Home Kdrama/Kmovie 13 Drama Korea Bawa Suasana Kampung, Pemandangan Indah dan Damai

13 Drama Korea Bawa Suasana Kampung, Pemandangan Indah dan Damai

0

Drama Korea dengan latar kehidupan kampung dan cerita ringan telah menjadi pilihan para penonton yang mencari pengalaman untuk healing (penyembuhan) melalui tontonan yang menyenangkan. Dengan suasana yang tenang dan pemandangan alam yang menakjubkan, drama-drama ini menawarkan rasa senang dan membawa kita lari seketika dari kehidupan yang sibuk dan juga membebaskan fikiran kita dari tekanan.

Kisah-kisah yang ditampilkan dalam drama-drama Korea ini membawa penonton dalam perjalanan melalui kehidupan suasana kampung yang penuh dengan nilai-nilai seperti persahabatan, keluarga, dan cinta. Dengan watak-watak yang menarik dan cerita yang menghangatkan hati, drama-drama ini juga mampu menyentuh emosi penonton dan memberikan rasa harapan serta kegembiraan.

Berikut ini adalah 13 drama Korea berlatarkan kehidupan kampung dengan cerita ringan yang past disukai ramai.

 

1. Racket Boys (2021)

de4e7922 fbf9 469b 82b5 9df4fb8b920bRacket Boys adalah drama Korea berlatarkan kehidupan kampung yang sangat menarik. Drama ini mengisahkan tentang perjuangan dan kegembiraan sekumpulan remaja yang penuh semangat dalam sukan badminton. Racket Boys menggambarkan persahabatan, semangat, dan kegigihan remaja-remaja ini dalam menghadapi cabaran dan cara mereka menggapai impian mereka dalam sukan badminton. Drama ini membawa penonton melalui lokasi-lokasi kebun dan kawasan pertanian serta kedai roti yang menawan.

 

2. Hometown Cha-Cha-Cha (2021)

73ec5c5f a56c 49f9 80cc 1ea1e459cfddHometown Cha-Cha-Cha adalah drama Korea yang berlatarkan kehidupan di kampung dengan cerita yang ringan dan sangat menarik. Drama ini mengisahkan tentang perjalanan seorang doktor gigi Yoon Hye Jin, yang memulakan kehidupan baru di kampung persisir pantai iaitu Gongjin. Di kampung tersebut, dia bertemu dengan Hong Du Sik, seorang pemuda yang serba boleh. Walau mereka berdua sangat berbeza, mereka akhirnya menjalin hubungan romantik.

Hometown Cha-Cha-Cha memiliki semua elemen drama kehidupan di perkampungan, majoriti penduduk kampung bekerja sebagai nelayan dan buruh harian. Drama ini juga menampilkan hubungan yang ramah antara penduduk kampung. seperti kehidupan di kampung kecil, gosip-gosip para jiran, bermesra di tepi laut, serta majlis-majlis pesta dengan hidangan tradisional.

 

3. Our Blues (2022)

de2bd7fb 6030 4102 b2b1 1bb1ce71929fOur Blues mengisahkan tentang mereka yang mencari kebahagiaan dan cinta di Pulau Jeju. Setiap watak menjadi protagonis dengan cerita kisah masing-masing di Jeju. Drama ini menggambarkan realiti kehidupan manusia dalam bermasyarakat, termasuk kesukaran ekonomi, patah hati, dan masalah-masalah lain.

Selain itu, drama ini turut menggambarkan perniagaan hasil laut dan memperkenalkan budaya kuno Jeju yang dikenali sebagai Haenyeo, wanita yang mengumpulkan berbagai-bagai jenis makanan laut, seperti mollusca, rumpai laut, dan kerang.

Our Blues merupakan pilihan peminat drama korea yang tepat bagi sesiapa sahaja yang ingin merasakan keindahan kehidupan dan budaya perkampungan Korea.

 

4. When the Camellia Blooms (2019)

010eef21 2150 40a9 ab85 fdc2bba3f53eDrama Korea ini mengisahkan tentang kisah luar biasa Oh Dong Baek, seorang ibu tunggal yang berani membuka sebuah bar bernama Camellia di kampung Ongsan, sebuah kampung lama.

Selama enam tahun, Dong Baek bekerja keras dan akhirnya dia bertemu dengan Yong Sik, seorang lelaki berkarisma dan menyenangkan yang dengan berani mengakui perasaan cintanya kepada Dong Baek.

Dengan latar perkampungan yang menarik dan watak penduduk yang menghiburkan, drama kehidupan di kampung Korea ini menggambarkan realiti di perkampungan Korea yang sebenar.

