Home Disney+ Blood Free Semakin Mendapat Tumpuan, Banyak Genre dalam 1 Drama, Kian Menarik

Blood Free Semakin Mendapat Tumpuan, Banyak Genre dalam 1 Drama, Kian Menarik

0

Blood Free merupakan drama yang menyaksikan kemunculan Ju Ji Hoon dan Han Hyo Joo. Drama ini mengisahkan tentang kehidupan Yun Ja Yu (Han Hyo Joo) sebagai CEO BF Group yang terlibat dengan bekas presiden akibat suatu insiden misteri.

Dari awal episod Blood Free sudah menampilkan banyak konflik yang semakin pelik apabila Woo Chae Woon tampil sebagai pengawal peribadi Yun Ja Yu dalam menghadapi gangguan yang silih berganti.

Blood Free juga tampak semakin menarik dengan beberapa genre yang digabungkan sekaligus. Bermula dari sains fiksyen, aksi dan banyak lagi, mari sama-sama kita lihat penjelasan empat genre yang diusung dalam drama Blood Free seperti berikut ini.

 

1. Sains Fiksyen (sci-fi)

IMG 3545Dalam Blood Free, terdapat BF Group yang berjaya menemui inovasi baru dari penyelidikan mereka. Mereka mampu mencipta produk gantian bagi daging yang berasal dari manipulasi genetik dengan cairan khas. BF Group sangat optimis untuk terus mencipta produk manipulasi genetik lain seperti kekacang, kulit haiwan, dan sebagainya. Mereka mendakwa produk-produk ini dapat menyelamatkan alam dan haiwan dari eksploitasi. Semua ini menjadi latar untuk genre sains fiksyen yang kental dalam drama tersebut.

Baca lagi: Drama Terbaru “Blood Free” Tinggalkan 7 Persoalan di Episod Awal, Penuh Tanda Tanya

2. Aksi

IMG 3548Blood Free menyisipkan beberapa adegan aksi sejak minit-minit awal episodnya. Contohnya, bekas Presiden Lee Mun Gyu (Jeon Kuk Hwan) yang sedang melakukan kunjungan kem ketenteraan namun menerima keganasan letupan. Selain itu, Woo Chae Woon (Ju Ji Hoon) dan Yun Ja Yu (Han Hyo Joo) juga pernah diganggu oleh para gangster iaitu orang-orang suruhan Lee Mun Gyu. Situasi-situasi tersebut menampilkan banyak ketegangan dalam jalan cerita.

 

3. Misteri

43c0a943 2115 4230 a5d8 93911e1a089bAksi gangguan dan keganasan yang diterima oleh Presiden Lee Mun Gyu semasa kunjungan kem ketenteraan beberapa tahun lalu masih menimbulkan persoalan. Tambahan pula, situasi ini menyebabkan cacat kekal pada kedua-dua kakinya kerana perlu dipotong.

Tentu sahaja, Lee Mun Gyu tudak mahu berdiam diri setelah kejadian tragik tersebut. Dia meminta Woo Chae Woon untuk secara diam-diam menyiasat kebenaran disebalik tragedi itu. Ini termasuk penglibatan Yun Ja Yu yang juga ada di lokasi kejadian waktu itu. Anda rasa siapakah dalang sebenar kejadian letupan tersebut?

 

4. Politik

Blood freeBukan tanpa sebab Lee Mun Gyu mengesyaki penglibatan Yun Ja Yu dalam kes tersebut. Sebenarnya, Yun Ja Yu merupakan CEO BF Group yang cadangannya pernah ditolak oleh Lee Mun Gyu. Menariknya, BF Group semakin popular selepas insiden itu kerana Lee Mun Gyu turun dari kerusi presiden.

Blood Free mampu mengemaskan keempat-empat genre tersebut dengan seimbang dan menarik. Tambahan pula, jalan cerita yang ditampilkan berjaya membuatkan penonton semakin ingin tahu. Jadi, jangan lupa nantikan episod-episod Blood Free akan datang ya.

Baca lagi: Blood Free Episod 3-4 Tampilkan Banyak Kejutan, Identiti Penggodam Didedahkan?
Baca juga: 4 Watak dalam Blood Free yang Menimbulkan Kesangsian dan Syak Wasangka, Ada Niat Tersembunyi?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here