Home Kdrama/Kmovie 13 Foto Sesi Pembacaan Skrip Drama Doctor Slump, Park Shin Hye dan...

13 Foto Sesi Pembacaan Skrip Drama Doctor Slump, Park Shin Hye dan Park Hyung Sik Bergabung Selepas 10 Tahun

0

Doctor Slump merupakan drama pembukaan untuk tahun 2024 yang akan ditayangkan di JTBC.

Doctor Slump dibintangi oleh Park Hyung Sik dan Park Shin Hye, Doctor Slump menceritakan tentang musuh akademik semasa zaman sekolah yang bertemu kembali, sewaktu kedua-duanya sama-sama sudah bekerja sebagai doktor.

Uniknya, pertemuan mereka terjadi sewaktu kedua-duanya sama-sama sedang dilanda krisis. Mereka kemudian berusaha untuk berdamai dengan keadaan sambil hidup berdekatan antara satu sama lain.

Pada 5 Disember 2023, pihak JTBC telah berkongsi gambar-gambar sesi script reading (pembacaan skrip) drama siri Doctor Slump melalui akaun Instagram mereka. Jom sama-sama kita lihat!

IMG 5886

 

1. Park Hyung Sik merupakan pelakon utama yang membawa watak sebagai Yeo Jeong Woo. Dia adalah doktor bedah plastik yang dilanda krisis akibat kesalahan medikal yang misteri

322cc548 ebb8 49a4 9e1f e48fc70c56c1

2. Park Shin Hye membawa watak sebagai Nam Ha Neul, musuh akademik Park Hyung Sik yang waktu ini menjadi doktor bius yang menderita sindrom kepenatan

217602c3 025d 476e b976 917dbee46c22

3. Menjadi kawan sekuliah dan juga rakan Park Hyung Sik, Yoon Park membawa watak sebagai Bin Dae Young, doktor bedah plastik yang mempunyai sifat yang agak licik

48037161 479a 41ea 8d70 086eaf8f5ebe

4. Selepas membintangi drama siri Daily Dose of Sunshine, Gong Sung Ha kali ini menjadi doktor bius dan juga sahabat Park Shin Hye

aa0dc4b2 bc4f 422f 9805 e7ffc255e898

5. Jang Hye Jin turut terlibat dalam drama ini dan membawa watak sebagai ibu Park Shin Hye yang bernama Gong Wol Seon

0ff0c90d ce24 4555 a2ec 3c5caf6931b8

6. Hyun Bong Sik membawa watak sebagai Gong Tae Sun, bapa saudara Park Shin Hye yang kelihatan sangat dingin dari luaran, tetapi sebenarnya mempunyai hati yang sangat baik

dc078bb7 6f65 44b0 b3bd 4a944edf0480

 

7. Yoon Sang Hyun membawa watak sebagai Nam Ba Da, adik Park Shin Hye yang mempunyai watak yang agak mengada-ngada!

5beb20ea c648 4fcb baf8 3044acf3cd9f
8. Oh Dong Min membawa watak sebagai Min Kyeong Min, orang paling rapat dengan Yeo Jung Woo dan Nam Ha Neul

38c4ad66 c817 4ba5 98ed 7eca71e5466f

9. Park Won Ho merupakan kawan zaman sekolah Park Hyung Sik dan Park Shin Hye yang bernama Kim Moo Geun

46a2d015 c726 4f7d a25b e7817747d05f

10. Sama juga dengan Kang Sang Joon, dia juga membawa watak sebagai kawan zaman sekolah kedua-dua watak utama yang bernama Son Chan Young

88e10550 2252 4ea0 ba9e 1b867a24e5b2

11. Jung Ji Soon membawa watak sebagai guru kelas Park Hyung Sik dan Park Shin Hye semasa zaman persekolahan

98cbaca6 b24c 4efc 84ad 85c6f2111b13

12. Bergabung semula selepas 10 tahun, keserasian antara Park Hyung Sik dan Park Shin Hye dalam drama siri Doctor Slump memang membuatkan para penonton tidak sabar!

7acba4e1 6443 4f73 8921 4b114c929d3b

13. Tampil hebat, keempat-empat pelakon utama drama siri Doctor Slump di bawah ini nampaknya bakal mempersembahkan persembahan terbaik mereka untuk anda bukan?

Doctor slump

Menampilkan kisah menarik dalam dunia perubatan dengan tema healing, Doctor Slump bakal menemani anda pada awal tahun 2024 ini. Setakat ini, Doctor Slump dijadualkan akan ditayangkan pada 27 Januari 2024. Siapa yang sudah tidak sabar untuk menontonnya?

Baca lagi: 11 Filem Korea dengan Penonton Paling Ramai Pada 2023
Baca juga: Fakta Menarik 4 Watak Utama dalam Boyhood, Ada Im Siwan Lee Si Woo