Home Movie 2 Filem Baharu dan Menarik di Viu, Dari Kisah Thriller Misteri hingga...

2 Filem Baharu dan Menarik di Viu, Dari Kisah Thriller Misteri hingga Romantik Komedi

0

Selain drama Korea, terdapat juga filem Korea yang tidak kurang hebatnya untuk dinikmati. Lebih-lebih lagi apabila korang merasa bosan dan tiada apa-apa rancangan dan ingin bersantai di rumah.

Bagi korang yang sedang mencari filem menarik dari Korea, berikut adalah 2 filem terbaik dari tahun 2023 yang boleh korang tonton di Viu Januari ini.



“SLEEP (2023)”

Filem

Bayangkan jika pasangan anda mempunyai tabiat “Sleepwalking atau Berjalan Tidur”! Pasti seram dan mencemaskan! Lebih buruk lagi, jika ia boleh menyebabkan nyawa melayang! 

Sama seperti apa yang ditampilkan dalam filem thriller misteri Korea yang dibintangi oleh Jung Yu Mi dan Lee Sun Kyun ini.

Sepasang suami isteri Hyun Su (Lee Sun Kyun) dan Soo Jin (Jung Yu Mi) yang pada mulanya hidup mereka begitu bahagia, ditambah pula tak lama lagi pasangan ini bakal menimang anak sulung.

Kebahagian dan keceriaan pasangan ini sedikit demi sedikit direntap dek kejadian tragis yang menyebabkan satu kematian.

Pada awalnya, masalah tidur berjalan yang dihidapi Hyun Su ini dianggap sebagai perkara biasa malah menjadi bahan gurauan Hyun Su. Sehinggglah pada satu malam Hyun Su duduk sambil masih tidur dan mengeluarkan dua perkataan yang mampu mendebarkan sesiapa sahaja:

“SESEORANG DI DALAM.”

Kelakuan Hyun Su sudah cukup untuk membuatkan Soo Jin merasa ketakutan dan mula panik melihat sekeliling apartmennya namun tidak menemui apa-apapun!

Semakin hari, kelakuan Hyun Su sambil berjalan tidur semakin menjadi-jadi. Soo Jin mula bimbang akan membahayakan bayi mereka. Sehingga tahap dimana Soo Jin terpaksa mengunci dan tidur di dalam bilik air.

Suatu hari, ibu Soo Jin datang membawa bomoh dengan tujuan untuk merawat Hyun Su. Bomoh mendakwa bahawa ada roh tidak tenang sedang bertenggek di atas kepala Hyun Su.

Persoalannya, memang ada roh yang cuba merosakkan rumahtangga mereka dan bagaimana mereka mengatasi?

Saksikan filem yang sangat unik dan penuh dengan misteri dan tanda tanya ini hanya di Viu!

 

HONEY SWEET (2023)

IMG 0847 scaled

Selain filem “SLEEP”, salah satu filem Korea Selatan yang baru-baru ini mendapat perhatian tinggi daripada pencinta filem ialah “HONEY SWEET”. Filem bergenre romantik komedi ini dibintangi oleh pelakon terkenal, seperti Yoo Hae Jin, Kim Hee Sun, Cha In Pyo, Jin Seon Kyu, dan Han Sun Hwa. 

Filem ini mengisahkan kehidupan dan perjalanan cinta Chi Ho yang dilakonkan oleh pelakon veteran Yu Hae Jin. Chi Ho (Yoo Hae Jin) ialah seorang penyelidik di sebuah syarikat gula-gula yang menyendiri dan dikenali sebagai pelik. Walaupun begitu, dia merupakan seorang pekerja yang berbakat dan mahir serta selalu mendatangkan keuntungan kepada syarikatnya. Dedikasinya begitu dikagumi dan menjadi kegemaran majikannya.

Chi Ho mempunyai minat yang besar dan hanya fokus pada gula-gula. Chi Ho dikelilingi oleh orang yang mempunyai perwatakan unik, seperti abangnya Seok Ho yang berperangai kebudak-budakan dan tidak tahu malu dan CEOnya Byeong Hoon yang bersikap narsis dalam tingkah lakunya.

Hari-hari Chi Ho yang tenang tiba-tiba berubah apabila dia bertemu dengan seorang wanita bernama Il Young (Kim Hee Sun). II Young merupakan seorang wanita cantik yang berjaya membuatkan hati Chi Ho berdebar-debar. Kedua-dua mereka kemudian jatuh cinta antara satu sama lain.

Nak tahu bagaimana kisah percintaan mereka selanjutnya? Tonton di Viu ok!

Yang pasti, filem Honey Sweet ini sangat menghiburkan dan berbaloi untuk ditonton bersama pasangan, keluarga dan rakan-rakan korang. Selamat menonton!

Langgan Viu Premium juga untuk menonton pelbagai genre filem tanpa sebarang gangguan iklan.

Baca lagi: The Roundup No Way Out, Filem Terlaris Korea 2023, Tayang di Viu
Baca juga: Filem “The Moon”, D.O EXO Terdampar Keseorangan Di Bulan, Strim di Viu