Home Anime 10 Anime 2023 dengan Rating Paling Tinggi

10 Anime 2023 dengan Rating Paling Tinggi

0

Rating merupakan salah satu acuan untuk mengetahui betapa bagusnya sebuah anime. Tahun lalu, Bleach: Thousand-Year Blood War berjaya muncul sebagai anime dengan rating paling tinggi.

Untuk siri anime 2023 ini, rupa-rupanya sambungan siri anime tersebut juga berjaya memasuki senarai walaupun bukan lagi menduduki tempat pertama.

Anime 2023 apakah yang berjaya mendapat rating paling tinggi berdasarkan MyAnimeList? Jom lihat ulasan berikut ini!

 

10. Pluto

Anime 2023Pluto adalah mengenai kehidupan sewaktu manusia dan robot hidup bersama. Suatu ketika, robot legenda bernama Montblanc dibunuh secara kejam. Untuk mengetahui misteri di sebalik pembunuhan tersebut, Gesicht dihantar untuk menyiasat. Di tengah perjalanannya mengungkap kebenaran, Gesicht mengetahui sebuah entiti aneh yang disebut Pluto.

Anime ini mempunyai art style yang unik dengan menonjolkan jenis cerita yang suspense. Tidak hairanlah jika Pluto merupakan salah satu anime terbaik sepanjang tahun 2023. Anime garapan Studio M2 ini meraih rating sebanyak 8.62.

 

9. Bungou Stray Dogs Season 5

94ec2a4d b873 4e8d b4d5 ae16a89c7401Sejak musim pertama, Bungou Stray Dogs memang sentiasa membuatkan peminat kagum. Selain konsep karakternya yang luar biasa, anime ini juga menampilkan cerita yang sukar untuk diteka dan sangat kompleks. Bungou Stray Dogs Season 5 meraih rating sebanyak 8.67.

Pada musim kelima, Bungou Stray Dogs ini masih meneruskan cerita dari musim sebelum ini. Cerita meneruskan konflik antara Badan Detektif Bersenjata dan Anjing Pemburu. Para Anggota detektif, yang sebelum ini difitnah telah melakukan kejahatan, berusaha untuk membuktikan bahawa mereka tidak bersalah.

 

8. Bleach: Thousand-Year Blood War – The Separation

93857aa0 25d2 4104 ab8d ddc4be8a61d3Bleach: Thousand-Year Blood War berjaya menduduki tempat pertama sebagai anime dengan rating tertinggi yang disiarkan pada 2022. Pada 2023, cour kedua dari anime ini yang bertajuk Bleach: Thousand-Year Blood War – The Separation turun ke posisi ke-8. Anime yang berjumlah 13 episod ini meraih rating sebanyak 8.72.

Bagi anda yang belum mengetahui, dalam siri ini cerita berpusat pada Ichigo Kurosaki, seorang Soul Reaper yang boleh menumpaskan roh jahat. Di tengah-tengah kehidupannya sebagai Soul Reaper, Ichigo perlu berhadapan dengan ancaman perang dari kelompok Quincy. Pertarungan antara Ichigo bersama para Soul Reaper dan Quincy tidak dapat dielakkan.

 

7. The Apothecary Diaries

06848c58 f79c 4f8e a662 3fd2d5d1b719Berlatarkan tempat negara Cina Abad Pertengahan, The Apothecary Diaries adalah mengenai Maomao, seorang ahli farmasi yang bekerja di istana kerajaan. Suatu ketika, Maomao mengetahui bahawa anak-anak raja di istana berumur pendek dan jatuh sakit. Kerana ingin tahu dan pengalamannya sebagai ahli farmasi, Maomao cuba menyiasat sebab musabab dan ubat untuk penyakit tersebut.

Anime 2023 yang diangkat dari novel ringan karya Natsu Hyuuga ini juga penuh dengan misteri dan tanda tanya. The Apothecary Diaries sukses meraih rating sebanyak 8.73.

