Home Artis Korea 10 Pelakon Terkenal Korea ini Tercalon Sebagai Pelakon Lelaki Terbaik untuk Baeksang...

10 Pelakon Terkenal Korea ini Tercalon Sebagai Pelakon Lelaki Terbaik untuk Baeksang Awards 2024

0

Pelakon terkenal lelaki Korea manakah yang berjaya masuk ke pencalonan Pelakon Lelaki Terbaik kategori TV/Drama dan Filem Korea dalam Baeksang Arts Awards 2024?

Salah satu pencalonan yang ditunggu-tunggu bagi Baeksang Arts Awards 2024 adalah pencalonan bagi Pelakon Lelaki kategori TV/Drama dan Filem.

Senarai calon menyaksikan nama besar pelakon terkenal Korea seperti Kim Soo Hyun, Choi Min Sik dan juga Hwang Jung Min.

Baeksang Arts Awards ke-60 akan diadakan pada 7 Mei 2024 ini telah mengumumkan senarai pencalonan bagi setiap anugerah. Majlis anugerah ini merupakan sebuah majlis anugerah yang dikhaskan untuk memberikan penghargaan kepada artis, drama, program OTT dan juga filem Korea dalam industri hiburan Korea Selatan.

Untuk lebih lengkap, berikut dibawah ini adalah senarai pelakon terkenal lelaki Korea yang berjaya masuk ke pencalonan Pelakon Lelaki Terbaik kategori TV/Drama dan Filem Korea dalam Baeksang Arts Awards 2024. Mari kita lihat bersama!

 

 

fad9894c cec4 404c 9e86 7649dd4bcc4a1. Pelakon terkenal dan paling mahal di Korea, Kim Soo Hyun sedang membintangi drama Queen of Tears bersama Kim Ji Won. Berjaya mendapat pencalonan Pelakon Lelaki Terbaik (TV/Drama)

Baca juga: Binge-Watch 4 Drama Kim Soo Hyun di Viu, Pelakon Termahal Korea
Baca lagi: Kim Soo Hyun Dieksploitasi Oleh 2 Ahli Keluarganya, Diberi Tekanan Oleh Bekas Teman Wanita

 

Baeksang2. Drama ini sangat popular, Namgoong Min tercalon sebagai Pelakon Lelaki Terbaik (TV/Drama) melalui lakonannya dalam drama My Dearest

 

Baca juga: Antara Pelakon Terkenal Korea, Koo Kyo Hwan Memukau dalam 7 Projek Lakonan yang Dibintanginya

 

IMG 35363. Salah satu drama yang paling diminati ramai, pelakon terkenal Ryu Seung Ryong memukau penonton dengan lakonannya sebagai suami dan ayah dalam drama Moving

 

 

 

IMG 35374. Sangat hebat berlakon sebagai pembunuh bersiri dalam drama A Bloody Lucky Day, Yoo Yeon Seok juga tercalon sebagai Pelakon Lelaki Terbaik (TV/Drama)

 

Baca juga: 7 Filem Komedi Korea yang Membariskan Pelakon Terkenal, Penuh Lawak Jenaka

 

IMG 35385. Im Siwan menjadi pelajar sekolah menengah yang tidak pandai berlawan namun dipilih sebagai ketua dalam drama Boyhood

 

 

 

IMG 35396. Pelakon chungmuro Kim Yoon Seok masuk dalam senarai pencalonan Pelakon Lelaki Terbaik kategori Filem melalui wataknya dalam filem Noryang: Deadly Sea

 

 

 

IMG 35407. Pelakon terkenal Lee Byung Hun sembunyikan rahsianya dari para penghuni apartment Imperial Palace dalam filem Concrete Utopia, lakonan yang luar biasa!

 

 

 

IMG 35418. Merupakan salah seorang pelakon utama dalam filem 12.12: The Day, pelakon hebat Jung Woo Sung juga tercalon sebagai Pelakon Lelaki Terbaik kategori Filem

 

 

 

IMG 35429. Merupakan filem dengan jumlah penonton paling ramai pada tahun 2024, filem Exhuma menampilkan pelakon terkenal Choi Min Shik sebagai pelakon utama

 

 

 

Pelakon terkenal10. Pelakon terkenal Hwang Jung Min juga masuk ke pencalonan Palakon Lelaki Terbaik kategori Filem melalui wataknya dalam filem 12.12: The Day

Baeksang Arts Awards merupakan majlis anugerah berprestij yang diadakan untuk menghargai drama, program OTT dan juga filem dalam industri hiburan Korea Selatan. Salah satu pencalonan iaitu Pelakon Lelaki Terbaik untuk kategori TV/Drama dan Filem memang dinantikan ramai.

Terdapat nama besar seperti Kim Soo Hyun, Choi Min Sik, Lee Byung Hun, Jung Woo Sung dan juga Hwang Jung Min yang tercalon untuk kategori ini. Siapakah yang bakal membawa pulang trofi?

Baca lagi: 10 Pelakon Korea yang Tercalon dalam Kategori Pelakon Wanita Terbaik untuk Anugerah Baeksang 2024
Baca juga: 5 Drama Korea Popular yang Tercalon dalam Kategori Drama Terbaik bagi Anugerah Baeksang 2024

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here