 

5. When the Weather is Fine (2020)

059a2a69 2665 43d7 be16 c624ba4a01bfWhen the Weather is Fine mengisahkan tentang Mok Hae Won, seorang pemain cello yang meninggalkan pekerjaannya di Seoul dan kembali ke Kampung Bookhyun, di Wilayah Gangwon. kampung tersebut merupakan tempat tinggal sewaktu dia masih bersekolah.

Di kampung, dia bertemu dengan Im Eun Seob, pemilik kedai buku, dan mereka saling berkongsi buah fikiran serta menceritakan tentang kehidupan mereka. Melalui pertemuan tersebut, mereka menemui persamaab dan saling jatuh cinta antara satu sama lain dalam usaha untuk mengatasi masa lalu mereka.

Dalam drama Korea ini, penonton diajak merasakan kisah kehidupan perkampungan Korea melalui perjalanan emosi Mok Hae Won, yang kembali ke kampung kelahirannya setelah meninggalkan kehidupan sibuk di kota raya.

 

6. One Day Off (2023)

b3453257 b648 4c6b 9b03 2bf9094f35c4Mengisahkan tentang Park Ha Kyung, seorang guru sastera Korea di sebuah sekolah menengah. Melupakan sejenak rutin seharian yang memenatkan, Park Ha Kyung memutuskan untuk mengambil satu hari cuti pada setiap hari Sabtu.

Selama perjalanan satu hari tersebut, dia menjelajahi tempat-tempat indah, menikmati makanan unik yang berbeza, dan bertemu dengan ramai orang. Melalui perjalanan ini, dia mula menyedari bahawq dia merasa bahagia dengan pengalaman tersebut.

One Day Off memberikan penonton momen yang menenangkan. Drama Korea ini menampilkan pesanan tentang pentingnya meluangkan waktu untuk diri sendiri, menikmati kehidupan, dan menemui kebahagiaan dalam perkara-perkara kecil.

 

7. Chocolate (2019)

571ed9c5 d091 4a20 acf1 da9fdc7ac4b4Chocolate mengisahkan tentang Lee Kang, seorang lelaki yang dibesarkan di sebuah kampung di tepi laut dan bercita-cita mahu menjadi seorang tukang masak. Suatu hari, Lee Kang bertemu dengan Moon Cha Young, seorang wanita yang menyerupai seseorang yang pernah dikenalinya pada masa kecil.
Mereka pertama kali bertemu di sebuah restoran di kampung tepi laut, dimana Lee Kang menyediakan hidangan khas untuk Cha Young.

Drama Korea ini menawarkan cerita yang penuh dengan emosi, kesedihan, dan kehangatan, sambil mengeksplorasi hubungan dan kekuatan penyembuhan melalui makanan. Dengan latar belakang kampung tepi laut yang indah, Chocolate mengajak penonton untuk merasakan kenikmatan dan ketenangan dalam kehidupan di perkampungan.

 

8. Once Upon a Small Town (2022)

67606823 c133 4479 b372 6fa598434c18Once Upon a Small Town adalah salah sebuah drama Korea yang mengambil latar kehidupan perkampungan dengan cerita yang ringan. Dalam gaya khas drama kehidupan perkampungan Korea, kita mengikuti perjalanan Ji Yul yang terjerat dalam kejadian-kejadian yang tidak dijangkakan di kampung datuknya, namun menemui bantuan dari Ja-young seorang gadis kampung yang cantik.

Interaksi mereka yang terus-menerus akhirnya mengembangkan ikatan romantik di antara mereka. Once Upon a Small Town juga akan membawa penonton melihat pemandangan alam yang memukau, serta keindahan kehidupan perkampungan Korea.

Drama Korea ini adalah pilihan yang tepat bagi mereka yang ingin merasakan pesona kehidupan perkampungan Korea melalui kisah yang menyentuh hati dan sangat menenangkan.

Baca juga: 10 Drama Korea Cinta Bertepuk Sebelah Tangan Tetapi Memberi Penamat Yang Membahagiakan

9. Forest (2020)

e9f3a1cc 05ea 4dfb 9fe9 1af8d1accf4cDrama Korea ini mengisahkan tentang Kang San Hyeok, seorang anggota pasukan penyelamat khas 119 yang tampan dan pintar, namun tidak dapat mengingati masa kecilnya. Dia bertemu Jung Young Jae, seorang doktor bedah pelatih. Mereka berdua bertemu di hutan yang tersembunyi.

Dalam kehidupan di hutan, mereka menemukan sedikit ketenangan. Kang San Hyeok dan Jung Young Jae berkongsi rahsia tentang diri mereka sendiri dan juga rahsia yang tersembunyi di dalam hutan tersebut.

