Home Kdrama/Kmovie Knight Flower Mengatasi My Dearest, Lakar Catatan Rating Terbaik

Knight Flower Mengatasi My Dearest, Lakar Catatan Rating Terbaik

0

Lee Honey kali ini muncul kembali dalam dunia lakonan selepas melahirkan anak, pelakon ini membintangi drama sageuk bertajuk Knight Flower. Kemunculan kembali pelakon jelita ini ke kaca TV telah mengubati rasa rindu para peminat. Dia kali terakhir tampil dalam drama siri pada tahun 2021 melalui One the Woman.

IMG 3138Sebagai pelakon wanita yang dikenali sangat pakar dalam genre komedi, Lee Honey sekali lagi membuktikan kualitinya. Adegan komedi dan aksi dibawa dengan sangat baik hingga menarik perhatian ramai penonton di Korea Selatan. Rating drama Knight Flower berjaya mengalahkan drama sageuk yang sangat popular pada tahun lalu iaitu My Dearest.

1. Rating Knight Flower pada minggu keempat catat sejarah rekod baru

5442044c ed74 45ce a851 0f3508d85912Knight Flower sudah menjadi kegemaran ramai penonton sejak awal tayangannya pada 12 Disember 2023. Terbukti dari rating penonton yang mencapai 7.9 dan 8.2 peratus pada dua episod perdana. Rating drama ini terus mencatat kenaikan pada setiap minggu.

Episod 7 Knight Flower mencapai rekod baru dengan rating 13.1 peratus. Perolehan ini merupakan yang tertinggi dalam tempoh penayangannya setakat ini. Sementara itu, episod 8 menurun sedikit ke angka 12.6 peratus.

 

2. Knight Flower berjaya kalahkan rating tertinggi My Dearest (2023)

Knight flowerMy Dearest yang menampilkan Nam Goong Min dan Ahn Eun Jin merupakan puncak kejayaan MBC pada tahun 2023. Drama Korea tersebut menjadi perbincangan hangat ketika ditayangkan hingga berjaya merangkul banyak anugerah di MBC Drama Awards. Rating tertinggi yang dicatat sebanyak 12.9 peratus pada episod akhir iaitu episod ke-21.

Selepas drama My Dearest adalah drama The Story of Park’s Marriage Contract yang juga meraih kejayaan. Namun, drama Lee Se Young dan Bae In Hyuk tersebut tidak berjaya menembus rating 10 peratus. Penayangan Knight Flower membawa perubahan dengan peningkatan yang banyak. Rating drama ini sudah melepasi rating tertinggi My Dearest hanya dengan 7 episod.

 

3. Knight Flower catat sejarah baru dalam rating drama Jumaat-Sabtu MBC

Lee ha new

Bukan hanya berjaya memecahkan rekod, Knight Flower juga mencatat sejarah baru dalam perolehan rating untuk drama Jumaat-Sabtu MBC. Tangga pertama masih dipegang oleh The Red Sleeve (2021) dengan 17.4 peratus. Sementara itu, tangga kedua adalah milik Big Mouth (2022) yang mendapat rating tertinggi sebanyak 13.7 peratus selama penayangannya.

Knight Flower dikatakan bakal menyaingi rekod Big Mouth. Ramai juga yang tertanya-tanya adakah drama lakonan Lee Honey dan Lee Jong Won ini boleh mengalahkan The Red Sleeve yang ada di tangga pertama dan merupakan yang terbaik di MBC dengan pendapatan tertinggi.

Drama siri lakonan Lee Honey memang selalunya menjadi topik hangat. Sudah banyak drama lakonannya mendapat rating dua digit, contohnya seperti The Rebel (2017), The Fiery Priest (2019), dan One the Woman (2021). Kerja kerasnya untuk muncul kembali selepas melahirkan anak nampaknya tidak sia-sia!

Baca lagi: 5 Permulaan Knight Flower yang Penuh Misteri Meninggalkan Banyak Tanda Tanya
Baca juga: 3 Drama Sageuk Menarik Dibintangi Lee Ha Nee, Ratu Cantik Serba Boleh