Home Artis Korea 3 Drama Sageuk Menarik Dibintangi Lee Ha Nee, Ratu Cantik Serba Boleh

3 Drama Sageuk Menarik Dibintangi Lee Ha Nee, Ratu Cantik Serba Boleh

0

Lee Ha Nee telah membawa pelbagai watak dalam drama dan juga filem yang dibintanginya. Bukan hanya dalam drama dengan latar zaman moden, Lee Ha Nee juga membintangi beberapa buah drama sageuk yang menarik.

Mempunyai pesona menawan dan menghiburkan, di bawah ini adalah tiga pilihan drama sageuk yang dibintangi oleh Lee Ha Nee.

 

1. Shine or Go Crazy (2015)

Lee ha neePada tahun 2015 Lee Ha Nee membintangi drama Shine or Go Crazy, dengan membawa watak sebagai Hwangbo Yeo Won. Selain Lee Ha Nee, drama ini juga dibintangi oleh Jang Hyuk dan Oh Yeon Seo. Drama ini menceritakan tentang Wang So (Jang Hyuk), Putera Goryeo yang mempunyai pengalaman zaman kanak-kanak yang penuh kesepian dan nasib yang malang.

Apabila dewasa, dia menyadari bakatnya untuk menjadi seorang raja. Suatu hari, Wang So bertemu Shin Yool (Oh Yeon Seo), puteri terakhir Balhae yang mesti menghadapi kematian kerana takdirnya. Melalui perkahwinan satu malam, kedua-duanya terhubung antara satu sama lain.

 

2. Rebel: Thief Who Stole the People (2017)

Drama sageukRebel: Thief Who Stole the People mengisahkan tentang Hong Gil Dong (Yoon Kyun Sang) yang bertanggung jawab memecah belahkan Dinasti Joseon yang juga merupakan pahlawan bagi rakyat, namun musuh bagi Raja Yeonsangun yang memiliki garis keturunan bangsawan namun dicerca oleh rakyatnya, manakala Hong Gil Dong lahir sebagai hamba tapi berjaya merebut hati rakyat.

Perjuangan antara dua orang musuh ini menunjukan kualiti yang diperlukan oleh seseorang pemimpin sejati. Dalam drama yang ditayangkan pada 30 Januari 2017 ini, Lee Ha Nee membawa watak sebagai Jang Nok Soo. Selain Lee Ha Nee drama ini juga dibintangi oleh Yoon Kyung Sang, Chae Soo Bin, dan Kim Ji Suk.

 

3. Knight Flower (2024)

Lee haneeKnight Flower merupakan drama sageuk terbaru yang dibintangi oleh Lee Ha Nee, drama ini ditayangkan pada 12 Januari 2024. Drama ini menceritakan tentang Jo Yeo Hwa (Lee Ha Nee) yang telah menjadi balu selama 15 tahun. Dia adalah menantu keluarga bangsawan yang paling terkenal di daerahnya.

Pada siang hari dia hanya berdiam diri di rumah, pada malam hari pula, Jo Yeo Hwa dalam diam keluar dan membantu orang-orang yang memerlukan bantuannya. Ditakdirkan, dia terlibat pula dengan Park Soo Ho (Lee Jong Won) dan mula bermimpi tentang masa depannya.

Memiliki bakat lakonan yang memukau, tidak hairanlan banyak drama Lee Ha Nee yang berjaya menarik perhatian ramai peminat. Lee Ha Nee atau lebih dikenali sebagai Honey Lee oleh media Barat adalah merupakan seorang ratu cantik Korea Selatan, pemuzik klasik, pemain gayageum, dan juga pelakon terkenal. Lee Ha Nee mewakili negara Korea Selatan dalam pertandingan ratu Miss Universe 2007 di Mexico.

Baca lagi: Kenali So Yi Hyun, Bersinar Sebagai Perempuan Perampas dalam My Happy Ending
Baca juga: 3 Sebab Anda Perlu Menonton Knight Flower, Drama Saeguk Aksi Komedi