Home Kdrama/Kmovie 7 Drama Hwang Bo Reum Byeol, Bintangi Drama Baru ‘Maestra: Strings of...

7 Drama Hwang Bo Reum Byeol, Bintangi Drama Baru ‘Maestra: Strings of Truth’

0

Hwang Bo Reum Byeol termasuk dalam barisan pelakon untuk drama siri terbaru tvN iaitu Maestra: Strings of Truth. Dalam drama siri yang bertemakan muzikal tersebut, pelakon ini akan bergandingan dengan artis senior seperti Lee Young Ae, Lee Mu Saeng, dan juga Kim Young Jae.

Walaupun baru sahaja debut pada tahun 2020, Hwang Bo Reum Byeol telah membintangi banyak drama siri Korea Selatan dengan pelbagai genre yang sangat menarik.

Tujuh buah drama siri Korea yang dibintangi Hwang Bo Reum Byeol seperti berikut boleh anda jadikan tontonan untuk mengenal pelakon ini dengan lebih mendalam. Jom sama-sama kita lihat ulasannya!

Hwang Bo Reum Byeol1. The World of My 17 (2020) merupakan drama siri debut bagi Hwang Bo-Reum-Byeol. Pelakon ini membawa watak sebagai seorang pelajar yang bernama Lim Yuna, sahabat kepada Arin Oh My Girl

 

976b9bba a864 4ef3 8411 c904f9686d492. Ditayangkan di YouTube, Hwang Bo-Reum-Byeol merupakan satu-satunya gadis yang tinggal di rumah Ji Baek Ho dalam Can I Step In? (2020)

 

6b1813f7 fa37 4762 ad5f 1ab4a8e4b0ef3. Namanya kian dikenali ramai seleas membawa watak sebagai Kang Seo Young yang bekerja keras dalam School 2021. Wataknya diceritakan menjalin hubungan asmara dengan Jung Young Joo (Choo Young Woo)

 

320a9799 1ca9 4003 bf24 c29449bf9e614. Walau pelakon utamanya diganti, Hwang Bo-Reum-Byeol masih ditampilkan sebagai pelakon pembantu yang membawa watak yang sama dalam musim kedua The World of My 17 (2021). Sudah menonton?

 

10e58a01 71ce 43eb b507 0738e3c48b8b5. Membahaskan kehidupan kampus, Hwang Bo Reum Byeol tampil sebagai pelakon pembantu yang membawa watak sebagai Choi Rosa dalam Dear M (2022). Wataknya adalah pelajar yang belajar jurusan komputer

 

069bed8a 3732 43f6 83c9 e763dad34c4e6. Pertama kali berlakon dalam drama sageuk, Hwang Bo Reum Byeol membawa watak seorang anak gadis bangsawan yang jatuh miskin dalam The Secret Romantic Guesthouse (2023). Sangat anggun!

 

f3de7192 aba1 4a0f be27 69432d95bd0b7. Hwang Bo Reum Byeol akan membawa watak sebagai Lee Luna, anggota paling muda dalam Hangang Philharmonic Orchestra yang bercita-cita tinggi mahu menjadi konduktor dalam drama terbarunya iaitu Maestra: Strings of Truth

Walaupun pelakon ini selalu dipilih untuk membawa watak supporting role (watak pembantu), Hwang Bo Reum Byeol selalu juga berjaya mencuri perhatian para penonton dengan lakonannya dan paras menawan yang dimiliki.

Baca lagi: 10 Fakta Drama ‘Captivating The King’, Tampilkan Cho Jung Seok-Shin Se Kyung
Baca juga: 11 Watak yang Dibawa Kim Yoo Jung dalam Kdrama yang Meraih Anugerah