Home Artis Korea 11 Watak yang Dibawa Kim Yoo Jung dalam Kdrama yang Meraih Anugerah

11 Watak yang Dibawa Kim Yoo Jung dalam Kdrama yang Meraih Anugerah

0

Kim Yoo Jung merupakan artis Korea yang telah berlakon sejak kecil lagi sejak masih berumur 5 tahun. Telah berlakon sejak kecil, kerjaya Kim Yoo Jung semakin bersinar hingga menginjak usia dewasa.

Kim Yoo Jung kerap menjadi pelakon utama dalam drama yang dibintanginya. Dia juga selalu memenangi anugerah hasil lakonannya dalam drama Korea yang dibintanginya.

Berikut ini adalah 11 watak yang dibawa oleh Kim Yoo Jung dalam drama Korea yang telah berjaya meraih anugerah.

1. Byeon Eun Chae versi muda dalam drama Iljimae (2008)

Kim yoo jungDrama Iljimae (2008) merupakan drama sageuk yang dibintangi oleh Lee Joon Gi, Park Si Hoo, Han Hyo Joo dan Lee Young Ah. Drama ini mengisahkan tentang kisah Yong Yi (Lee Joon Gi). Melalui drama Iljimae, Kim Yoo Jung berjaya meraih anugerah Pelakon Wanita Kanak-Kanak Terbaik di SBS Drama Awards 2008.

 

2. Shin Yun Bok versi muda dalam drama Painter of the Wind (2008)

654fabba d98d 4b81 a498 0054d72c6615Dalam drama Painter of the Wind (2008), dia membawa watak sebagai Shin Yun Bok versi muda, watak versi dewasa dibawa oleh Moon Geun Young. Drama Painter of the Wind mengisahkan tentang kisah Shin Yun Bok, pelukis wanita muda berbakat yang menyamar sebagai lelaki untuk mencari pembunuh ayahnya. Hasil lakonannya dalam drama Painter of the Wind, Kim Yoo Jung diberi anugerah Pelakon Wanita Kanak-Kanak Terbaik di SBS Drama Awards 2008.

 

3. Choe Dong Yi versi muda dalam drama Dong Yi (2010)

14058545 d553 49a6 8367 7c6ff680a01fDrama Dong Yi adalah drama sageuk yang dibintangi oleh Han Hyo Joo, Ji Jin Hee, Lee So Yeon, Bae Soo Bin, Park Ha Sun dan Jung Jin Young. Dong Yi versi muda (Kim Yoo Jung) perlu menyembunyikan identitinya dan masuk ke istana sebagai dayang kerajaan. Melalui Dong Yi, Kim Yoo Jung berjaya memenangi anugerah Pelakon Wanita Kanak-Kanak Terbaik di MBC Drama Awards 2010.

 

 

4. Yeon Yi dalam drama Grudge: The Revolt of Gumiho (2010)

1dcf28a1 1775 42a5 92f0 6a901a9f942fDalam drama Grudge: The Revolt of Gumiho, Kim Yoo Jung merupakan salah seorang pelakon utama. Dia membawa watak sebagai Yeon Yi. Dalam drama Grudge: The Revolt of Gumiho, Kim Yoo Jung bergandingan dengan Han Eun Jung, Jang Hyun Sung dan Seo Shin Ae. Hasil lakonan hebatnya dalam drama ini, Kim Yoo Jung meraih anugerah Pelakon Wanita Kanak-Kanak Terbaik di KBS Drama Awards 2010.

 

5. Yoon Na Young versi muda dalam drama Flames of Desire (2010)

bdacbe28 1982 47c6 b087 0cff1de69297Flames of Desire (2010) merupakan drama tentang pertarungan keluarga chaebol untuk memperebut kuasa. Drama ini dibintangi oleh Shin Eun Kyung, Seo Woo, Yoo Seung Ho, Jo Min Ki dan Lee Soon Jae. Kim Yoo Jung membawa watak sebagai Yoon Na Young versi muda yang watak dewasanya dibawa oleh Shin Eun Kyung. Melalui drama Flames of Desire, Kim Yoo Jung memenangi anugerah Pelakon Wanita Kanak-Kanak Terbaik di MBC Drama Awards (2010).

 

6. Heo Yeon Woo versi muda dalam drama Moon Embracing the Sun (2012)

d58c5d68 e4b5 4e94 849b 26cfcd8c4d9dKim Yoo Jung mendapat populariti meluas ketika membintangi drama Moon Embracing the Sun(2012). Dalam drama ini, dia membawa watak sebagai Heo Yeon Woo versi muda dan watak dewasanya dibawa oleh Han Ga In. Melalui drama Moon Embracing the Sun, Kim Yoo Jung memenangi beberapa anugerah iaitu Pelakon Wanita Kanak-Kanak Terbaik di APAN Star Awards 2012, Pelakon Wanita Kanak-Kanak Terbaik di MBC Drama Awards 2012 dan Pelakon Wanita Kanak-Kanak Terbaik di Pierson Movie Festival 2012.

