Home Artis Korea Nama Lee Jae Wook Makin Meningkat Naik, Ini 10 Kdrama yang Dibintanginya

Nama Lee Jae Wook Makin Meningkat Naik, Ini 10 Kdrama yang Dibintanginya

0

Lee Jae Wook adalah salah seorang pelakon Korea yang sejak beberapa tahun kebelakangan ini namanya sedang terus meningkat naik. Bukan hanya kerana drama-drama Korea popular yang dibintanginya, para peminat juga jatuh cinta pada pesonanya yang tampan serta lakonannya yang memukau.

Bukan hanya itu, baru-baru ini pelakon yang mempunyai ketinggian badan 187 cm tersebut dikhabarkan sedang menjalin hubungan mesra dengan seorang anggota girl group iaitu Karina AESPA. Sayangnya, kisah romantis mereka putus di tengah jalan.

Hingga kini, Lee Jae Wook telah membintangi banyak drama Korea yang berjaya membuatkan para penonton kagum dengan lakonannya. Ditambah pula dengan cerita dan kisah yang pelbagai yang menampilkan Lee Jae Wook dengan sisi berbeza-beza.

Berikut ini adalah pilihan 10 drama Korea yang dibintangi oleh Lee Jae Wook.

 

1. Move to Heaven (2021)

Lee jae wookDrama Korea ini menceritakan tentang seorang remaja bernama Geu Ru, penghidap sindrom Asperger yang baru sahaja kehilangan ayahnya. Atas permintaan terakhir ayahnya, bapa saudara Geu Ru iaitu Sang Gu datang ke rumahnya untuk menemaninya dan menjalankan perniagaan Move to Heaven bersama.

Dalam drama ini, Lee Jae Wook membawa watak sebagai seorang pelajar bernama Kim Su Cheol yang bercita-cita mahu menjadi petinju. Dia bertemu dengan Sang Gu yang juga merupakan bekas petinju.

● Rating Mydramalist: 9.1/10
● Genre: drama, slice of life
● Jumlah episod: 10 episod
● Pelakon utama: Lee Je Hoon, Tang Joon Sang, Hong Seung Hee, Ji Jin Hee,
Lee Jae Wook
● Platform streaming: Netflix

 

2. Alchemy of Souls (2022)

ac8aaac5 84ef 4c10 b543 b74416a8bbc8Lee Jae Wook membawa watak sebagai seorang anak keluarga bangsawan bernama Jang Uk yang selalu membuat onar. Dia menyimpan rahsia yang kurang menyenangkan tentang kelahirannya sehingga masyarakat berbicara tentangnya. Jang Uk bertemu dengan Mu Deok yang merupakan wanita yang berjiwa kental tetapi jiwanya terjebak dalam tubuh yang lemah secara fizikal.

● Rating Mydramalist: 9.1/10
● Genre: fantasi, romantik
● Jumlah episod: 20 episod
● Pelakon utama: Lee Jae Wook, Jung So Min, Min Hyun, Shin Seung Ho
● Platform streaming: Netflix

 

3. Alchemy of Souls 2: Light and Shadow(2022)

95c6af92 adaa 4ad2 b64d f603cdc87d5aDiceritakan tiga tahun kemudian, Jang Uk yang dilakonkan oleh Lee Jae Wook menghabiskan hari-harinya untuk memburu pengubah jiwa. Suatu hari, takdir menemukannya dengan Jin Bu Yeon, seorang wanita yang telah dilahirkan semula
yang sedang berusaha melarikan diri dari sebuah bilik tempat dia dikurung.

● Rating Mydramalist: 8.9/10
● Genre: fantasi, romantik
● Jumlah episod: 10 episod
● Pelakon utama: Lee Jae Wook, Go Youn Jung, Min Hyun, Shin Seung Ho
● Platform streaming: Netflix

 

4. Death’s Game (2023)

5d0f80e0 be29 4198 9892 0b8303dba325Dalam drama ini, Lee Jae Wook merupakan salah seorang dari pelakon utama yang ada. Dia membawa watak sebagai seorang pemuda bernama Cho Tae Sang yang sanggup dipenjara demi sejumlah wang, walaupun dia tidak melakukan sebarang kejahatan. Tubuh Cho Tae Sang dimasuki roh Choi Yee Jae yang sedang berusaha untuk terus hidup.

● Rating Mydramalist: 8.9/10
● Genre: drama, thriller, aksi, fantasi
● Jumlah episod: 8 episod
● Pelakon utama: Seo In Guk, Park So Dam, Go Youn Jung, Choi Si Won, Sung
Hoon, Kim Kang Hoon, Jang Seung Jo, Lee Jae Wook, Lee Do Hyun, Kim Jae Wook, Oh Jung Se
● Platform streaming: Prime Video

Baca juga: 5 Sebab Mengapa “Death’s Game Adalah Siri Yang Ditunggu-tunggu Ramai


5. Extraordinary You (2019)

3905acbd b3c7 4586 97a1 46f6e3c0671bMengisahkan tentang kehidupan watak-watak dalam dunia komik, seorang pelajar sekolah bernama Eun Dan O bertunang dengan Baek Kyung, dilakonkan oleh Lee Jae Wook. Eun Dan O memiliki kemampuan dapat melihat petikan-petikan dari masa depan dan kemudian terlibat dengan pelajar bernama Ha Ru. Dalam drama ini, Lee Jae Wook membawa watak sebagai seorang jejaka yang dingin yang menjadi salah seorang watak utama dalam dunia komik.

