam Doo Heon

3. Tarikh tayangan The Fiery Priest 2

481fddb9 544e 4a36 bf11 340c1ef3a2c0Sementara itu, The Fiery Priest 2 dikhabarkan akan menampilkan 12 episod dan akan ditayangkan secara perdana pada paruh kedua tahun ini melalui saluran SBS.

Bagi peminat-peminat Kim Nam Gil, nantikan maklumat selengkapnya tentang tarikh tayangan dan platform streaming global ya!

Baca lagi: Kdrama Terbaru di Viu, “Under The Gun”, Idol Zuho Sf9 Sebagai Watak Utama
Baca juga: Blood Free Semakin Mendapat Tumpuan, Banyak Genre dalam 1 Drama, Kian Menarik

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here