Home Movie 8 Filem Korea Netflix Paling Popular 2023, Kill Boksoon, Ballerina Paling Viral

8 Filem Korea Netflix Paling Popular 2023, Kill Boksoon, Ballerina Paling Viral

0

Sepanjang tahun 2023, Netflix menyajikan filem-filem original dan juga filem dari pawagam Korea Selatan untuk santapan para penonton.

Dipetik Netflix Tudum, terdapat 13 buah filem Korea yang pernah memasuki Global TOP 10 kategori Filem (Non-English).

Berikut ini adalah 8 buah filem Korea Selatan dari platform Netflix yang paling popular dan viral:

 

1. Kill Boksoon (2023)

2370823e e5eb 4892 9175 34ea12f3413bKill Boksoon adalah filem original Netflix yang ditayangkan secara perdana pada 31 Mac 2023. Mengisahkan tentang Gil Bok Soon (Jeon Do Yeon), seorang ibu tunggal yang rupa-rupanya adalah seorang pembunuh upahan di bawah M.K. Ent.

Filem ini berjaya memasuki Global TOP 10 selama tujuh minggu sejak 31 Mac hingga 14 Mei 2023. Jumlah tayangan per jam tertinggi mencapai 25.7 juta. Sekurang-kurangnya selama dua minggu berturut-turut, Kill Boksoon menduduki tangga pertama.

 

2. Ballerina (2023)

52d45412 cc01 4f78 a861 c2ad85a464caFilem original Netflix seterusnya adalah Ballerina yang ditayangkan pada 6 Oktober 2023. Ballerina mengisahkan tentang Ok Ju (Jun Jong Seo), bekas pengawal keselamatan yang balas dendam kematian sahabatnya, Min Hee (Park Yoo Rim). Min Hee adalah seorang ballerina.

Ballerina bertahan di Global TOP 10 selama lima minggu bermula dari 6 Oktober hingga 5 November 2023. Capaian jumlah tayangan per jam tertinggi mencapai 23.1 juta. Pada penayangan minggu kedua, Ballerina berjaya menduduki tangga pertama.

 

3. Unlocked (2023)

395f1465 44f4 44fe 87e2 2b12832ca412Filem original Netflix Unlocked tayang secara perdana pada 17 Februari 2023. Unlocked diadaptasi dari filem Jepun, menceritakan tentang Lee Na Mi (Chun Woo Hee) yang diintip oleh Oh Jun Yeong (Im Si Wan) selepas telefon pintar miliknya hilang.

Unlocked berada di Global TOP 10 selama empat minggu sejak 17 Februari hingga 12 Mac 2023. Capaian jumlah tayangan per jam tertinggi adalah 16.150 juta. Di minggu kedua penayangan, Unlocked menduduki tangga pertama.

 

4. JUNG_E (2023)

9bd9aa7a cd52 4a6c 82b6 38b54940bec5JUNG_E ditayangkan di Netflix pada 20 Januari 2023. Filem original Netflix ini menceritakan tentang Yun Jung Yi (Kim Hyun Joo), robot yang diklon dari seorang pahlawan Korea di abad ke-22. Emosinya perlahan-lahan kembali dan menimbulkan gejolak untuk melawan kerajaan.

Selama tiga minggu, JUNG_E berjaya mendapat tempat di Global TOP 10 sejak 20 Januari hingga 5 Februari 2023. Jumlah tayangan per jam tertinggi mencapai 19.3 juta. Di minggu awal penayangan, filem ini menduduki tangga pertama. Namun menurun di minggu-minggu seterusnya.

 

5. Believer 2 (2023)

2c827a8d 990c 41c2 90a1 3852c2fafb13Believer 2 tayang secara perdana di Netflix pada 17 November 2023. Filem pertama sudah ditayangkan pada tahun 2018. Believer 2 mengisahkan tentang Detektif Won Ho (Cho Jin Woong) yang masih berusaha menumpaskan sindiket dadah Laika, serta organisasi di belakangnya.

Filem ini bertahan di Global TOP 10 selama tiga minggu sejak 17 November hingga sekarang. Jumlah tayangan per jam tertinggi mencapai 12.3 juta. Filem ini menduduki tangga pertama di minggu awal penayangan.

 

6. Emergency Declaration (2022)

NetflixEmergency Declaration ditayangkan secara perdana di pawagam Korea Selatan pada 3 Ogos 2022. Namun, filem ini baru tersenarai dalam katalog Netflix pada akhir Mac 2023. Emergency Declaration mengisahkan tentang ancaman bom di sebuah kapal terbang yang sedang terbang.

Selama tiga minggu sejak 27 Mac hingga 16 April 2023, filem ini memasuki Global TOP 10. Capaian jumlah tayangan per jam tertinggi adalah 9.660 juta. Di dua minggu pertama, filem ini menduduki tangga ketiga.

 

7. Dream (2023)

f66bb1ff bee5 4766 9d99 866502ccce33Dream ditayangkan secara perdana di pawagam Korea Selatan pada 26 April 2023. Namun memasuki Netflix pada bulan Julai 2023. Dream mengisahkan tentang Yoon Hong Dae (Park Seo Joon), pemain bola sepak yang terlibat skandal dan perlu memperbaiki imejnya dengan membimbing pasukan bola sepak gelandnagan untuk bertanding di Homeless World Cup.

Filem ini bertahan di Global TOP 10 selama tiga minggu sejak 25 Julai hingga 13 Ogos 2023. Jumlah tayangan per jam tertinggi filem ini sebanyak 9.9 juta. Di minggu pertama, filem ini menduduki tangga ketiga.

 

 

8. Confidential Assignment 2: International (2022)

Filem koreaConfidential Assignment 2: International tayang secara perdana pada 7 September 2022. Namun, filem ini memasuki Netflix pada awal tahun 2023. Mengisahkan tentang Im Chul Ryung (Hyun Bin) askar Korea Utara yang dihantar ke Korea Selatan untuk melaksanakan misi baru.

Filem ini bertahan di Global TOP 10 hanya untuk satu minggu sahaja dan menduduki tangga kelima. Confidential Assignment 2: International meraih jumlah tayangan per jam sebanyak 3.530 juta.

Semua filem di atas boleh anda tonton melalui Netflix. Dari semua 8 buah filem yang tersenarai, filem manakah yang pernah anda tonton?

Baca lagi: 7 Drama Hwang Bo Reum Byeol, Bintangi Drama Baru ‘Maestra: Strings of Truth’
Baca juga: 10 Fakta Drama ‘Captivating The King’, Tampilkan Cho Jung Seok-Shin Se Kyung