Drama ini menampilkan kisah romantik antara San Hyeok dan Young Jae, dimana mereka bukan hanya menyimpan rahsia dan trauma peribadi, tetapi juga menemui cara penyembuhan emosional untuk satu sama lain. Forest adalah pilihan yang tepat bagi mereka yang mencari drama Korea yang menggabungkan elemen romantik dengan misteri dan ketenangan.

 

10. Do Sol Sol La La Sol (2020)

93d4e6e8 f76b 4230 a567 c8854b1f639aDo Do Sol Sol La La Sol, drama yang mengisahkan Goo Ra Ra, seorang pemain piano yang dikenali sangat ramah dan mudah bergaul, namun dia muflis dan kariernya hancur. Selepas kehilangan segala-galanya, Ra Ra merasa kecewa dengan hidupnya.

Suatu hari, Ra Ra bertemu dengan Sun Woo Joon di sebuah akademi piano kecil di sebuah kampung. Pertemuan mereka membuatkan hubungan kedua-duanya semakin rapat. Dalam cerita yang aneh dan indah ini, kehidupan Ra Ra mengalami perubahan selepas mengalami masalah kewangan.

Drama ini menampilkan keindahan Bukchon Hanok Village, sebuah daerah bersejarah yang terletak di pusat kota Seoul. Desa dengan bangunan tradisional Korea ini menyajikan pesona budaya, sejarah, dan bakat artistik yang mempesonakan.

 

11. Eccentric! Chef Moon (2020)

1456b527 85e5 4680 ba10 2ea488e05d99Eccentric! Chef Moon mengisahkan tentang perjalanan Moon Seung Mo, seorang tukang masak hebat yang berpindah ke kampung Seoha selepas kehilangan kedua-dua ibu bapanya dalam kebakaran. Hidupnya berubah apabila dia bertemu dengan Yoo Yoo Jin, seorang pereka fesyen yang hilang ingatan.

Penduduk kampung memutuskan untuk menempatkannya di rumah Moon Seung Mo. Seung Mo tidak senang dengan kehadiran Yoo Yoo Jin. Namun, apabila dia mengetahui bahawa Yoo Yoo Jin masih mempunyai minat yang besar terhadap makanan, semangatnya untuk memasak bangkit kembali.

Drama ini menawarkan kisah yang menghiburkan dan menghangatkan hati, penampilan watak-watak yang unik di Kampung Seoha membantu antara satu sama lain dalam pencarian erti hidup.

 

12. Top Star Yoo Baek (2018)

9218833f b1f5 43d8 9c21 b92fce88bbfbTop Star Yoo Baek menceritakan kehidupan Yoo Baek, seorang bekas bintang idola dan pelakon kelas A yang terkenal dengan sikap narsistik. Namun, selepas terlibat dalam beberapa masalah besar, dia diasingkan ke sebuah pulau terpencil.

Yoo Baek menghadapi cabaran untuk bergaul dengan lingkungan barunya di pulau tersebut dan bertemu beberapa orang penduduk dengan watak yang berbeza-beza. Dengan sentuhan komedi dan pesanan-pesanan positif, Top Star Yoo Baek memberikan pengalaman menarik dan menghiburkan bagi para penonton.

Drama ini menawarkan kisah yang ringan dan menonjolkan pemandangan indah kehidupan di perkampungan, serta mengajar pentingnya belajar dari kesalahan, menerima perubahan, dan menemui kebahagiaan di tempat yang asing.

 

13. Andante (2017)

Drama koreaAndante mengisahkan tentang Lee Shi Kyung, seorang pelajar sekolah menengah yang sudah terbiasa dengan kehidupan di kota besar. Namun, hidupnya berubah drastik apabila dia dipindahkan ke sebuah sekolah di perkampungan yang jauh dari kota raya.

Di sekolah baru itu, Shi Kyung menghadapi cabaran besar dalam untuk bergaul dengan orang-orang baru yang asing baginya. Dia bertemu dengan pelajar lain, termasuk Kim Bom, yang menjadi kawan rapatnya. Selama perjalanan ini, Shi Kyung juga belajar mengenai nilai-nilai kehidupan kampung yang berbeza dari apa yang dia alami sebelum ini. Shi Kyung secara perlahan-lahan mula menyedari erti sebenar hidup dan cinta.

Dengan menampilkan jalan cerita yang menyentuh perasaan dan pemandangan perkampungan yang menakjubkan, drama Korea berlatarkan kehidupan kampung memang berjaya mencuri hati penonton. Jangan lupa untuk menonton drama-drama yang disenaraikan di atas ya!

Baca lagi: Suka Captivating the King? Tonton Juga 5 Drama Korea Ini

Baca juga: 6 Pengakhiran Watak-Watak Jahat dalam Marry My Husband Versi Webtoon, Bakal Sama dengan Drama?