Home Kdrama/Kmovie 9 Sedutan Drama Marry My Husband, Adaptasi Webtoon Popular Paling Dinanti-nantikan

9 Sedutan Drama Marry My Husband, Adaptasi Webtoon Popular Paling Dinanti-nantikan

0

Cerita drama Korea kini kian banyak yang diadaptasi dari kisah dari webtoon. Salah satu drama siri adaptasi webtoon yang akan ditayangkan pada tahun 2024 nanti adalah “Marry My Husband.”

Kdrama Marry My Husband yang akan ditayangkan di tvN ini mengangkat kisah romantik. Namun turut mempunyai jalan cerita tragis bagi watak utama yang meninggal dunia kerana dibunuh oleh pasangannya sendiri.

Selain kisah yang menarik, para pelakon juga sangat terkenal dan diminati ramai seperti Park Min Young, Na In Woo, dan juga Lee Yi Kyung.

Melalui Instagram rasmi, pihak tvN telah berkongsi beberapa petikan drama Marry My Husband yang akan ditayangkan pada 1 Januari 2024 yang akan datang. Jom sama-sama kita lihat!

Marry my husband 1. Marry My Husband menampilkan Park Min Young untuk membawa watak sebagai Kang Ji Won, pesakit kanser yang berjuang sendiri melawan penyakitnya

 

 

570fdd80 241a 44dc 979e ef171724677e2. Sewaktu sedang berada di fasa terendah dalam hidupnya ini, Kang Ji Won terpaksa menghadapi kenyataan yang pahit iaitu suami kesayangannya telah berlaku curang dengan sahabatnya

 

 

6bc5c20f 9612 4ad7 9f08 e2d81c691e673. Kang Ji Won meninggal dunia di tangan suaminya sendiri. Keajaiban bermula apabila dia terbangun dan kembali ke tubuhnya 10 tahun lalu

 

 

87a8fd88 c386 4da4 9c21 d412590e3d504. Na In Woo juga turut terlibat dalam drama ini dan membawa watak sebagai Yoo Ji Hyeok. Dia adalah orang atasan Kang Ji Won di syarikat yang dikenali sebagai U&K Food

 

 

aeb3e38a 9e89 4217 8b3a 6f1bedef62e15. Yoo Ji Hyeok merupakan orang yang paling boleh diharapkan oleh Kang Ji Won, selepas dia kembali ke masa lalu

 

 

0853de84 6420 401f 8a59 546bdd87ba636. Yoo Ji Hyeok turut membantu Kang Ji Won untuk membalas dendam pada suami yang telah membunuhnya di masa depan

 

 

10dbd5b4 240e 4167 b66b 36716e800e7b7. Sementara itu, Lee Yi Kyung membawa watak sebagai Park Min Hwan yang di masa sekarang merupakan suami kepada Kang Ji Won

 

 

c6f9775d 73b9 4923 8557 2c810249a513

8. Selama bercinta dengan Kang Ji Won, Park Min Hwan dikenali sebagai orang yang sangat baik dan seterusnya sikapnya berubah menjadi toksik selepas berkahwin

 

 

fa78da78 620b 4bc9 8149 c6726935c0109. Dia sanggup berlaku curang dan mengambil duit insuran isterinya yang waktu itu sedang berjuang melawan penyakit kanser

Marry My Husband merupakan drama pembukaan untuk tahun 2024 yang wajib ditonton oleh para peminat Kdrama. Tambahan pula setiap bintang utama yang bakal memeriahkan jalan cerita drama ini adalah bintang-bintang ternama.

Adakah anda sudah tidak sabar untuk menyaksikan drama ini?

Baca lagi: 11 Watak yang Dibawa Kim Yoo Jung dalam Kdrama yang Meraih Anugerah
Baca juga: 6 Pelakon Kdrama ‘Marry My Husband’, Park Min Young dengan Misi Balas Dendam