Home Artis Korea 10 Pelakon Korea yang Tercalon dalam Kategori Pelakon Wanita Terbaik untuk Anugerah...

10 Pelakon Korea yang Tercalon dalam Kategori Pelakon Wanita Terbaik untuk Anugerah Baeksang 2024

0

Kim Go Eun merupakan salah seorang pelakon Korea yang tercalon sebagai Pelakon Wanita Terbaik bagi kategori Filem di Baeksang Art Awards 2024. Kim Go Eun tercalon di anugerah tersebut setelah menampilkan lakonan memukaunya dalam filem popular, Exhuma (2024).

Anugerah Pelakon Wanita Terbaik merupakan anugerah di Baeksang Art Awards 2024 yang dikhaskan untuk menghargai pelakon-pelakon Korea yang menjadi pelakon utama dalam drama dan juga filem Korea.

Berikut dibawah ini adalah senarai pelakon wanita Korea yang tercalon sebagai Pelakon Wanita Terbaik kategori TV/Drama dan Filem di Baeksang Art Awards. Siapakah mereka?

 

Drama korea1. Bakat lakonannya memang tidak perlu dipertikaikan lagi, Ra Mi Ran membawa watak sebagai ibu dalam drama The Good Bad Mother. Watak anaknya pula dibawa oleh pelakon terkenal, Lee Do Hyun

Baca juga: Popular Dengan Watak Antagonis, 4 Pelakon Korea Ini Dituduh Bermasalah Dalam Dunia Realiti

 

 

Pelakon korea2. Ahn Eun Jin pertama kali tercalon sebagai Pelakon Wanita Terbaik (TV /Drama) di Baeksang Art Awards 2024 hasil lakonannya dalam drama My Dearest

 

 

 

ff335c86 10b1 4ba3 85d7 f3802bf87d3b3. Pelakon yang juga merupakan penyanyi senior, Uhm Jung Hwa juga tersenarai sebagai calon Pelakon Wanita Terbaik (TV/Drama) untuk wataknya berakting dalam drama Doctor Cha

Baca lagi: 10 Pelakon Korea Tercantik 2024 Tanpa Solekan dan Pembedahan

 

 

Pelakon4. Bakatnya memang luar biasa, Lee Honey tercalon sebagai Pelakon Wanita Terbaik kategori TV/Drama bagi wataknya dalam drama Knight Flower

 

 

 

dd54ea0e 3221 4d68 9b3d 900c44a427f95. Sedang meningkat naik, Lim Ji Yeon tampil dengan memukau dalam drama Lies Hidden in My Garden sebagai salah seorang pelakon utama

 

 

 

81a30610 5430 486f ae67 770b80068d976. Merupakan filem yang meraih bilangan penonton paling ramai, lakonan Kim Go Eun buat bulu roma para penonton berdiri tegak dalam filem Exhuma. Terus tercalon sebagai Pelakon Wanita Terbaik kategori Filem

Baca juga: Kim Go Eun Tampil Mengagumkan Sebagai Bomoh dalam “EXHUMA”, Ini 8 Filem Lakonannya
Baca juga: Filem Seram Mistik “EXHUMA” Tampilkan Lee Do Hyun dan Kim Go Eun Sebagai Bomoh, Tayang Februari 2024

 

8d81e7d5 57b4 4b4b a8bd d6bfc8ec6b3e7. Bukan hanya kategori TV/Drama, Ra Mi Ran juga tercalon sebagai Pelakon Wanita Terbaik kategori filem dengan wataknya dalam filem Citizen of a Kind

 

 

 

bacc0d47 97f7 4840 a55a 438163ab24a48. Artis Yum Jung Ah juga merupakan salah seorang pelakon yang dicalonkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik kategori filem melalui wataknya dalam filem Smugglers

Baca juga: pelakonWalau Bawa Watak Perempuan Jahat, 5 Pelakon Korea ini Tampil Menawan dalam Kdrama Popular

 

 

658815be 4c92 4ff8 90b5 34d57522060c9. Selepas tercalon dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik TV/Drama, Lee Honey juga tercalon sebagai Pelakon Wanita Terbaik kategori Filem hasil lakonannya dalam filem Killing Romance

Baca lagi: 10 Pelakon Terkenal Korea ini Tercalon Sebagai Pelakon Lelaki Terbaik untuk Baeksang Awards 2024

 

 

769927c7 a34b 4434 beb5 a0ef60a8f5a010. Melalui lakonan hebatnya dalam filem Sleep, Jung Yu Mi tercalon sebagai Pelakon Wanita Terbaik kategori Filem

Anugerah Pelakon Wanita Terbaik kategori TV/Drama dan Filem Baeksang Art Awards 2024 didominasi oleh artis-artis yang nama mereka sudah tidak asing lagi. Terdapat dua orang artis Korea yang tercalon dalam dua kategori Pelakon Wanita Terbaik TV/Drama dan Filem iaitu Ra Mi Ran dan Lee Honey. Di antara senarai artis di atas, siapakah yang akan memenangi anugerah ini?

Baca lagi: 5 Drama Korea Popular yang Tercalon dalam Kategori Drama Terbaik bagi Anugerah Baeksang 2024
Baca juga: 5 Pelakon Korea Ini Selalu Gagal Uji Bakat, Tidak Pernah Putus Asa

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here