Home Kdrama/Kmovie 6 Drama Viu Original Pelbagai Genre Bakal Tayang 2024. Tak Sabar Tunggu...

6 Drama Viu Original Pelbagai Genre Bakal Tayang 2024. Tak Sabar Tunggu No.6

0

Lambakan drama Melayu membuatkan peminat-peminat drama lebih selektif terhadap drama yang mereka ingin tonton. 

Pastinya mereka mencari drama yang memberikan jalan cerita yang fresh, bukan sekadar menjual kisah-kisah khayalan sekitar kahwin paksa, rebutan harta dan kecurangan.

Viu merupakan antara platform OTT yang banyak mengetengahkan karya tempatan berkualiti serta drama adaptasi melalui siri Viu Original. Antara Viu Original yang menarik perhatian ramai adalah She Was Pretty, Black, Hilang, Nenek Bongkok Tiga dan From Saga With Love. Terkini, W: Two Worlds lakonan Hun Haqeem dan Daiyan Trisha.

Pada acara Viu Upfronts 2024 yang diadakan pada November lepas, pihak Viu Malaysia telah mengumumkan 6 drama baru yang akan ditayangkan pada 2024. Dibawah ini adalah senarai serta sinopsis drama Viu Original 2024 yang boleh anda nanti-nantikan.

Dibawah ini adalah senarai serta sinopsis drama Viu Original 2024 yang boleh anda nanti-nantikan.

 

Terlanjur Cinta

IMG 7317Demi menyelamatkan abangnya, seorang penagih dadah dari dipenjarakan dan juga mengubah nasib keluarga dari kemiskinan, Aishah membuat keputusan untuk berkahwin dengan duda terlajak, Pak Majid. Keputusan ini memaksa Aishah untuk melupakan perasaannya terhadap Amir, teman rapatnya sejak kecil. Keperibadian Pak Majid yang sopan dan budiman membuatkan Aishah jatuh hati walaupun terdapat perbezaan usia. Namun, sebaik sahaja mendapat sinar kebahagiaan, harapannya musnah setelah Pak Majid yang baru pulang dari lawatan kerja, memperkenalkan isteri barunya. Kemesraan Pak Majid yang telah berubah menyebabkan Aishah menjadi keliru. Dalam masa yang sama, Amir masih lagi mengintai peluangnya dari jauh, dengan harapan dapat memberi kebahagiaan yang seharusnya dimiliki Aishah.

Terlanjur Cinta terbitan Rumah Karya Cinta ini dibintangi oleh ramai pelakon popular antaranya Puteri Balqis, Syafiq Kyle, Umie Aida, Syafie Naswip, Khir Rahman, Syafi Tee dan ramai lagi. 


Nafsu

IMG 7319

Di sebalik kawasan setinggan dan lorong gelap Kuala Lumpur, Sam menipu dan menyamar sebagai bomoh demi kelangsungan hidup. Mangsanya adalah mereka yang mudah terpedaya dengan ilmu hitam dan dengan menggunakan kesempatan itu, Sam mengaut duit mereka dengan penipuan dan ilusi murahan. Namun hakikatnya, Sam mempunyai deria keenam dan boleh melihat makhluk ghaib, tetapi dia menolak kepercayaan itu kerana padanya ia adalah satu sumpahan. Apabila Dina, bekas kekasih Sam, datang meminta pertolongan mencari adik perempuannya yang hilang, Sam terima dengan hati yang berat. Namun, pencarian itu membawa mereka bertemu dengan satu kumpulan ajaran sesat, yang diketuai oleh seorang yang jahat. Sam bakal diduga dengan perkara-perkara yang di luar jangkaan akal.

Nafsu pula sebuah drama seram yang berhubung kait dengan perkara mistik yang menampilkan Kamal Adli dan Azira Shafinaz sebagai pelakon utama.


Gadis Masa

Maya dan Khairi bertemu dan jatuh cinta ketika mereka masih muda. Namun, hubungan mereka berada diambang kehancuran setelah beberapa tahun perkahwinan. Perbalahan tidak diduga menyebabkan kemalangan kereta yang membunuh Khairi. Dengan hati yang lara, Maya terjumpa payung lama yang mempunyai kebolehan untuk membawanya kembali ke masa lalu, ke saat dia dan Khairi pertama kali bertemu. Dengan kebolehan ini, Maya berazam untuk mengubah takdir dan percaya bahawa satu-satunya cara untuk menyelamatkan Khairi adalah sekiranya mereka tidak pernah bersama. Namun, melawan takdir bukanlah perkara yang mudah dan Maya mendapati bahawa setiap percubaan untuk mengubah takdir, membawa Maya kepada situasi-situasi yang lucu dan diluar jangkaan.

