Home Kdrama/Kmovie 10 Drama Korea yang Boleh Ditonton untuk Menghilangkan Rasa Bosan, Penuh Konflik...

10 Drama Korea yang Boleh Ditonton untuk Menghilangkan Rasa Bosan, Penuh Konflik dan Kejutan

0

Cuti hari raya yang sangat panjang ini akhirnya akan berakhir. Pasti semuanya akan kembali ke bandar dan rumah masing-masing bagi menjalankan aktiviti harian seperti biasa. Sesudah penat beraya dan berjumpa sanak saudara, tiba masanya untuk merehatkan badan dan fikiran.

Jika anda suka menonton drama Korea. Apa kata anda meluangkan masa sambil berehat dan menonton drama-drama Korea yang kini sedang banyak ditayangkan dan ada yang masih ongoing pada bulan April 2024 ini.

Buat anda yang memerlukan cadangan bagi pilihan-pilihan drama terbaru yang menarik dan tidak membosankan untuk ditonton, berikut ini adalah 10 pilihan drama Korea untuk anda!

 

Drama korea
1. Pilihan drama untuk merehatkan diri selepas menyambut lebaran, tentu sahaja adalah Queen of Tears. Ikuti kisah Hae On dan Hyun Woo yang sangat menarik dan penuh liku

 

 

e194a972 453e 4608 9284 a5c4548fd17c
2. Lihat aksi balas dendam serta kisah tragis seorang ibu yang kehilangan anak dalam Wonderful World. Siapkan tisu semasa menonton ya!

 

 

c4425f67 2248 463a ae2b 733476e7a66d
3. Perlukan tontonan drama dengan komedi yang menghiburkan? Chicken Nugget tentu menjadi pilihan terbaik. Auto ketawa!

 

 

8cdecab0 2b58 4ee7 bcff b8daf3aed543

4. Pilihan drama seterusnya adalah Wedding Impossible. Ending drama ini sangat mengejutkan bukan?

 

 

82f5fcd9 6e77 482a 99ed 4bcc4ab2e8e9
5. Cerita fantasi yang menyentuh hati dan perasaan. The Midnight Studio adalah drama tentang juru gambar yang bekerja untuk roh dan hantu. Dalam komedi ada juga sedihnya

 

 

e9335792 a13a 4a4a bdb7 80d2c95338c3
6. Cuba tonton drama Beauty and Mr. Romantic tentang cinta tulus antara seorang pelakon wanita dan seorang produser

 

 

8b243026 9a2b 48d5 8386 45493073b0e8
7. Drama Korea penjelajahan masa yang digabungkan dengan cerita fangirling. Seorang peminat setia bertemu lagi dengan bintang idola kesayangannya yang telah meninggal dunia dalam Lovely Runner

 

 

229af489 6701 44ba 9db4 88526ae695cc

8. Saksikan gandingan hebat antara Han Hyo Joo dan Joo Ji Hoon dalam Blood Free. Drama Korea paling dinantikan pada bulan April ini!

 

 

d8760cea eaed 415b 92b2 13a25d6feef8
9. Kembali berlakon dalam drama detektif, Lee Je Hoon bakal menjadi detektif yang bekerjasama dengan detektif lain untuk menegakkan keadilan dalam Chief Detective 1958

 

 

678ed623 50e3 4c74 84ef e1e6d5e98982
10. Pilihan drama Korea yang terakhir adalah Parasyte: The Grey. Berjayakah manusia melawan parasit misteri?

Demikian sahaja 10 pilihan drama Korea untuk mengisi masa lapang dan pastinya tidak membosankan. Jangan lupa untuk menonton ya!

Baca lagi: Sepuluh Drama Korea Paling Trending Pada Awal April 2024
Baca juga: “Lovely Runner” Menolak Tuduhan Plot Yang Serupa Dengan Kisah Mendiang Jonghyun SHINee