Home Artis Korea Menggamit Memori, Filem dan Drama Mendiang Lee Sun Kyun Yang Boleh Ditonton...

Menggamit Memori, Filem dan Drama Mendiang Lee Sun Kyun Yang Boleh Ditonton di Viu

0

Seperti yang diketahui umum, Lee Sun Kyun dikenali ramai di kalangan rakyat Korea Selatan dan malah peringkat global. Lee Sun Kyun membuat debutnya sebagai pelakon teater.

Dia mula dikenali umum menerusi drama “Coffee Prince”. Kemudian pada tahun 2019, kerjaya Lee Sun Kyun meningkat popular berkat filem Parasite yang memenangi anugerah Oscar. Bermula dari filem Parasite, Lee Sun Kyun juga berjaya memenangi Anugerah Persatuan Pelakon Skrin ke-26 sebagai Persembahan Cemerlang oleh Pelakon dalam kategori Filem.

Bakatnya sememangnya tiada tandingan, Lee Sun Kyun juga memenangi anugerah sebagai pelakon terbaik berkali-kali. Pada tahun 2010, Lee Sun Kyun memenangi Anugerah Drama KBS sebagai Pelakon Terbaik. Kemudian pada 2015, Lee Sun Kyun menerima anugerah pelakon terbaik di Anugerah Seni Baeksang ke-51.

Kini semuanya hanya tinggal kenangan apabila Lee Sun Kyun dilaporkan meninggal dunia disyaki bunuh diri di dalam dalam keretanya pada Rabu, 27 Disember 2023 lalu.

Baca lagi: Pelakon Lee Sun Kyun ditemui mati kerana membunuh diri

Para peminat setia drama dan filem Korea Selatan pastinya merasa terkejut dengan berita duka dan memilukan itu apabila Lee Sun Kyun menamatkan riwayatnya dengan tragis.

Berikut ini adalah beberapa buah filem dan drama Korea yang dibintangi pelakon ini yang anda boleh tonton di Viu. Lakonan hebatnya dalam karya-karya ini pasti kekal terpahat dalam hati para peminat mendiang.



SLEEP (2023)

IMG 1243 scaled

Filem Sleep yang dibintanginya bersama Jung Yu Mi merupakan filem terakhir yang dibintangi oleh Lee Sun Kyun sebelum terpalit dengan kes dadah dan meninggal dunia.

Disifatkan sebagai filem seram thriiler, Sleep mengisahkan pasangan suami isteri Hyun Su dan Soo Jin yang pada mulanya hidup mereka begitu bahagia, ditambah pula tak lama lagi pasangan ini bakal menimang anak sulung.

Kebahagian dan keceriaan pasangan ini sedikit demi sedikit direntap dek kejadian tragis yang menyebabkan satu siri kematian. Pada awalnya, masalah tidur berjalan yang dihidap Hyun Su (Suami) ini dianggap sebagai perkara biasa malah menjadi bahan gurauan Hyun Su.

Semakin hari, kelakuan Hyun Su sambil berjalan tidur semakin menjadi-jadi sehingga terlibat dengan kematian. Soo Jin mula gusar kerana bimbang akan membahayakan bayi yang telah pun dilahirkannya.

Bagaimana kisah selanjutnya? Haruslah tonton di Viu ya!



KILLING ROMANCE (2023)

IMG 1244 scaled

Filem Killing Romance ialah sebuah filem Korea dengan genre komedi thriller yang dibintangi oleh Lee Hanee, Lee Sun Kyun dan Myoung Gong.

Lee Sun Kyun membawa watak lelaki posesif, taksub malah menakutkan iaitu Johnathan Na.

Filem ini membawa tema kehidupan rumah tangga dan dipadu hebat dalam adegan komedi yang menghiburkan. Elemen komedi yang menyerlah sepanjang filem ini membuatkan filem ini harus dijadikan tontonan wajib bagi anda peminat genre ini.

Gelagat watak dan aksi komedi Lee Sun Kyun dan watak yang lain di dalam filem ini pasti membuatkan penonton ketawa terbahak-bahak.

Tonton disini



PARASITE (2020)

IMG 1245 scaled

Salah sebuah filem lakonannya yang paling popular hingga dikenali di seluruh dunia adalah PARASITE, filem yang berjaya menggondol anugerah Oscar pada tahun 2020.

Parasite mengisahkan Kim Gi Woo, seorang pemuda dari keluarga miskin yang mendapat peluang untuk mengajar anak perempuan keluarga kaya selepas rakannya pergi belajar di luar negara.

Memanfaatkan peluang ini, dia cuba mengajak seluruh keluarganya bekerja untuk keluarga Park (Keluarga Lee Sun Kyun) tanpa pengetahuan mereka. Apabila mereka mula tinggal bersama keluarga Park, tindakan mereka mengakibatkan akibat yang tidak dijangka dan rumit.

Dalam filem ini Lee Sun Kyun menerima pujian kritis dan menjadi filem Korea Selatan pertama yang memenangi Palme d’Or, serta yang pertama dicalonkan dan memenangi Anugerah Akademi untuk Filem Terbaik.

Parasite memenangi Filem Bahasa Asing Terbaik di Golden Globes 2020. Pengarah Bong Joon Ho juga membawa pulang anugerah untuk Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Lakon Layar Asal Terbaik, dan Filem Cereka Antarabangsa Terbaik di Oscar 2020, menjadikan Parasite sebagai filem bukan bahasa Inggeris pertama yang memenangi Filem Terbaik pada 92 sejarah tahun Anugerah Akademi.

Tonton disini




COFFEE PRINCE (2007)

Lee sun kyun

Para peminat drama Korea pastinya tidak akan melupakan penampilan Lee Sun Kyun dalam drama popular, COFFEE PRINCE yang ditayangkan pada tahun 2007.

Ia mengisahkan tentang percintaan rumit di antara Go Eun Chan (Yoon Eun Hye), seorang wanita yang berpura-pura menjadi lelaki untuk mendapatkan pekerjaan di kafe yang dikendalikan oleh Choi Han Gyeol (Gong Yoo).

Disini, Lee Sun Kyun memainkan watak Choi Han Sung, seorang penerbit rakaman berbakat dan sepupu kepada Choi Han Gyeol. Menariknya lagi, Han Sung menjalin hubungan cinta dengan Han Yoo Joo (Chae Jung An), yang juga merupakan bekas dan cinta pertama Han Gyeol.

Tonton disini

Demikian sahaja senarai filem dan drama lakonan Lee Sun Kyun yang anda boleh tonton dan strim di Viu. Dan kini semua karya yang dikeluarkannya akan menjadi kenangan buat peminatnya di seluruh dunia!

Langgan juga Viu Premium untuk menonton pelbagai Kdrama tanpa sebarang gangguan iklan.

Baca juga: 2 Filem Baharu dan Menarik di Viu, Dari Kisah Thriller Misteri hingga Romantik Komedi
Baca lagi: Esom dan Ahn Jae Hong Reunion Sebagai Suami Isteri dalam Kdrama Terbaru, LTNS