Home Artis Korea 9 Watak Wanita Paling Berani dalam Kdrama Sageuk, Mahir Seni Mempertahankan Diri

9 Watak Wanita Paling Berani dalam Kdrama Sageuk, Mahir Seni Mempertahankan Diri

0

Kdrama sageuk selalu menampilkan adegan pertumpahan darah dan pertarungan yang sengit. Dalam jalan cerita pasti terdapat watak yang digambarkan sebagai watak yang mahir seni mempertahankan diri. Tidak terkecuali watak wanita yang selalu kelihatan anggun.

Mereka seolah-olah mempunyai dua sisi berbeza. Ada yang belajar seni bela diri untuk membantu orang lain dan ada yang ingin balas dendam atas kematian keluarga mereka.

Jom sama-sama kita lihat sembilan watak wanita tersebut dalam kdrama sageuk di bawah ini, menarik dan menawan hati!

 

 

Sageuk
1. Dikenali sebagai bangsawan yang sangat dihormati, Jo Yeo Hwa (Lee Ha Nee) dalam diam menjadi pahlawan pedang pada malam hari dalam Kdrama Knight Flower (2024)

 

 

Kdrama sageuk
2. Demi membalas dendam, Yeon Wol (Hong Ye Ji) sanggup jadi pembunuh dalam drama siri Love Song for Illusion (2024). Namun malangnya dia mengalami hilang ingatan

 

 

59e08d83 1faf 463a 8456 1f49a2a26ee1
3. Disebalik sikap sopan santun, kelihatan anggun dan terpelajar, Go Ae Shin (Kim Tae Ri) sebenarnya adalah pejuang kemerdekaan yang pakar dalam menembak dalam Mr. Sunshine (2018)

 

 

970a9837 509e 414b b11f 6afdc589b250
4. Pada mulanya dia adalah dewi gunung yang paling kuat, Ryu Hong Joo (Kim So Yeon) mahir seni bela diri dan mempunyai kekuatan luar biasa dalam Tale of the Nine Tailed 1938 (2023)

Baca juga: 13 Kdrama Sageuk Kelakar dan Penuh Komedi, Sangat Menghiburkan

 

5e034b15 37e8 41d5 968f 67bdef914e8e
5. Dibesarkan menjadi pembunuh kejam, Yeom Ga Jin (Kim So Hyun) bercita-cita untuk menjadi ratu Kerajaan Goguryeo dalam River Where the Moon Rises (2021)

 

 

b2c039ee 8d48 4d17 b784 eb33a0dc29e1
6. Lahir dari keluarga bangsawan yang berpengaruh, Kim Hwa Gun (Yoon So Hee) diajar cara bela diri dalam The Emperor: Owner of the Mask (2017)

Baca lagi: 7 Permaisuri Paling Kejam dalam Kdrama Sageuk, Jahat dan Berhati Iblis

 

584fae54 bca5 4587 85ee d29d7c320a61
7. Naksu (Ko Yoon Jung) dibesarkan untuk menjadi pembunuh upahan yang sangat pakar dalam seni bela diri dalam Alchemy of Souls: Light and Shadow (2022–2023)

 

 

58480e97 d2ed 4c83 af1e 824aae60a73e
8. Pada mulanya dia adalah seorang gadis yang lemah, Mu Deok (Jung So Min) mula mahir dalam bela diri selepas tubuh badannya dirasuk oleh Naksu dalam drama Alchemy of Souls (2022)

Baca juga: 5 Kdrama Sageuk dengan Rating Tinggi, Tampilkan Watak Putera Mahkota Tampan dan Baik Hati

Kdrama sageuk

9. Masih lagi Alchemy of Souls (2022–2023), Jin Cho Yeon (Arin) yang lahir dari salah sebuah keluarga paling kuat dan berpengaruh ini belajar seni mempertahankan diri sejak dari kecil lagi

Pada masa lalu, kaum wanita biasanya dipandang rendah oleh golongan lelaki. Namun, watak-watak wanita dalam drama Korea sageuk di atas mampu menunjukkan bahawa mereka boleh melindungi diri mereka sendiri dengan kebolehan bela diri yang dimiliki oleh mereka. Adegan aksi yang dipersembahkan mereka sangat menarik untuk ditonton!

Baca lagi: 8 Kdrama 2023 ini Tampilkan Kisah Menarik, Buat Penonton Menunggu Setiap Minggu
Baca juga: 6 Kemungkinan Perkara yang Akan Berlaku pada Episod Akhir Knight Flower, Pembalasan akan Tiba?