Home Entertainment 5 Drama Korea Popular yang Tercalon dalam Kategori Drama Terbaik bagi Anugerah...

5 Drama Korea Popular yang Tercalon dalam Kategori Drama Terbaik bagi Anugerah Baeksang 2024

0

Baeksang Arts Awards merupakan salah satu acara anugerah berprestij di Korea, Baeksang Arts Awards ke-60 akan diadakan pada 7 Mei 2024 akan datang.

Salah satu anugerah yang paling dinantikan ialah anugerah untuk kategori Drama Terbaik. Berikut dibawah ini lima drama Korea yang dicalonkan untuk Drama Terbaik di Baeksang Arts Awards 2024.

 

1. The Good Bad Mother

Drama koreaCemerlang dengan drama siri sebelumnya, Lee Do Hyun kembali dengan drama yang mengguris perasaan yang bertajuk The Good Bad Mother. Drama siri ini yang dipadukan dengan elemen komedi kekeluargaan mengisahkan tentang kehidupan dan perjuangan seorang ibu (Ra Mi Ran) dalam membesarkan anaknya yang mengalami musibah. Dalam tertawa pasti ada babak air mata dalam drama ini!

Baca juga: 10 Pelakon Korea yang Tercalon dalam Kategori Pelakon Wanita Terbaik untuk Anugerah Baeksang 2024

2. Moving

d48cdcc5 7902 44f7 ba6e 8d7df45635d4Moving merupakan drama siri yang menaikkan nama Lee Jung Ha. Drama siri ini membawa genre fiksyen, supernatural, dan ditampilkan juga dengan adegan aksi. Dalam drama siri ini Lee Jung Ha adalah salah seorang pelakon utama, dia berlakon sebagai Kim Bong Seok.

Kim Bong Seok merupakan anak remaja yang memiliki kekuatan supernatural yang diwarisi dari ayah dan ibunya. Kebolehan luar biasa yang dimiliki oleh keluarga ini membuatkan mereka diintip oleh kumpulan tertentu.

Drama siri Moving diadaptasi dari webtoon popular Korea. Mula ditayangkan pada 9 Ogos 2023 dan berjumlah 20 episod semuanya. Setakat ini drama siri ini telah ditayangkan sebanyak 7 episod. Tayangan pertama Moving mendapat sambutan yang sangat baik dari para penonton.

 

3. Revenant

7ba7d57e d46f 43a8 901e 1338c514fb88Gu San Yeong (Kim Tae Ri) dan profesor Yeom Hae Sang (Oh Jung Se) berusaha menecahkan misteri hantu remaja dalam drama Korea Revenant. Nyawa mereka terancam dan dalam bahaya kerana hantu ini sangat berbahaya. Sosok hantu tersebut rupa-rupanya juga berkaitan dengan kematian keluarga terdekat kedua-dua mereka.

 

4. My Dearest

5a85a60b be3a 4871 96a5 a165b870c9fe

My Dearest merupakan drama Korea genre sageuk yang mengangkat kisah tentang kehidupan masyarakat pada Dinasti Joseon sewaktu pencerobohan Qing yang terjadi pada 3 Januari 1637-24 Februari 1637. Kisahnya tidak menunjukkan hanya rakyat biasa yang mengalami kesukaran, para bangsawan juga terkena tempias yang sama. Bahagian 1 drama ini ditayangkan pada 4 Ogos hingga 2 September.

Manakala, bahagian kedua ditayangkan pada 13 Oktober 2023. Mengisahkan tentang Yoo Gil Chae (Ahn Eun Jin) yang merupakan seorang bangsawan muda yang ceria dan manja. Gil Chae pandai merebut hati jejaka dan banyak yang ingin menjadi kekasihnya. Namun, jejaka yang benar-benar Gil Chae inginkan adalah Nam Yeon Joon (Lee Hak Joo) yang bertunang dengan Kyung Eun Ae (Lee Da In).

Baca lagi: 10 Pelakon Terkenal Korea ini Tercalon Sebagai Pelakon Lelaki Terbaik untuk Baeksang Awards 2024

5. Daily Dose of Sunshine

ff9275b3 f4d4 4c99 8f12 ede2a176927eBergenre medikal, drama Korea Daily Dose of Sunshine mengangkat kisah kehidupan seorang juru rawat yang dipindah bertugas ke klinik kesihatan mental. Watak utama dibawa oleh Park Bo Young yang membawa watak sebagai Jung Da Eun. Jung Da Eun dipulaukan oleh kawan-kawan sekerjanya kerana dia memiliki hati yang terlalu baik. Dia merupakan seorang juru rawat yang sepenuh hati merawat para pesakit hingga sanggup berlama-lama di ruangan pesakit.

Perkara ini membuatkan rakan sekerja yang lain harus bekerja lebih masa untuk menyelesaikan pekerjaan Jung Da Eun. Tambahan pula, Jung Dae Eun mengalami gangguan mental akibat masalah tersebut. Drama ini mendapat rating IMDb sebanyak 8.3/10.

Senarai drama di atas adalah lima buah drama Korea yang dicalonkan untuk anugerah Drama Terbaik di acara Baeksang Arts Awards 2024. Di antara kelima-lima drama di atas, drama manakah yang anda rasa akan menang?

Baca lagi: Yoon Chan Young Buat Kemunculan dalam Drama Thriller Baru “Your Honor”
Baca juga: 4 Drama Korea Tampilkan Plot Penjelajahan Masa kembali ke Zaman Sekolah, Misi Baiki Masa Depan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here