Home Kdrama/Kmovie 10 Siri Terbaik dan Paling Popular 2023 Versi IMDb

10 Siri Terbaik dan Paling Popular 2023 Versi IMDb

0

Tahun ini, ada banyak siri terbaik serta berkualiti mengagumkan yang ditayangkan oleh pelbagai syarikat penerbitan popular.

Berbagai-bagai jenis genre dan cerita, kehadiran siri-siri terbaik ini berjaya menarik perhatian para peminat baru. Namun, walau banyak siri yang dihasilkan, hanya ada beberapa siri sahaja yang dianggap terbaik dan paling popular sepanjang tahun 2023.

IMDb telah mengeluarkan senarai siri terbaik yang berjaya dan sangat popular sepanjang tahun 2023 melalui laman rasminya.

Bertajuk Top Series of 2023, siri terbaik yang tersenarai dipilih berdasarkan page views. Jom sama-sama kita lihat:

 

10. Gen V

de056f45 9bbb 4058 a8ba 7d097f21736dGen V merupakan spin-off dari siri The Boys yang sama-sama ditayangkan di Amazon Prime Video. Kisah siri ini meliputi kehidupan para remaja yang mempunyai kekuatan super yang mendalami ilmu di kampus terkenal, Godolkin University.

 

9. The Bear (musim 2)

4cf52a82 6912 4c73 885e 2464903e4c10The Bear adalah pilihan tepat buat anda yang suka tontonan mengenai kehidupan di dapur restoran. Diusung dalam bentuk komedi dan drama, kisah siri ini mengenai kehidupan seorang tukang masak muda dalam mengembangkan perniagaan keluarganya, iaitu kedai sandwich Itali.

 

8. Ted Lasso (musim 3)

7a34d165 b70b 4349 9643 09d5f73ea43fTed Lasso kebanyakannya ditonton oleh para peminat bola sepak sejati. Siri ini fokus pada kisah jurulatih dalam menangani kelab-kelab bola terkemuka. Namun, musim ketiganya ini dikhabarkan adalah kisah terakhir Ted Lasso.

 

7. The Fall of the House of Usher

97af65f0 69d4 4a51 926b f547027abc01Seorang demi seorang anggota keluarga Usher meninggal dunia secara tiba-tiba dalam keadaan tragis dan penuh tanda tanya. Perkara itu terjadi dalam siri seram terbaru Netflix, The Fall of the House of Usher. Siri ini digarap oleh Mike Flanagan, individu yang memang mahir dalam selok belok genre seram yang pernah mengarahkan filem Doctor Sleep (2019) dan siri The Haunting of Hill House (2018).

 

6. One Piece

e69e21e7 3457 4e67 b600 f47d9db359eeVersi anime dan manga mendapat kejayaan yang sangat besar, begitu juga dengan versi live action. Kisah siri One Piece dimulakan dengan Lufy (Iñaki Godoy) yang membentuk anggota kru kapal lanun laut dan melakukan pelbagai pengembaraan menarik dan mencabar. Bagi anda yang belum menonton anime dan juga membaca manga, anda masih boleh menonton siri ini.

 

5. The Mandalorian (musim 3)

d1a50c62 8b73 42c3 8249 e48c86e26228Musim ketiga The Mandalorian telah disiarkan pada awal tahun. Siri ini meneruskan kisah pengembaraan Din Djarin (Pedro Pascal) bersama rakannya menjelajahi galaksi Star Wars. Ada juga Baby Yoda yang turut kembali dalam pengembaraan ini.

 

4. Black Mirror (musim 6)

0e3ca387 e461 4bfb 9537 347763449bc1Selepas menyepikan diri selama empat tahun, Black Mirror akhirnya kembali dengan kisah baru yang lebih gelap. Untuk setiap episod memiliki kisah yang berbeza-beza dalam setiap lima episod. Namun, episod 1 “Joan is Awful”, episod 2 “Loch Henry”, dan episod 3 “Beyond the Sea” dianggap paling terbaik kerana berjaya meraih rating tinggi di IMDb.

 

3. Succession (musim 4)

ea831034 c819 4593 8f5b b7d8e936b4c1Tahun ini Succession menyiarkan musim keempat dan juga merupakan musim penutup. Kisah musim terbaru ini meneruskan prospek penjualan media konglomerat yang memicu perpecahan dan perebutan kuasa dalam keluarga The Roys.

 

2. Ahsoka

fd040bf2 5838 4d09 b2a0 40957fe2ebe2Ahsoka merupakan siri mini terbaru dari Star Wars Universe dan spin-off dari The Mandalorian. Siri mini ini menyoroti kehidupan Ahsoka Tano (Rosario Dawson) selepas tumbangnya pemerintahan raja galaksi. Ada banyak ancaman yang datang dan Ahsoka mempunyai bertanggung jawab untuk melindungi galaksi.

 

1. The Last of Us

Siri terbaikSiri terbaik berada dalam senarai pilihan IMDb adalah The Last of Us. Ia mengambil latar waktu selepas pandemik jangkitan Cordyceps yang membuatkan manusia berubah menjadi zombie dan memburu makhluk hidup. Siri ini diadaptasi dari video game bertajuk sama. The Last of Us dikhabarkan akan diteruskan ke musim kedua.

Demikian sahaja senarai siri terbaik yang paling popular dan berjaya sepanjang tahun 2023 untuk versi IMDb. Senarai siri terbaik ini bukan hanya mengandungi siri terbaru tetapi ada juga siri lama dengan musim terbaru. Bermula dengan Gen V hingga The Last of Us, anda sudah menonton siri yang mana?

Baca juga: 8 Filem Korea Netflix Paling Popular 2023, Kill Boksoon, Ballerina Paling Viral
Baca juga: Eiichiro Oda, Pencipta One Piece Memuji Godzilla Minus One