Home Artis Korea Walau Bawa Watak Perempuan Jahat, 5 Pelakon Korea ini Tampil Menawan dalam...

Walau Bawa Watak Perempuan Jahat, 5 Pelakon Korea ini Tampil Menawan dalam Kdrama Popular

0

Setiap drama Korea menampilkan plot dan jalan cerita menarik yang berbeza-beza. Selain jalan cerita, drama Korea juga dihiasi dengan berbagai-bagai watak di dalamnya yang menambah daya tarikan tersendiri. Bermula dari watak pembantu, watak protagonis, hingga ke watak antagonis, semuanya mempunyai peranan penting dan membuatkan para penonton sering tertunggu-tunggu.

Biasanya, kehadiran watak antagonis atau villain kerap kali menambah konflik dalam cerita drama Korea, walau watak mereka adalah kejam dan sering membakar emosi para penonton. Dalam drama-drama Korea, watak villain wanita selalunya digambarkan dengan gaya menawan serta paras rupa jelita yang membuatkan mereka bersinar dengan cara mereka tersendiri.

Contohnya lima pelakon wanita Korea berikut ini yang membawa watak sebagai villain dalam drama namun memancarkan aura menawan.

 

1. Song Ha Yoon

b26af13c 0b53 4362 975d 37f749ac1086Song Ha Yoon berjaya meraih banyak pujian dari lakonan luar biasanya sewaktu membawa watak sebagai villain dalam drama Korea popular, Marry My Husband (2024). Pelakon cantik jelita ini membawa watak Jung Su Min, sahabat dan musuh watak utama Kang Ji Won (Park Min Young).

Dia dikenali sangat cantik, prihatin, dan membuat ramai lelaki terpesona padanya. Namun disebalik itu semua, Jung Soo Min mempunyai sikap licik dan kejam hanya untuk mendapatkan sesuatu yang diinginkannya.

Kerana cita-cita tersebut, Jung Su Min merebut kekasih Kang Ji Won dan dia banyak melakukan perkara jahat kepada sahabatnya tersebut sejak mereka masih berada di bangku sekolah lagi.

 

2. Lim Ji Yeon

fcc75594 9ad0 450e b0bd a5cd7efd54caNama Lim Ji Yeon makin bersinar selepas membawa watak perempuan jahat sebagai pembuli dalam drama Korea The Glory (2022 – 2023). Hasil watak jahatnya itu, Lim Ji Yeon berjaya mendapat lebih dari enam kategori anugerah berbeza.

Dalam drama Korea The Glory, Lim Ji Yeon membawa watak sebagai Park Yeon Jin, wanita cantik dari keluarga chaebol yang dalam diam membuli kawan satu sekolahnya iaitu Moon Dong Eun (Song Hye Kyo). Apabila menginjak ke usia dewasa, Park Yeon Jin menerima pembalasan atas perbuatannya terhadap Moon Dong Eun.

 

3. Han So Hee

fcf991d0 157d 49c8 8951 bcca970aae97Berjaya membawa watak sebagai perempuan jahat dalam The World of The Married (2020), kerjaya Han So Hee semakin bersinar selepas itu. Wataknya sebagai Yeo Da Kyung dalam The World of The Married merupakan salah satu watak paling ikonik yang pernah dibawanya.

Yeo Da Kyung digambarkan sebagai wanita muda yang cantik, menawan, serta berasal dari keluarga kaya raya. Sayangnya, dia jatuh cinta pada lelaki yang sudah berkahwin dan mempunyai anak, Lee Tae Oh (Park Hae Joon).

Semasa kejahatannya terbongkar, Yeo Da Kyung seakan-akan tidak menyesal dan langsung tidak rasa bersalah. Malah, dia merebut Lee Tae Oh hingga boleh berkahwin dengan lelaki itu.

 

4. Jo Woo Ri

b11010a1 eacd 4a70 ae16 8e1d5e1fb86dMasih ingat lagi dengan drama Korea Gangnam Beauty (2018)? Selain menceritakan tentang kisah romantik yang mencairkan hati, Gangnam Beauty juga menampilkan salah satu watak villain perempuan jahat yang ikonik yang dibawa oleh Jo Woo Ri.

Pelakon wanita dengan wajah innocent tersebut membawa watak sebagai Hyun Soo Ah, wanita cantik dan popular di kampus yang sangat dipuja-puja terutamanya oleh para lelaki. Disebalik pesonanya tersebut, Hyun Soo Ah sebenarnya sangat obses untuk menjadi pusat perhatian dan tidak segan silu melakukan perbuatan jahat untuk mendapatkan segala perhatian dan populariti.

 

5. Kim Ji Won

WatakThe Heirs (2013) merupakan salah satu drama Korea romantik popular yang masih ditonton hingga kini walau sudah berbelas tahun ditayangkan. Dalam drama Korea tersebut, ada watak Rachel Yoo yang dibawa oleh Kim Ji Won dan berjaya mencuri perhatian penonton.

Dia merupakan wanita elegan, cantik, dan berhati dingin dari keluarga chaebol dan telah ditetapkan sebagai tunang Kim Tan (Lee Min Ho), walau lelaki tersebut tidak mempersetujui ikatan pertunangan itu. Rachel Yoo sanggup melakukan perkara-perkara jahat pada Cha Eun Sang (Park Shin Hye) selepas mengetahui Kim Tan menyukai wanita tersebut.

Dari senarai pelakon-pelakon wanita Korea yang membawa watak perempuan jahat tersebut, siapakah yang paling mencuri perhatian anda?

Baca lagi: Peminat Sedih Kerana Na In Woo Akan Berehat Dari Dunia Lakonan
Baca juga: 13 Drama Korea Bawa Suasana Kampung, Pemandangan Indah dan Damai