Home Kdrama/Kmovie 5 Sebab Mengapa “Lovely Runner” Harus Ditonton, Confirm Layan

5 Sebab Mengapa “Lovely Runner” Harus Ditonton, Confirm Layan

0

Apa yang akan anda lakukan jika anda mempunyai peluang untuk menyelamatkan artis kegemaran anda dari kemalangan tragis?

Itulah plot drama “Time Slip Romance” dan fantasi baharu, Lovely Runner yang telah ditayangkan di Viu pada 8 April yang lepas dan mendapat sambutan hangat dari peminat Kdrama.

Lovely runner

Diadaptasi daripada novel web popular “The Best of Tomorrow”, drama ini diterajui oleh pengarah Yoon Jong Ho yang juga mengarahkan drama “Times” dan “Flower of Evil” dan ditulis oleh penulis skrip Lee Si Eun dari “True Beauty”.

Bagi anda yang belum lagi menonton “Lovely Runner”, dibawah ini adalah 5 sebab mengapa drama romantik ini begitu dinanti-nantikan!

 

1. Tema yang unik

IMG 2325

Dengan tema percintaan time-slip, Lovely Runner mengisahkan tentang seorang peminat bernama Im Sol (Kim Hye Yoon) yang kembali ke tahun 2008 untuk menyelamatkan idolanya, Ryu Sun Jae yang membantunya mengharungi masa sukar dalam hidupnya. Ryu Sun Jae (Byeon Woo Seok) merupakan seorang bintang idola Kpop yang sangat popular yang dikagumi dan diminati oleh Im Sol.

Namun sebenarnya sebelum muncul sebagai bintang idola Kpop yang ternama dan popular, Ryun Sun Jae ternyata terlebih dahulu sangat menyukai dan jatuh hati kepada Im Sol sejak zaman sekolah menengah lagi.

Dalam diam menyimpan rasa dan perasaaan, Ryu Sun Jae juga kerap memberikan perhatian khusus yang langsung tidak disedari oleh Im Sol sendiri.

Baca juga: Kim Hye Yoon Merasa Tekanan Membintangi ‘Lovely Runner’ Selepas Ugutan Boikot

2.  Chemistry antara pelakon

d102fc3c 79a5 4e86 9d6d ea4ce68c184a 1

Drama yang dibintangi oleh Kim Hye Yoon dan Byun Woo Seok sememangnya telah dinanti-nantikan oleh ramai peminat kerana kemahiran lakonan kedua-dua pelakon utama itu pastinya akan membuatkan penonton terbawa-bawa dengan suasana jalan ceritanya yang romantik dan mengagumkan.

Byun Woo Seok dan Kim Hye Yoon juga menarik perhatian penonton kerana chemistry romantis mereka dalam lakonan dan perbezaan ketinggian mereka.

Baca lagi: Boikot Kdrama “Lovely Runner” Bakal Tayang 8 April Ini Kerana Tidak Hormat Mendiang Jonghyun SHINee?

3. Dua kisah yang bertentangan

IMG 2322

Im Sol berada di titik paling rendah dalam hidupnya dan Ryu Sun Jae berada dalam kerjaya yang menakjubkan sebagai seorang idola.

Walaupun baru ditayangkan 2 episod, plot yang digambarkan terasa nyata kerana perjuangan Im Sol, seorang wanita OKU yang sukar mendapatkan pekerjaan dan menggunakan pengangkutan. Sementara itu, Sun Jae terpaksa bergelut dengan kemurungan yang tidak dapat difahami oleh ramai orang.

Kim Hye Yoon memegang watak utama iaitu Im Sol, merupakan seorang peminat setia yang terkejut dengan kematian idol kesayangannya, Ryu Sun Jae, lakonan Byun Woo Seok.

Im Sol yang di dalam kesedihan tiba-tiba kembali ke masa ketika dia berusia 19 tahun pada 2008. Dia cuba mengubah nasibnya dan berusaha untuk menyelamatkan Ryu Sun Jae. Mempunyai perwatakan ceria, Im Sol (Kim Hye Yoon) berusaha mencegah kematian bintang idola kesayangannya walau dia membuatkan orang lain salah faham padanya.

Baca juga: “Lovely Runner” Menolak Tuduhan Plot Yang Serupa Dengan Kisah Mendiang Jonghyun SHINee

4. Watak sokongan yang menakjubkan

IMG 2326

Selain dua pelakon utama tersebut, terdapat beberapa orang pelakon pembantu yang memang sudah dikenali oleh para peminat Kdrama. Mereka adalah Song Geon Hee, Seo Hye Won, dan juga Kim Won Hae.

Berikut dibawah ini merupakan senarai 10 orang pelakon yang membawa watak sokongan dalam Lovely Runner.

⁃ Song Geon Hee membawa watak sebagai Kim Tae Sung
⁃ Lee Seung Hyub membawa watak sebagai Baek In Hyuk
⁃ Jung Young Joo membawa watak sebagai ibu Im Sol iaitu Park Bok Soon
⁃ Sung Byoung Sook membawa watak sebagai nenek Im Sol iaitu Jung Mal Ja
⁃ Abang kepada Im Sol bernama Im Geum dilakonkan oleh Song Ji Ho
⁃ Seo Hye Won membawa watak sebagai sahabat Im Sol iaitu Lee Hyun Joo
⁃ Kim Won Hae membawa watak sebagai Ryu Geun Deok, ayah kepada Seon Jae
⁃ Ahn Sang Woo membawa watak sebagai CEO Kim
⁃ Park Yoon Hee membawa watak sebagai ayah Tae Sung iaitu detektif Kim

 

5. Jalan cerita yang penuh emosi

IMG 2309

Pengarah Yoon Jong Ho berkongsi bahawa cerita dalam drama itu adalah percintaan manis dan emosi dua orang yang tidak dapat bertemu dan ketika mereka kembali ke zaman muda untuk mencari cinta.

Pengarah itu menambah, “Kekuatan drama ini ialah penonton dapat menyaksikan percintaan antara remaja dan juga percintaan orang dewasa dalam lingkungan 30-an. Walaupun Im Sol bergerak antara masa lalu dan sekarang, terdapat liku-liku yang tidak dijangka serta penuh komedi yang menghiburkan.”

IMG 2397

Secara keseluruhannya, drama ini mempunyai daya tarikan dan keunikan tersendiri dalam memaparkan kisah antara seorang peminat dan seorang selebriti.

Episod terbaru Lovely Runner boleh ditonton setiap hari Isnin dan Selasa. Pastikan anda strim hanya di Viu ya!

Langgan juga Viu Premium untuk menonton pelbagai Kdrama tanpa sebarang gangguan iklan.

Baca lagi: The Escape of The Seven: Resurrection Semakin Sengit, Permulaan Plot Dendam Min Do Hyuk
Baca juga: Watak Paling Kejam dalam Nothing Uncovered, Licik dan Penuh Tipu Daya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here