Home Artis Korea Umur Sebenar 12 Pelakon Bawa Watak Pelajar Sekolah dalam Boyhood, Umur Dewasa...

Umur Sebenar 12 Pelakon Bawa Watak Pelajar Sekolah dalam Boyhood, Umur Dewasa Tapi Awet Muda

0

Drama siri Boyhood kini sedang meraih perhatian para peminat drama siri Korea.

Kisah Boyhood ini adalah tentang pelajar sekolah yang berubah nasib dari seorang yang gagal menjadi orang yang paling disegani di sekolahnya. Anda akan disajikan kisah masa muda yang penuh ghairah dan bersinar dengan latar perkampungan Korea Selatan pada tahun 1989.

Sesuai dengan temanya, tentu sahaja watak-watak yang ditonjolkan adalah para pelajar sekolah. Namun, ternyata semua pelakon ini mempunyai usia yang tidak sesuai dengan watak yang mereka bawa.

Berikut ini adalah umur sebenar 12 pelakon yang membawa watak pelajar dalam drama siri Boyhood.

Perhatian, artikel ini mengandungi spoiler!

Boyhood1. Im Siwan yang membawa watak sebagai Jang Byeong Tae lahir pada 1 Disember 1988 dan telah berumur 35 tahun. Walau usia jauh beza dengan pelajar sekolah, tetapi nampaknya pelakon ini masih sesuai pakai seragam sekolah bukan?

 

 

98ba4a4e 7309 46de 8174 5eb00c406d672. Lee Sun Bin yang membawa watak sebagai Park Ji Yeong adalah pelakon yang dilahirkan pada tahun 1994. Kini berusia 29 tahun, di akan menyambut ulang tahun kelahiran pada 7 Januari nanti

 

 

 

5dae84eb fa4c 4ee3 a8e3 7c4a5b61d62b3. Pelakon yang membawa watak sebagai Jung Gyeong Tae iaitu Lee Si Woo sebenarnya telah berusia 23 tahun. Namun, dia bertambah umur pada 19 Disember akan datang.

 

 

63ababf8 c1e6 45be acf0 aa88d15c0c0c4. Kang Hye Won yang membawa watak sebagai Kang Seon Hwa juga dilahirkan pada tahun 1999. Dia sudah lebih dahulu menginjak usia 24 tahun pada 5 Julai yang lalu!

 

 

e8f414de bc6f 4b66 a89a 9065dde5c8295. Lahir pada 13 Januari 1992, Lee Sang Jin akan menginjak ke usia 32 tahun pada 2024 nanti. Dia membawa watak sebagai Cho Ho Suk dalam Boyhood

 

 

bd70a5e0 bc6c 4a7a adba 27722489c4866. Kim Jung Jin mainkan peranan penting sebagai Yang Cheol Hong yang selalu mempercayai Byeong Tae. Pelakon ini rupa-rupanya sudah berumur 30 tahun. Awet muda bukan?

 

 

32f52924 329a 4827 9977 9b281328de0d

7. Kim Yoon Bae adalah pelakon yang paling tua di antara pelakon-pelakon yang membawa watak sebagai pelajar di SMK Pertanian Buyeo. Dia dilahirkan pada tahun 1987 dan kini telah berusia 36 tahun

 

 

e534d018 0227 450a a819 4fd1e8d711158. Heo Gun Young membawa watak sebagai Kang Dae Jin. Dia baru sahaja menyambut ulang tahun ke-27 pada 17 Oktober lalu

 

 

b80d3f73 dddc 4f84 ad73 9acaeb0ae7fe9. Pelakon yang membawa watak sebagai Yoon Seung Ho iaitu Seo Dong Kyu dilahirkan pada 7 Jun 1994 dan dia telah menginjak usia 29 pada tahun 2023

 

 

5bf455b8 1a68 42aa 8ae2 58032fff5afd10. Bawa watak sebagai Cho Sang U, Park Gun Ju juga lahir pada 1994 dan kini berusia 29 tahun

 

 

a407e004 de26 423e b88c 7c264aaf22e711. Jung Yoon Jae yang membawa watak sebagai Park Jong Min, dilahirkan pada 10 Februari 1993 dan berumur 30 tahun

 

1c74f598 4721 4296 95c0 770f4bebd493

12. Jeon Jung Bae disebut sebagai pelajar yang paling kuat di SMK Teknik. Watak ini dibawa oleh Yoon Tae Ha yang telah menginjak usia 31 tahun

Walaupun pelakon-pelakon ini tidak lagi di usia remaja, para pelakon berjaya mengekspresikan lakonan yang menunjukkan jiwa remaja dan mereka juga langsung tidak kelihatan tua. Pembawaan watak masing-masing juga sangat baik sehingga tidak terasa kekok dan dapat menghiburkan para penonton dengan aksi mereka. Setuju?

Baca lagi: Fakta Menarik 4 Watak Utama dalam Boyhood, Ada Im Siwan Lee Si Woo
Baca juga: Im Siwan menjadi Budak Kampung yang Naif dan Kelakar dalam “Boyhood”