Home Disney+ Blood Free Episod 3-4 Tampilkan Banyak Kejutan, Identiti Penggodam Didedahkan?

Blood Free Episod 3-4 Tampilkan Banyak Kejutan, Identiti Penggodam Didedahkan?

0

Episod 3 dan 4 Drama Korea Blood Free telah ditayangkan pada hari Rabu, 17 April 2024. Terdapat banyak kejutan dan plot twist terungkai diikuti dengan fakta-fakta baru yang sangat mengejutkan dan tidak disangka-sangka. Lebih-lebih lagi fakta tentang penghodam yang berjaya menggemparkan ramai orang hingga mengundang rasa ingin tahu yang membuak-buak dari para penonton.

Apakah kejutan-kejutan dan plot twist yang dimaksudkan ini ya? Mari sama-sama kita lihat beberapa kejutan yang mencengangkan dalam drama siri Blood Free episod 3 dan 4 berikut ini.

 

Blood free
1. Kim Sin Gu (Kim Sang Ho) merupakan watak penting di sebalik serangan hacking laboratorium BF yang sebelum ini dijangka dilakukan oleh CitizenX

 

 

16156b2c 5881 48a8 9578 e6de23d44abe
2. Rupa-rupanya, Kim Sin Gu dan Yun Ja Yu (Han Hyo Jo) pernah melakukan penyelidikan penting dengan melibatkan manusia sebagai bahan percubaan mereka

 

 

 

06a87e66 1c9f 470c 891a 35f8e176fef7
3. Kemalangan yang menimpa Hong Sae Ip (Yi Seon) merupakan perbuatan Kim Sin Gu. Dia menjadi sasaran pembunuhan kerana tanpa sengaja dia terdengar percakapan rahasia profesor tersebut

 

 

 

08053de0 e159 4c51 a5b1 96e1f4d06f20
4. Motif Woo Chae Woon (Ju Ji Hoon) yang pernah disyaki juga mula terdedah, dia juga mula menerima desakan, namun masih dia boleh meyakinkan orang atasannya tersebut

 

 

 

efce435d 96b5 4fcc 8d5c 927cbb1eea01
5. Seterusnya adalah Kim Sin Gu yang sudah berjaya melarikan diri ke luar negara, dia telah mati dibunuh kerana diracun ketika berada di dalam kapal terbang. Yun Ja Yu dituduh sebagai suspek jenayah tersebut

 

 

 

24499704 2d77 4239 b0c0 965f022663c9
6. Lee Mun Gyu (Jeon Kuk Hwan) yang menaruh kecurigaan terhadap Yun Ja Yu juga berniat untuk mengambil alih BF Group melalui menantunya yang juga seorang ahli perniagaan terkenal

 

 

 

acaf1bb8 cd79 4505 8742 5676a0a77b35
7. Walau demikian, Yun Ja Yu dengan tegas menolak permintaan bekas presiden tersebut. dia mendapat serangan yang tidak dijangka dari pihak lawan

Ketujuh-tujuh kejutan tersebut merupakan plot twist yang menambah ketegangang dalam Blood Free di episod 3 dan 4. Tambahan pula, serangan dan gangguan yang diterima oleh Yun Ja Yu nampaknya seolah-olah tidak akan berhenti. Pastikan anda tidak ketinggalan untuk menonton sambungan kisah setiap watak dalam drama Blood Free yang ditayangkan setiap hari Rabu ini ya! Jangan lupa tonton ya episod seterusnya Blood Free yang anda boleh strim di Disney++!

 

Baca lagi: 4 Watak dalam Blood Free yang Menimbulkan Kesangsian dan Syak Wasangka, Ada Niat Tersembunyi?
Baca juga: Drama Terbaru “Blood Free” Tinggalkan 7 Persoalan di Episod Awal, Penuh Tanda Tanya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here