Home Kdrama/Kmovie 6 Kemungkinan Perkara yang Akan Berlaku pada Episod Akhir Knight Flower, Pembalasan...

6 Kemungkinan Perkara yang Akan Berlaku pada Episod Akhir Knight Flower, Pembalasan akan Tiba?

0

Drama Knight Flower bakal meninggalkan para penonton pada hari Sabtu nanti iaitu pada 17 Februari 2024 dengan penayangan episod ke 12. Drama siri ini menarik perhatian penonton, dibuktikan dengan rating yang mencapai dua digit.

Episod 9 dan 10 Knight Flower turut menampilkan jalan cerita yang semakin menarik. Jo Yeo Hwa (Lee Honey) dan Park Soo Ho (Lee Jong Won) bekerjasama dalam mencari kebenaran tentang kes berdarah yang terjadi pada 15 tahun lalu.

Penonton dipertontonkan dengan mertua Jo Yeo Hwa yang merupakan Menteri Pertahanan Kiri, Seok Ji Sung (Kim Sang Joong), ada hubungan dengan kisah tersebut. Seok Ji Sun telah membunuh ibu bapa Park Soo Ho dan abang Jo Yeo Hwa.

Berikut adalah perkara-perkara yang dijangkakan akan ditampilkan pada episod terakhir Knight Flower.

 

1. Adegan flashback peristiwa 15 tahun yang lalu

Knight flowerPenonton memang sudah mengetahui mengenai perkara yang terjadi pada keluarga Jo Yeo Hwa dan Park Soo Ho pada 15 tahun lalu. Seok Ji Sung memberi arahan kepada Kang Pil Jik (Jo Jae Yun) untuk membunuh orang-orang tersebut. Namun, tayangan 15 tahun lalu belum sepenuhnya jelas. Kemungkinan, dua episod terakhir menampilkan adegan flashback secara lengkap tentang kejahatan yang telah dilakukan oleh Seok Ji Sung dan motif pembunuhan tersebut.

 

2. Jo Yeo Hwa dan Park Soo Ho masih meneruskan kerjasama mereka

b32cd3f1 ae03 448d a1ba d33227e3f3efJo Yeo Hwa dan Park Soo Ho adalah mangsa kekejaman yang terjadi pada 15 tahun lalu. Episod 11 Knight Flower masih menunjukkan kedua-duanya bekerjasama dalam mencari kebenaran tentang kes tersebut. Raja Yi So (Heo Jung So) mendedahkan bahawa mendiang ayahnya ada menulis pesanan rahsia sebelum dia terbunuh.

Penonton sudah mengetahui bahawa Seok Ji Sung mencuri tulisan mesej tersebut dari tangan abang Jo Yeo Hwa. Selepas mendapatkan pesanan tersebut, abang Jo Yeo Hwa dibunuh oleh Kang Pil Jik atas arahan Seok Ji Sung. Pesanan itu disimpan oleh lelaki tersebut di meja biliknya. Kemungkinan, pesanan dari ayah raja Yi So mengandungi rahsia tentang kejahatan yang dilakukan oleh Seok Ji Sung.

Baca juga: Knight Flower Mengatasi My Dearest, Lakar Catatan Rating Terbaik

3. Kejatuhan Seok Ji Sung dan hukuman yang diberikan atas kejahatannya

1aa9b9ad 4b06 4285 86fd aaecd515fdc8

Kejahatan pasti akan terbongkar suatu hari nanti walau selicik manapun kejahatan yang disembunyikan. Seok Ji Sung juga pasti akan tersungkur. Raja Yi So (Heo Jung So) sedang mengumpulkan bukti kejahatan Seok Ji Sung bersama Park Yoon Hak (Lee Ki Woo), abang angkat Park Soo Ho.

Penonton menjangkakan bahawa Oh Nan Kyeong (Seo Yi Sook) yang merupakan isteri kepada Menteri Kewangan akan membongkar rahsia Seok Ji Sung. Jika kejahatan Seok Ji Sung terbongkar, isteri dan anak-anaknya pasti akan terkejut besar.

