Home Kdrama/Kmovie Harus Tonton, 3 Drama Melayu Adaptasi dari Drama Korea, Terbaru W: Two...

Harus Tonton, 3 Drama Melayu Adaptasi dari Drama Korea, Terbaru W: Two Worlds

0

Kalau korang peminat drama Korea, korang wajib juga tonton adaptasi 3 drama Melayu ini yang dilakonkan oleh artis-artis tanah air kita yang tidak kurang juga hebatnya!

Antara drama adaptasi yang korang boleh tonton ialah Black, She Was Pretty dan terbaru ada W: Two Worlds. Jom kita lihat ulasan ringkas 3 buah drama tersebut seperti dibawah ini!


Black (2019 & 2021)

Adaptasi drama korea

Black merupakan sebuah drama siri bergenre seram, misteri, fantasi dan thriller. Ia diadaptasi dari siri popular Korea Selatan 2017 yang dibintangi oleh Song Seung-heon dan Go Ara. Manakala versi Malaysia pula, dibintangi Kamal Adli dan Siti Saleha yang telah disiarkan di Viu pada 17 Disember 2019 sehingga 29 Julai 2021.

Siapa sangka drama BLACK versi Malaysia ini tersangatlah menarik dan “eye candy” dengan gandingan mantap dari Kamal Adli, Siti Saleha, Nabila Huda dan Khir Rahman.

Drama ini mengisahkan makhluk bunian yang dipanggil Ejen 444/BLACK (Kamal Adli) dari dunia bunian datang ke dunia manusia dengan misi untuk mencari rakan kerjanya yang telah melanggar peraturan di dunia manusia.

Kemudian ada Sofia (Siti Saleha) yang mempunyai kelebihan luar biasa mampu meramal kematian dimana dia akan melihat bayang hitam muncul di setiap badan manusia yang merupakan petunjuknya bahawa manusia tersebut bakal berhadapan dengan maut tak lama lagi.

Takdir akhirnya menemukan mereka berdua, dimana mereka mula bekerjasama menyelesaikan satu pembunuhan bersiri yang akhirnya membongkar rahsia besar dalam drama ni.

Siri ini tidak jauh beza dengan drama asalnya. Cuma, konsep ‘grim reaper‘ telah ditukar kepada makhluk bunian sesuai dengan cita rasa Malaysia. Bagi sesiapa yang minat cerita seram dan misteri, korang memang patut layan drama ini!

Black menyajikan kita dengan sebanyak 2 musim, 8 episod musim pertama dan 10 episod musim kedua ini korang boleh tonton di Viu!

Buat pengetahuan korang juga, kedua- dua musim drama dari Viu Original “BLACK” ini telah memenangi beberapa anugerah di Asian Academy Creative Awards, Asian Television Awards & ContentAsia Awards pada tahun 2020 dan 2021. Satu pencapaian yang cukup membanggakan!

 

She Was Pretty (2022)

Viu

She Was Pretty adalah salah satu drama siri dari Korea yang popular pada tahun 2015 dan telah diadaptasi dalam drama Melayu dengan tajuk sama. Ia ditayangkan di aplikasi Viu pada 18 June 2022. 

Drama adaptasi ini telah viral dan menjadi bualan hangat tahun lepas kerana memang lawak habis! Ia merupakan drama bersiri yang diarahkan oleh Yusry Abdul Halim dan dibarisi pelakon yang memang hebat lakonannya seperti Diana Danielle dan Aiman Hakim Ridza.

Ia mengisahkan tentang Nadia (Diana Danielle) yang memiliki teman lelaki zaman kanak-kanak, Haniff (Aiman Hakim Ridza). Ketika kecil, Haniff memiliki tubuh badan yang tidak menarik. Nadia ketika kecil bukan sahaja cantik tetapi juga lahir daripada keluarga yang kaya. Mereka telah terpisah setelah Haniff terpaksa mengikut keluarga nya berpindah ke luar negara.

Setelah 15 tahun berlalu, penampilan dan keadaan Nadia telah berubah kerana kemiskinan yang melanda keluarganya. Haniff pula menjadi semakin kacak dan bergaya. Akibat rasa rendah diri dengan keadaan sekarang, Nadia telah meminta rakan baiknya untuk menyamar menjadi dirinya kepada Haniff.

Tetapi keadaan bertambah sulit setelah Nadia dan Haniff bekerja di syarikat yang sama iaitu di majalah The Most. Dapatkah Haniff mengenali Nadia?

Tonton She Was Pretty disini

 

W: Two Worlds (2023)

Drama Melayu

Terbaru, W: Two Worlds merupakan sebuah drama adaptasi dari Korea W: Two Worlds yang ditayangkan pada tahun 2016, dibintangi Lee Jong-suk dan Han Hyo-joo. Drama versi Melayu ini diarahkan oleh Yusry Abdul Halim. 

Drama ini menampilakan hero dan heroin terkenal Malaysia iaitu Hun Haqeem dan Daiyan Trisha. Hun Haqeem membawa watak Aliff iaitu seorang lelaki yang sangat kaya dan hanya wujud di dalam dunia komik W. Daiyan Trisha pula menghidupkan watak Izara iaitu seorang pakar perubatan yang hidup dalam dunia realiti.

Secara ringkasnya, semasa Izara sedang mencari ayahnya, dia secara tidak sengaja telah menyelamatkan Aliff yang merupakan watak dalam komik ciptaan ayahnya. Namun apa yang Izara tidak tahu adalah, ayahnya begitu nekad untuk mematikan watak Aliff setelah 10 tahun menjayakan komik tersebut.

Disebabkan itu, Izara telah muncul sebagai watak dalam komik tersebut menyebabkan takdirnya di dunia realiti dan fantasi itu saling berkait.

Kalau korang peminat cerita fantasi, misteri dan sedikit komedi, korang kena tonton cerita ini. Sedang ditayangkan di Viu, korang boleh catch up 4 episod pertama secara percuma dan tonton 2 episod terbaru setiap hari Khamis.

Bagi korang yang ingin menonton drama-drama ini, boleh strim melalui aplikasi Viu ya!

Langgan juga Viu Premium untuk menonton pelbagai drama tanpa sebarang gangguan iklan.

Baca lagi: Sumpahan Hae Na Hampir Hilang dalam “A Good Day To Be A Dog”, Tapi Ada Yang Menghalang
Baca juga: Hun Haqeem & Daiyan Trisha boleh lawan pelakon sebenar Korea?