Home Disney+ Drama Terbaru “Blood Free” Tinggalkan 7 Persoalan di Episod Awal, Penuh Tanda...

Drama Terbaru “Blood Free” Tinggalkan 7 Persoalan di Episod Awal, Penuh Tanda Tanya

0

Blood Free ialah siri televisyen Korea Selatan yang ditulis oleh Lee Soo-yeon, diarahkan oleh Park Chul-hwan, dan dibintangi oleh Ju Ji-hoon, Han Hyo-joo, Lee Hee-joon, Lee Moo-saeng, Park Ji-yeon. Ia ditayangkan di Disney+ pada 10 April 2024, dan disiarkan setiap hari Rabu.

Drama terbaru yang menyaksikan gandingan pelakon hebat Ju Ji Hoon dan Han Hyo Joo yang bertajuk Blood Free ini telah ditayangkan sebanyak dua episod secara perdana.

Blood Free yang bakal muncul sebanyak sepuluh episod ini menceritakan tentang syarikat bioteknologi yang diketuai oleh Yun Ja Yu (Han Hyo Joo) dan On San (Lee Mu Saeng). Syarikat bioteknologi tersebut dikenali sebagai Blood Free atau disingkatkan dengan panggilan BF. BF sedang mengembangkan usaha pembuatan daging tiruan sebagai pengganti daging haiwan. Mereka merancang akan mengembangkan produk ini juga ke makanan laut, seperti makarel, tuna, salmon, dan juga udang.

Daging tiruan yang dikembangkan oleh BF mendapat banyak kecaman, terutamanya dari para peternak haiwan. Sebab itulah, episod awal drama Blood Free sudah menimbulkan banyak persoalan. Penonton berharap semuanya akan terjawab secara terperinci hingga episod akhir.

IMG 2548

Berikut ini tujuh persoalan yang muncul di awal episod drama terbaru Korea “Blood Free”.

 

Blood free1. Adakah Woo Chae Woon (Ju Ji Hoon) masuk ke BF hanya untuk bekerja atau menjadi pengintip untuk beka presiden?

 

8c37d7ab 74bd 44a3 9401 6b599f8cceb82. Adakah Yun Ja Yu turut terlibat dalam aksi serangan pesawat semasa bertemu dengan para CEO dan bekas presiden?

 

 

dcc964d7 c30d 4a39 a9e3 7202b12b1ae63. Bagaimanakah cara Yun Ja Yu menjawab cabaran perdana menteri Seonu Jae (Lee Hee Jun) untuk membuktikan daging tiruan BF itu menepati garis panduan undang-undang dan selamat?

 

 

cdb27dc6 fbaa 49d5 a781 782ed75b5b9e4. Adakah ransomware yang menggodam program BF dilakukan oleh pihak dalaman? Siapakah yang melakukannya dan apakah motif di sebalik perkara itu?

 

 

0115199c ea7c 477e ade5 39301885a4dd5. Sewaktu BF mengalami kesukaran, On San memilih untuk menjadi pengarah penyelidikan dan meninggalkan jawatannya sebelum ini, apakah sebenarnya ada motif yang tersembunyi?

 

 

2c7a2b47 eb34 41a9 aff6 e1ab43bb3d296. On San memegang jawatan sebagai pengarah perubatan di BF. Namun dia enggan bertemu dan dikenali oleh pihak media. Apakah alasan di sebalik sikap tersebut?

 

 

IMG 25497. Apakah strategi Yun Ja Yu untuk menghentikan penunjuk perasaan di depan pejabatnya?

Dalam waktu yang sama, penasihat undang-undang BF mengalami kemalangan di waktu kritikal Yun Ja Yu memantau pesalah yang mengugutnya untuk menghantar wang sejumlah 80 billion won dengan berpura-pura menggodam program BF. Adakah sama seperti sangkaan Yun Ja Yu bahawa penasihat undang-undangnya dan ketua penyelidikan adalah dalang di sebalik konflik ini?

Nantikan jawapan dari semua persoalan di atas pada episod seterusnya dalam drama Blood Free yang boleh anda tonton di Disney+ ya!

Baca lagi: 10 Drama Korea yang Boleh Ditonton untuk Menghilangkan Rasa Bosan, Penuh Konflik dan Kejutan
Baca juga: Nama Lee Jae Wook Makin Meningkat Naik, Ini 10 Kdrama yang Dibintanginya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here