Home Artis Korea 19 Artis Korea Mendirikan Rumah Tangga Pada 2023, Ada Kecundang Di Tengah...

19 Artis Korea Mendirikan Rumah Tangga Pada 2023, Ada Kecundang Di Tengah Jalan

0

Sejak awal tahun 2023, ramai artis dan selebriti Korea mengejutkan para peminat dengan berita perkahwinan mereka. Ada beberapa perkahwinan yang menjadi buah mulut orang ramai dan menerima kritikan.

Jom sama-sama kita lihat artis-artis Korea yang mendirikan rumah tangga pada tahun ini:

 

1. Song Joong Ki dan Katy Louise Saunders

IMG 6183Gosip tentang Song Joong Ki dan Katy Louise Saunders bertiup kencang sejak Disember 2022. Tidak memerlukan waktu yang lama, kedua-duanya berkahwin pada 30 Januari 2023.

 

2. Lee Seung Gi dan Lee Da In

def13583 2c91 4268 949a 9bebe7cd34d0Lee Seung Gi dan Lee Da In berkahwin pada 7 Februari 2023. Perkahwinan mereka dibanjiri kritikan kerana masa lalu keluarga Lee Da In. Kini, mereka sedang menanti kelahiran anak pertama.

 

3. Jung Joo Yeon

e05f1ea1 c4ae 400f 8cd8 1ae64157e2deJung Joo Yeon dan suaminya berkahwin pada 15 April 2023. Enam bulan kemudian iaitu pada 4 November 2023, kedua-duanya dilaporkan bercerai.

 

4. Nam Sang Ji dan Song Chi Hoon

68b75629 77ca 4f0f adb8 a4c61c3f1c90Nam Sang Ji dan Song Chi Hoon rasmi berkahwin pada 14 Mei 2023. Nam Sang Ji baru-baru ini berlakon dalam drama Unpredictable Family (2023), manakala Song Chi Hoon menjadi cameo dalam The Worst of Evil (2023).

 

5. Moon Sang Hoon

IMG 6182Moon Sang Hoon berkahwin dengan pujaan hatinya pada Mei 2023. Moon San Hoon dikenali melalui wataknya sebagai Kim Ru Ri dalam D.P. Season 2 (2023).

 

6. Choi Yeon Cheong

9e790d3d c062 4361 acac 9e201e8185ebChoi Yeon Cheong bekas Miss Korea berkahwin dengan kekasih dari kalangan bukan selebriti pada 30 Mei 2023. Dia pernah tampil sebagai cameo dalam Miss Hammurabi (2018) dan Go Ho’s Starry (2016).

 

7. Ha Soo Ho

a15ddf2c 813c 40be b539 4720ab0574abSudah empat tahun bercinta, Ha Soo Ho menyunting kekasihnya pada 24 Jun 2023. Terbaru, dia muncul dalam drama Bloodhounds (2023) dan Han River Police (2023).

 

8. Choi Han Bit

e007b709 54a6 4394 a781 299f22e28648Choi Han Bit dikenali sebagai artis transgender dari Korea Selatan. Dia berkahwin pada 8 Jun 2023.

 

9. Shim Hyun Tak

IMG 6181Shim Hyun Tak mengahwini isterinya yang bukan dari kalangan selebriti iaitu Hirai Saya. Paras rupa Hirai Saya menjadi sorotan kerana dianggap mirip Jungkook BTS.

 

10. Yoon Park dan Kim Soo Bin

b554b0f0 31db 4db7 82b9 cf7570b418eeYoon Park mengahwini model Kim Soo Bin pada 2 September 2023. Sebelum berkahwin, banyak gambar prewedding mereka sudah menjadi sorotan para peminat.

 

11. Seo Hyo Myung

b97de15b eec7 4cc1 995c f6705a00da74Pelakon wanita, Seo Hyo Myung mengahwini pujaan hatinya pada 2 September 2023. Dia pernah berlakon dalam drama Divorce Lawyer in Love (2015) dan juga Oh! My Asisstant (2022).

 

12. Lee Ki Woo

b42f7846 f1a2 493c 9e25 f8ce9b34542dLee Ki Woo berkahwin dengan kekasihnya yang bukan selebriti pada 23 September 2023. Perkahwinan mereka diadakan secara sederhana dan tidak banyak gambar yang dikongsikan.

 

 

13. Ahn Hye Kyung

IMG 6180Ahn Hye Kyung rasmi berkahwin dengan suaminya yang bukan dari kalangan selebriti pada 24 September 2023. Perkahwinannya menjadi sorotan kerana Song Joong Ki dipilih sebagai pengacara majlis.

 

14. Lee Dal

48b0f941 3053 4128 b913 2d0b0934cb62Lee Dal berkahwin dengan kekasihnya yang berasal dari kalangan bukan selebriti pada 14 Oktober 2023. Mereka bertemu ketika Lee Dal menjadi pelakon dalam Police University (2021), manakala isterinya adalah staf produksi drama tersebut.

 

15. Danniel Henney dan Ru Kumagai

e577814c cb67 4a82 9afc 9ce6aa3db65bDanniel Henney rasmi berkahwin dengan Ru Kumagai pada 20 Oktober 2023. Daniel cukup dikenali dengan hasil lakonan dalam pelbagai filem box office Korea Selatan.

 

16. Cha Chung Hwa

e034d9b1 f808 4052 bd5e e4479b6cb4c4Cha Chung Hwa berkahwin dengan jejaka dari kalangan bukan selebriti pada 27 Oktober 2023. Suaminya jauh lebih muda dari Cha Chung Hwa dan merupakan seorang ahli perniagaan.

 

17. Go Kyung Pil

IMG 6178Go Kyung Pil berkahwin dengan penyanyi Amin pada 12 November 2023. Go Kyung Pil dikenali sebagai pelakon yang kerap muncul dalam drama Korea dengan membawa watak pembantu.

 

18. Kim Ji Hoon

f9a1ecb7 08fe 4ff0 b751 8f9cbe0ae2bcKim Ji Hoon berkahwin dengan isterinya pada 26 November 2023. Dia mencuri perhatian para peminat global melalui wataknya sebagai Helsinki dalam Money Heist: Korea – Joint Economic Area (2022).

 

 

19. Jong Ho

Artis koreaPemilik nama asal Kim Jong Ho ini berkahwin dengan isterinya pada 2 Disember 2023. Jong Ho mula dikenali selepas membawa watak sebagai Detektif Seo Yong Jin dalam Mask Girl (2023).

Ada yang memutuskan untuk berkahwin dengan majlis sederhana dan ada juga yang meraikan perkahwinan dengan sangat mewah sekali. Siapa pula bakal berkahwin pada tahun 2024 nanti?

Baca lagi: 8 Filem Korea Netflix Paling Popular 2023, Kill Boksoon, Ballerina Paling Viral
Baca juga: Harus Tonton, 3 Drama Melayu Adaptasi dari Drama Korea, Terbaru W: Two Worlds