Home Kdrama/Kmovie Suka Captivating the King? Tonton Juga 5 Drama Korea Ini

Suka Captivating the King? Tonton Juga 5 Drama Korea Ini

0

Captivating the King merupakan drama Korea sageuk terbaru tvN dan Netflix. Kisah yang membahaskan tentang Kang Hee Soo (Shin Se Kyung) yang menyamar sebagai lelaki demi balas dendam pada Raja Yi In (Jo Jung Suk). Namun dia jatuh hati pula pada musuh utamanya itu.

Setiap episod drama siri ini menyajikan kisah penuh licik dan plot twist menarik yang mengejutkan. Jika anda meminati jalan cerita Captivating the King, drama-drama Korea di bawah ini boleh ditonton. Semua drama ini membawa genre saeguk dengan kisah penuh tipu daya.

IMG 5011

Jom kita lihat dibawah 5 drama Korea dengan tema sageuk yang harus ada dalam senarai tontonan jika anda suka Captivating The King!

1. Deep Rooted Tree (2011)

Captivating the kingDeep Rooted Tree (2011) merupakan drama sageuk yang diadaptasi dari novel. Antara pelakon yang membintangi drama ini adalah Han Suk Kyu, Jang Hyuk, dan Shin Se Kyung. Kisah drama ini adalah mengenai permulaan penciptaan huruf Hangul yang didirikan oleh Raja Sejong. Watak So Yi yang dibawa oleh Shin Se Kyung dalam Deep Rooted Tree tidak kurang hebatnya dengan Kang Hee Soo dalam Captivating the King. Kang Hee Soo pandai bermain baduk, sementara So Yi mempunyai photographic memory yang hebat.

 

2. Nokdu Flower (2019)

Captivating the kingJo Jung Suk membawa watak sebagai Yi In dalam Captivating the King yang sanggup berkorban demi saudaranya. Watak ini mirip dengan wataknya sebagai Baek Yi Kang dalam Nokdu Flower (2019). Baek Yi Kang sanggup dianggap jahat demi menyokong saudaranya. Nokdu Flower mengisahkan tentang dua beradik yang dilayan berbeza kerana kasta sosial ibu mereka. Walau saling menyayangi, jarak di antara mereka semakin menjauh kerana berbeza pandangan politik. Si sulung menyokong kemerdekaan Joseon, sementara adiknya berada di pihak Jepun.

 

3. The King’s Affection (2021)

8afc3ff5 77cf 4545 b90d 4c43fc362274

The King’s Affection (2021) menyajikan kisah puteri raja yang menyamar menjadi lelaki. Dia menggantikan saudara kembarnya yang meninggal dunia. Situasinya jadi semakin rumit apabila dia jatuh cinta pada putera bangsawan. Penyamarannya bakal terbongkar.

Kisah gadis yang menyamar menjadi lelaki adalah persamaan utama antara The King’s Affection dan Captivating the King. Selain itu, watak raja yang dikhabarkan sebagai gay juga adalah sama antara kekedua-dua drama ini. Namun dalam The King’s Affection, semuanya terjadi kerana raja sebenar memang seorang wanita. Manakala, dalam Captivating the King, Raja Yi In hanya menyukai Kang Hee Soo yang menyamar menjadi lelaki.

 

4. Under the Queen’s Umbrella (2022)

969c3e71 b8c1 4620 9b91 0569037b7950Under the Queen’s Umbrella (2022) mengisahkan tentang perjuangan permaisuri dalam melindungi anak-anaknya. Persaingan dalam memilih putera mahkota yang baru antara para putera raja menjadi konflik penting dalam drama Korea popular ini.

Walaupun tema ceritanya berbeza, ada beberapa persamaan antara drama ini dan Captivating the King. Contohnya, salah seorang antagonis dalam kedua-dua drama tersebut adalah Permaisuri Balu. Selain itu, latar belakang raja yang pada awalnya merupakan putera diraja biasa dan bukannya putera mahkota adalah persamaan lain bagi kedua-dua drama.

 

5. Our Blooming Youth (2023)

c1754ba1 5ea1 490a 849e a84e2706ad9bOur Blooming Youth (2023) mengisahkan tentang seorang wanita yang difitnah membunuh keluarganya. Dia menyamar sebagai pengawal putera mahkota untuk membersihkan namanya.

Watak utama wanita dalam drama siri ini serupa dengan Kang Hee Soo. Kedua-duanya berasal dari keluarga bangsawan. Ayah mereka juga merupakan bekas guru kepada putera raja. Selain itu, kedua-dua watak wanita ini menunjukkan bakat tersendiri semasa menyamar sebagai lelaki. Watak dalam Our Blooming Youth adalah pakar menyiasat seperti detektif, sementara Kang Hee Soo pula pakar bermain baduk.

Kelima-lima drama sageuk di atas mempunyai beberapa persamaan dengan cerita Captivating the King. Oleh sebab itu, semua drama ini sesuai untuk anda tonton sambil menunggu sambungan kisah Yi In dan Kang Hee Soo. Selamat menonton dan jangan lupa juga tonton drama Captivating The King di Netflix ya!

Baca lagi: 7 Petikan Babak Drama Terbaru Queen of Tears, Gandingan Hebat Kim Ji Won dan Kim Soo Hyun
Baca juga: 9 Watak Wanita Paling Berani dalam Kdrama Sageuk, Mahir Seni Mempertahankan Diri