Home Movie The Roundup No Way Out, Filem Terlaris Korea 2023, Tayang di Viu

The Roundup No Way Out, Filem Terlaris Korea 2023, Tayang di Viu

0

Sepanjang tahun 2023 ini, banyak filem Korea yang telah diterbitkan dan ditayangkan, tidak mengejutkan kerana banyak juga filem yang berjaya mendapat box office.

Dengan plot cerita yang sangat menarik, filem-filem tersebut berjaya menarik perhatian jutaan penonton. Sementara itu, dari segi pemilihan pelakon pula, para pelakon yang membintangi filem-filem ini juga memiliki kebolehan lakonan yang luar biasa hebat.

Filem Korea yang meraih jumlah penonton paling ramai dan terlaris pada tahun 2023 dipegang oleh THE ROUNDUP “NO WAY OUT yang dibintangi oleh pelakon popular Ma Dong Seok. Filem yang membawa genre noir thriller ini telah berjaya menembusi 10.6 juta penonton. Daebak! Sangat mengagumkan!

The roundup

“THE ROUNDUP “NO WAY OUT” telah ditayangkan pada 7 Jun lalu di pawagam, dan filem ini merupakan sekuel kepada filem terdahulu iaitu THE ROUNDUP (2022) dan THE OUTLAWS (2017). Kini, anda boleh tonton dan strim filem ini di Viu!

Filem ini mengisahkan seorang detektif bernama Ma Seok Do yang berpindah ke pasukan penyiasat metropolitan untuk cuba menangkap dan membanteras samseng Jepun yang telah melakukan jenayah.

IMG 8218

Selain Ma Dong Seok, filem ini turut dibintangi oleh beberapa pelakon popular Korea, seperti Lee Joon Hyuk, dan Lee Beom Soo. Dalam filem ini, pelakon Ma Do Seok bukan sahaja memainkan peranan utama, dia juga memegang watak penerbit eksekutif.

Ma Dong-seok, bintang utama dan penerbit eksekutif filem ini berkata, No Way Out menawarkan sesuatu yang baharu berbanding dua filem sebelum ini.

Baca lagi: Lee Kwang Soo Jadi Lelaki Kurang Upaya dalam Filem “Inseparable Bros”, Adaptasi dari Kisah Benar

Menampilkan Urutan Aksi Yang Mendebarkan

IMG 8216

Roundup: No Way Out meneruskan perjalanan Ma Seok Do yang kini telah menyertai Pasukan Penyiasat Metropolitan. Unit ini diketuai oleh Jang Tae Soo (Lee Beom Soo). Ini berlaku tujuh tahun selepas penangkapan di Vietnam.

Semuanya bermula apabila dia mendapat tahu tentang kes pembunuhan membabitkan pemusnahan dadah sintetik. Kes ini membuatkan beliau menjalankan siasatan yang lebih mendalam.

Jadi, mereka ditugaskan untuk menewaskan Joo Seong Cheol (Lee Joon Hyuk), anak kepada ahli perniagaan kaya yang bersekutu dengan gangster Jepun. Dia juga sering menimbulkan onar di kalangan orang Korea kerana sering melakukan perbuatan jenayah keji.

Seorang warga Jepun yang juga pengedar, Ricky (Aoki Munetaka) dan gengnya turut datang ke Korea untuk mencetuskan lagi keadaan yang sudah huru-hara.

Tak sabar untuk menonton filem ini di Viu? Jadi, pastikan anda tidak terlepas dari menonton filem ini.

Langgan Viu Premium juga untuk menonton pelbagai genre filem tanpa sebarang gangguan iklan.

Baca lagi: Filem “The Moon”, D.O EXO Terdampar Keseorangan Di Bulan, Strim di Viu
Baca juga: 6 Drama Viu Original Pelbagai Genre Bakal Tayang 2024. Tak Sabar Tunggu No.6