Gadis Masa adalah sebuah drama yang bergenre romantik komedi dan fantasi kerana membawa tema merentas waktu. 


The Secret

IMG 7321

Apabila Liya, seorang pelajar universiti popular ditemui mati, pihak berkuasa mengklasifikasikan kematiannya sebagai bunuh diri. Johanna, pensyarah Liya merupakan satu-satunya individu yang mengesyaki bahawa ada sesuatu yang lebih buruk telah terjadi apabila dia menemui sepucuk surat ugutan di bilik hostel Liya. Dengan bantuan sahabat baik Liya, Nini, penyiasatan mereka membawa kepada tuduhan merogol. Tetapi tanpa sebarang bahan bukti yang kukuh, andaian mereka berdua sukar untuk didengari, apatah lagi untuk dipandang serius. Johanna yang dibelenggu oleh trauma yang berpanjangan, berazam untuk membawa suspek ke muka pengadilan. Namun begitu, keadaan menjadi sukar apabila di mendapati bahawa ada pihak lain yang cuba untuk melakukan apa sahaja, untuk melenyapkan kebenaran.

Drama The Secret ini bergenre thriller jenayah. Antara pelakon yang membintangi drama ini adalah Siti Saleha dan Remy Ishak.


From Saga With Love Musim 2

Drama

Empat sekawan kembali ke Saga semasa musim bunga untuk bertemu dengan Akiro Shisho, tetapi kekacauan dan kejadian yang lucu sentiasa berlaku apabila Karma, Sham, Bianca, dan Bob bersama. Apakah agaknya yang akan berlaku untuk musim yang kedua ini?

Ini merupakan sekuel siri romantik komedi hit Viu Malaysia 2023, From Saga With Love, dibintangi Siti Khadijah Halim, Ikmal Amry, Sophia Albarakbah dan Fimie Don.


Strong Girl

IMG 7315

Luna ialah seorang wanita muda yang dilahirkan dengan kekuatan luar biasa, setelah diwarisi melalui keturunan perempuan dalam keluarganya. Apabila Noah, Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat permainan video, melihat Luna menggunakan kuasanya untuk melawan sekumpulan pembuli, Noah memutuskan untuk mengupah Luna sebagai pengawal peribadinya untuk menangkap pengintip yang telah menghantar mesej ugutan kepadanya.

Sementara itu, seorang penculik bersiri yang menjadikan wanita muda cantik sebagai sasarannya, sedang berkeliaran dengan bebas di bandar tersebut. Kes itu telah menyebabkan Inspektor Miqael, teman zaman kanak-kanak Luna yang diminatinya, kembali ke Kuala Lumpur untuk menyiasat kes tersebut. Luna kini mendapati dirinya terperangkap dalam cinta tiga segi di antara Noah dan Miqael, dan pada masa yang sama, terpaksa menggunakan kuasanya untuk menyelamatkan keadaan.

Strong girl adalah drama melayu yang akan diadaptasi dari sebuah drama korea popular yang menjadi perhatian ramai pada tahun 2017 iaitu Strong Girl Bong Soon. Antara pelakon yang akan membintangi drama Strong Girl adalah Merqeen dan juga Nadhir Nasar. 

Walaupun belum diumumkan tarikh sebenar tayangan bagi setiap drama diatas, pastinya ramai peminat drama Melayu sudah tidak sabar menonton semua drama yang tersenarai kerana dari sinopsisnya sahaja sudah nampak sangat menarik dan berbeza dari drama yang selalu kita tonton di kaca TV.

Bagi anda yang ingin menonton drama-drama Melayu menarik lain yang masih dan sedang disiarkan, boleh strim melalui aplikasi Viu ya!

Langgan juga Viu Premium untuk menonton pelbagai drama tanpa sebarang gangguan iklan.

Baca lagi: Harus Tonton, 3 Drama Melayu Adaptasi dari Drama Korea, Terbaru W: Two Worlds
Baca juga: Hun Haqeem & Daiyan Trisha boleh lawan pelakon sebenar Korea?