 

7. Chun Hae Joo versi muda dalam drama May Queen (2010)

3ccc31a0 583a 4158 add8 7457300d9152Drama May Queen (2010) merupakan drama yang menceritakan tentang kisah tiga orang individu yang terlibat dalam pengkhianatan, balas dendam dan cinta dengan latar belakang industri pembuatan kapal di Ulsan Korea. Drama ini dibintangi oleh Han Ji Hye, Kim Jaewon dan Jae Hee. Kim Yoo Jung membawa watak sebagai Chun Hae Joo verai muda, dan watak dewasanya dibawa oleh Han Ji Hye. Melalui drama May Queen, Kim Yoo Jung berjaya membawa pulang anugerah Pelakon Wanita Kanak-Kanak Terbaik di MBC Drama Awards 2012.

 


8. Seo Ji Dan dalam drama Secret Door (2014)

e7a708a2 7be9 441a ba7f 5f36e707cc2fKim Yoo-jung dipilih sebagai pelakon utama drama Secret Door (2014) bersama Han Suk Kyu, Lee Je Hoon, Yoon So Hee, Park Eun Bin, Kim Min Jong dan Choi Won Young. Kim Yoo Jung membawa watak sebagai Seo Ji Dam, wanita berjiwa bebas yang kerap melakukan perkara-perkara yang dianggap taboo pada zaman Joseon. Seo Ji Dam (Kim Yoo-jung) adalah seorang penulis buku yang mempunyau sebuah kedai buku. Melalui drama Secret Door, Kim Yoo-jung meraih Anugerah Bintnag Baru Terbaik di SBS Drama Awards 2014.

 

9. Oh Ah Ran dalam drama Angry Mom (2015)

cfdc5d8b ba7f 4c4c a678 b4126a9754dbKim Yoo-jung merupakan pelakon utama drama Angry Mom (2015) bersama Kim Hee Sun, Ji Hyun Woo, Baro dan juga Ji Soo. Dalam drama ini, Kim Yoo Jung membawa watak sebagai Oh Ah Ran, pelajar sekolah yang dibuli di sekolahnya. Untuk membantu Oh Ah Ran, ibunya, Jo Kang Ja (Kim Hee Sun) menyamar sebagai pelajar sekolah untuk membantu dan menyelesaikan masalah yang terjadi kepada anaknya. Dalam drama Angry Mom (2015), Kim Yoo-jung memenangi anugerah Top 10 Stars Award di MBC Drama Awards 2015.

 

10. Hong Ra On/Hong Sam Nom dalam drama Love in the Moonlight (2016)

5f3a9541 6922 485d 87a8 92e7ecdd67f5Kim Yoo-jung merupakan pelakon utama bersama Park Bo Gum dalam drama Love in the Moonlight (2016). Dalam drama ini, Kim Yoo-jung membawa watak sebagai Hong Ra On/Hong Sam Nom, dia menyamar sebagai sida untuk menyembunyikan identitinya sebagai perempuan. Kim Yoo-jung memenangi anugerah Pelakon Wanita Paling Popular (TV) di Baeksang Arts Awards 2017, Anugerah Kecemerlangan Pelakon Muda Drama di KBS Drama Awards 2016 dan Anugerah Pasangan Terbaik dengan Park Bo Gum di KBS Drama Awards 2016.

 

11. Jung Saet Byul dalam drama Backstreet Rookie (2020)

8d7c4778 1c61 45d0 a208 cdc0feb3c8ccBackstreet Rookie (2020) merupakan drama bergenre komedi romantik yang dibintangi oleh Ji Chang Wook dan Kim Yoo-jung. Selalu bersama, Choi Dae Hyun dan Jung Saet Byul menjalani kisah romantik yang menggetarkan hati. Dalam drama Backstreet Rookie, Kim Yoo-jung berjaya memenangi Anugerah Kecemerlangan Pelakon Wanita dalam Mini Siri Fantasi/Romantik Drama di SBS Drama Awards 2020.

 

12. Hong Cheon Gi dalam drama Lovers of the Red Sky (2021)

c3f1d46f 370b 422a a29e 8af047bf7a1e

Kim Yoo-jung merupakan pelakon utama drama Lovers of the Red Sky (2021) bersama Ahn Hyo Seop. Drama yang berlatarkan era Joseon ini mengisahkan tentang hubungan antara seorang pelukis wanita (Kim Yoo-jung) dan seorang ahli astrologi buta (Ahn Hyo Seop). Kim Yoo Jung membawa watak sebagai Hong Cheon Gi, pelukis wanita genius. Hasil drama Lovers of the Red Sky, Kim Yoo-jung memenangi Anugerah Kecemerlangan Pelakon Wanita dalam Mini Siri Fantasi/Romantik Drama dan Anugerah Pasangan Terbaik dengan Ahn Hyo Seop di SBS Drama Awards 2021.

Kim Yoo-jung sudah berkecimpung dalam dunia seni selama 19 tahun sejak berusia 5 tahun. Selama dalam bidang seni, artis yang berusia 24 tahun ini telah membintangi banyak drama Korea. Hasil lakonannya dalam drama-drama tersebut, dia berjaya memenangi banyak anugerah yang semakin membuatkan kerjayanya cemerlang.

Baca lagi: 13 Foto Sesi Pembacaan Skrip Drama Doctor Slump, Park Shin Hye dan Park Hyung Sik Bergabung Selepas 10 Tahun
Baca juga: 12 Villain Paling Menyakitkan Hati dalam Kdrama 2017, Masih Ingatkah Anda?