Peminat K-Drama sejarah ada sesuatu yang menarik untuk dinantikan! Drama baharu JTBC, ‘Sacred Jewel’, akhirnya bakal menemui penonton dengan menampilkan aksi perang, misi berbahaya serta barisan pelakon hebat termasuk Ahn Bo Hyun, Claudia Kim, Lee Sung Min dan Ha Yun Kyung.
Berlatarbelakangkan tahun 1258 ketika era Dinasti Goryeo, kisah ini berlaku ketika kerajaan berada di ambang kekalahan selepas berdepan perang selama 30 tahun dengan Empayar Mongol.

Dalam keadaan genting itu, satu misi penting diarahkan untuk mendapatkan semula Avalokitesvara Bead, sebuah relik suci yang dipercayai mempunyai kuasa ilahi untuk melindungi negara serta mampu mengubah nasib peperangan.
Misi tersebut disertai oleh Baek Gyeol (Ahn Bo Hyun), komander khas unit ekspedisi, Choi Gu (Lee Sung Min) yang merupakan ketua unit elit Goryeo “Yabyeolcho”, Geol Seung (Ha Yun Kyung) selaku pemandu ekspedisi, serta Wang Hee (Claudia Kim), puteri bongsu Maharaja.
Kim Go Eun Raih Pengiktirafan Bechdelian Actress of the Year 2026, Tiga Karya Serlahkan Versatiliti Lakonan
Yoo Ah In Rasmi Comeback! Sertai Filem ‘Vampire’ Arahan Pengarah Exhuma
Teaser yang baru dilancarkan turut memperlihatkan sisi brutal peperangan — medan pertempuran dipenuhi darah, pertempuran sengit, kubu yang runtuh serta askar yang gugur satu demi satu.
Dengan misi mendapatkan relik suci sebagai harapan terakhir untuk menyelamatkan negara, perjalanan mereka pastinya bukan mudah. Lebih menarik, penglibatan seorang puteri dalam ekspedisi tersebut dijangka menambahkan lagi konflik dan ketegangan dalam kisah ini.
‘Sacred Jewel’ dijadualkan menemui penonton pada Disember 2026.