 

6. Oshi no Ko

64a66b97 fd2f 460b af4d d62215d5a174Oshi no Ko membuktikan bahawa anime bertemakan muzikal juga boleh dipadukan dengan genre misteri. Anime ini juga menyajikan lagu pembukaan yang enak didengar dan begitu mencuri perhatian. Oleh sebab itu, anime 2023 ini berjaya meraih rating sebanyak 8.73.

 

5. Heaven Official’s Blessing Season 2

97bdf5f8 e1d4 416d a876 5a7905dc14ceHeaven Official’s Blessing mengisahkan tentang Xie Lian, seorang putera mahkota yang naik ke syurga. Namun, takdir telah tertulis dengan perancangan lain. Sesampainya di syurga, Xie Lian diusir kembali ke dunia. Selepas dua kali percubaannya gagal, Xie Lian kembali ke syurha selepas 800 tahun berlalu dan bertemu dengan seorang hantu misteri yang menaruh perhatian padanya.

Anime 2023 ini mengambil cerita dari mitologi Cina. Heaven Official’s Blessing yang bergenre aksi fantasi ini berjaya meraih rating sebanyak 8.74.

 

4. Vinland Saga Season 2

eeeaf79e 69f4 4f82 8fea 6dbe3c165f98Cerita dalam Vinland Saga memang menarik kerana memadukan kisah fiksyen dengan sejarah. Anime ini juga menampilkan adegan aksi yang sangat sengit. Tidak hairanlah jika anime ini berjaya meraih rating sebanyak 8.80.

 

3. Jujutsu Kaisen Season 2

2d857847 9f52 4c3f b7cd eab2121f57d9Jujutsu Kaisen Season 2 dimulakan dengan cerita masa lalu Gojo yang penuh kepiluan. Ini menjadi pembuka cerita sekaligus menjawab berbagai-bagai pertanyaan para peminat tentang siapakah Suguru Geto yang sebenarnya. Kemudian, cerita tertumpu pada pertarungan besar-besaran dan melibatkan ahli sihir Jujutsu dan lawannya di Shibuya.

Musim kedua anime ini menyajikan animasi pertarungan yang begitu memukau. Bukan hanya itu, muzik yang ditampilkan juga membuatkan anime ini semakin ikonik. Oleh sebab itu, Jujutsu Kaisen Season 2 berjaya mendapat rating sebanyak 8.90.

 

2. Attack on Titan: Final Season – The Final Chapters

e1cb434d bee9 48a4 9e6d 125e56b6fae3Episod akhir anime Attack on Titan berjaya meraih rating sebanyak 8.95. Tayangan selama 1 jam 12 minit tersebut memang menampilkan segala aspek dengan sangat memukau. Cerita dalam manga juga disajikan dengan sangat berkesan hingga berjaya memancing bermacam-macam emosi penonton.

 

1. Frieren: Beyond Journey’s End

AnimeFrieren: Beyond Journey’s End merupakan anime isekai yang paling mencuri perhatian pada penghujung tahun ini. Anime ini adalah mengenai Frieren, seorang ahli sihir yang berjaya mengalahkan Raja Iblis dan membawa kedamaian. Berbeza dari teman-temannya yang merupakan pahlawan, Frieren memiliki usia yang sangat tua, dia berusia ribuan tahun.

Melihat kawan-kawannya mati seorang demi seorang, Frieren merasa sangat sedih. Kemudian, dia memutuskan untuk memulakan pengembaraan sendirian dan bertemu lebih ramai orang. Menampilkan cerita menarik dengan visual karakter lucu dan menawan, anime garapan Madhouse ini berjaya meraih rating paling tinggi iaitu sebanyak 9.12.

Bukan biasa-biasa, semua anime 2023 yang tersenarai di atas memang berjaya menampilkan cerita dan kualiti animasi yang layak dipuji. Oleh sebab itu, para peminat memang tidak teragak-agak untuk memberikan rating yang tinggi.

Diantara semua sepuluh anime 2023 yang tersenarai tersebut, anime manakah yang paling anda sukai?

Baca lagi: Eiichiro Oda, Pencipta One Piece Memuji Godzilla Minus One
Baca juga: Takashi Yamazaki menghadiahkan Godzilla Minus One, Sekuel kepada Shin Godzilla dan 5 Fakta Menarik