 

4. Nasib akhir setiap watak antagonis

7c451dd0 5ada 4b1e 865e 535609e5e50bWatak antagonis dalam drama siri ini terdiri dari Seok Ji Sung, Kang Pil Jik, Man Sik (Woo Kang Min), dan Oh Nan Kyeong. Mereka akan mendapat hukuman jika bukti kejahatan sudah tersedia. Sebelum ini, Menteri Kewangan Yeom Heung Jib (Kim Hyung Mook) yang rasuah sudah meninggal dunia kerana dibunuh Oh Nan Kyeong. Seok Ji Sung kemungkinan tidak akan lagi mendapat kepercayaan dari keluarganya.

 

5. Kisah akhir percintaan watak-watak dalam Knight Flower

91cab5c1 04aa 439b 89d9 c2ec33a006f2Selama 10 episod berjalan, drama siri ini menampilkan tiga pasangan yang menarik perhatian. Bi Chan (Jung Yong Ju) yang merupakan rakan Park Soo Ho, telah jatuh cinta kepada Hwang Yi Kyung (Lee Ruby), anak Ketua Pertahanan bandar. Hwang Yi Kyung merasakan perkara yang sama walau pada awalnya jatuh hati pada Park Soo Ho.

Kemudian, Lee Yeon Sun (Park Se Hyun) menunjukkan perhatiannya kepada Park Yoon Hak. Lelaki tersebut sudah jatuh hati terlebih dahulu pada Lee Yeon Sun sewaktu pertama kali bertemu di perpustakaan. Watak Park Yoon Hak tidak memandang status orang lain, kemungkinan dia akan menyunting Lee Yeon Sun sebagai isteri.

Jo Yeo Hwa kemungkinan akan bercerai dengan suaminya kerana merasa sakit hati yang luar biasa akibat kejahatan ayah mertuanya. Dia dijangkakan akan menerima Park Soo Ho walau perlukan waktu. Jo Yeo Hwa perlu memulihkan luka hatinya terlebih dahulu selepas dibohongi oleh Seok Ji Sung.

 

6. Nasib akhir watak utama

3a63a5ef 9b7e 4370 bd9f 81c6f48b8e09Park Soo Ho dan Bi Chan kemungkinan akan naik pangkat selepas mendedahkan kes kejahatan Seok Ji Sung. Jo Yeo Hwa akan meneruskan tugas mulianya dengan menolong rakyat yang tertindas dan meneruskan perniagaan bersama Jang So Woon (Yoon Sa Bong) dalam mengelola rumah penginapan. Kemudian, Lee Yeon Sun hanya memetik hasil dari apa yang telah dilaburkan selama ini.

Park Yoon Hak tetap menjadi orang kanan Raja Yi So. Dengan tertangkapnya para penjahat, wilayah di bawah kuasa Raja Yi So menjadi bebas dari kemiskinan. Sebelum ini, Seok Ji Sung melakukan penyelewengan terhadap makanan bantuan kepada rakyat miskin.

Semua perkara yang dijangkakan dalam Knight Flower yang telah disebutkan di atas kemungkinan akan ditampilkan di episod terakhir nanti. Apakah pendapat anda?

Baca lagi: Muncul Watak Lelaki Pelik Berbahasa Inggeris dalam Knight Flower, Siapakah Dia?
Baca juga: 3 Sebab Anda Perlu Menonton Knight Flower, Drama Saeguk Aksi Komedi

 

Notis penting
Imej yang digunakan dalam siaran ini telah diperoleh daripada Instagram dan Google Images. Oleh itu, kredit penuh diberikan kepada pemilik masing-masing. Kandungan dan butiran lain yang disebut dalam artikel di laman web kami juga telah diperoleh daripada pelbagai sumber, dan kredit diberikan kepada pemilik masing-masing. Jika anda ingin meminta kredit atau mengalih keluar mana-mana imej di daebaking.com, sila hubungi kami di “[email protected]”.