● Rating Mydramalist: 8.4/10
● Genre: drama, komedi, romantik, fantasi
● Jumlah episod: 16 episod
● Pelakon utama: Kim Hye Yoon, Ro Woon, Lee Jae Wook, Lee Na Eun, Kim
Young Dae, Jung Gun Joo
● Platform streaming: VIU, Netflix, iQIYI

 

6. Search: WWW (2019)

2fda2394 f716 4a8f 9dcb 04de3897110eDrama ini menampilkan kisah para pelakon moden yang mengejar kemenangan dan kerjaya masing-masing. Di samping itu ada tiga watak utama wanita yang dilakonkan oleh Lim Soo Jung, Lee Da Hee, dan Jeon Hye Jin, dalam drama ini Lee Jae Wook membawa watak sebagai seorang pelakon tampan yang bernama Seol Ji Hwan yang sedang berlakon dalam sebuah drama popular.

● Rating Mydramalist: 8.3/10
● Genre: drama, romantik, komedi, tempat kerja
● Jumlah episod: 16 episod
● Pelakon utama: Lim Soo Jung, Lee Da Hee, Jeon Hye Jin, Jang Ki Young,
Lee Jae Wook
● Platform streaming: Viu

 

7. When the Weather is Fine (2020)

f4d9fafd ea51 40fe 954d 6c46cc63a80aDrama ini mengisahkan tentang kehidupan seharian yang penuh dengan rasa saling memaafkan, penyembuhan, dan kasih sayang yang terjadi di sekitar kedai buku di sebuah kampung. Lee Jae Wook membawa watak sebagai seorang PNS di Kota Gangwon bernama Lee Jang Woo yang cerdas dan merupakan lulusan Universitas Seoul.

● Rating Mydramalist: 8.2/10
● Genre: drama, romantik
● Jumlah episod: 16 episod
● Pelakon utama: Park Min Young, Seo Kang Joon, Moon Jeong Hee, Lee Jae
Wook, Lim Se Mi
● Platform streaming: Netflix, Vidio, iQIYI

 

8. The Impossible Heir (2024)

99943b17 89ff 4ca7 8b2d 802385534aa4Drama ini merupakan projek lakonan terbaru Lee Jae Wook. Lee Jae Wook membawa watak sebagai seorang lelaki berprinsip kuat bernama Han Tae O yang bekerja sama dengan Kang In Ha yang dilakonkan oleh Lee Jun Young. Mereka bersama-sama menyusun rancangan dengan tujuan mencapai impian besar mereka masing-masing.

● Rating Mydramalist: 8.1/10
● Genre: drama, misteri, tempat kerja
● Jumlah episod: 12 episod
● Pelakon utama: Lee Jae Wook, Lee Jun Young, Hong Su Zu

Baca lagi: Buruk dan Kaku Lakonannya, Hong Su Zu Tidak Layak Menjadi Rebutan 2 Hero Dalam ‘The Impossible Heir’

9. Memories of Alhambra (2018)

df9ecc53 d633 4163 86c1 8fbbccd0f64dDrama ini mengisahkan tentang pertemuan antara Yoo Jin Woo, seorang CEO syarikat dengan seorang wanita bernama Jung Hee Joo yang memiliki sebuah hostel di Granada, Sepanyol. Merupakan debut lakonan Lee Jae Wook, dalam drama ini dia membawa watak sebagai Marco Han, seorang programmer dan hacker yang memiliki penampilan berserabai dan tidak terurus.

● Rating Mydramalist: 8.0/10
● Genre: aksi, thriller, romantik, fantasi
● Jumlah episod: 16 episod
● Pelakon utama: Hyun Bin, Park Shin Hye, Park Hoon, Chan Yeol EXO
● Platform streaming: Netflix

 

10. Do Do Sol Sol La La Sol (2020)

05856e02 76dc 4c79 9fa9 1175ff281d73Lee Jae Wook membawa watak sebagai Sun Woo Joon, seorang pekerja yang jatuh cinta dengan seorang wanita bernama Gu Ra Ra yang dilakonkan oleh Go A Ra. Sebuah kejadian membuatkan Sun Woo Joon dan Gu Ra Ra saling bergantung antara satu sama lain dan akhirnya membentuk sebuah hubungan istimewa.

● Rating Mydramalist: 7.6/10
● Genre: drama, komedi, romantik
● Jumlah episod: 16 episod
● Pelakon utama: Go A Ra, Lee Jae Wook, Kim Joo Hun, Shin Eun Soo, Ye Ji Won,
Lee Soon Jae, Seo Yi Sook
● Platform streaming: Netflix

Demikian sahaja pilihan drama Korea yang dibintangi oleh Lee Jae Wook yang boleh anda tonton. Para peminat pasti terpesona dengan lakonannya yang semulajadi dalam setiap drama di atas.

Baca lagi: Drama Wonderful World Melabuhkan Tirai, Penonton Puas Hati?
Baca juga: 5 Sebab Mengapa “Lovely Runner” Harus Ditonton, Confirm Layan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here