Home Kdrama/Kmovie Sumpahan Hae Na Hampir Hilang dalam “A Good Day To Be A...

Sumpahan Hae Na Hampir Hilang dalam “A Good Day To Be A Dog”, Tapi Ada Yang Menghalang

0

A Good Day To Be A Dog mengisahkan Han Hae Na (Park Gyu Young) yang keluarganya dikutuk menjadi anjing jika dia mencium jantina yang berlainan. Malangnya, Han Hae Na secara tidak sengaja mencium Jin Seo Won (Cha Eun Woo), yang fobia terhadap anjing. Han Hae Na juga mencuba pelbagai cara untuk mencium Jin Seo Won sekali lagi bagi mematahkan sumpahan itu.

“A Good Day To Be A Dog” kini telah menayangkan 8 episod yang boleh ditonton di platform Viu. Episod 8 menceritakan tentang kebimbangan Han Hae Na apabila tarikh akhir sumpahannya semakin hampir. Di tengah-tengah kemelut Han Hae Na dalam episod sebelum ini, beberapa watak baru muncul dalam drama “A Good Day To be A Dog” ini.

Salah satunya ialah Kang Eun Hwan (Kim Min Suk) yang merupakan kawan zaman sekolah Jin Seo Won, yang juga merupakan seorang kaki buli. Kang Eun Hwan kini menjadi ancaman kepada keluarga Han Hae Na. Kemunculan Kang Eun Hwan menggunakan rahsia Han Hae Na menjadikan drama ini lebih mendebarkan.

Sebelum menyaksikan kesinambungan episod seterusnya, jom kita lihat apa yang best tentang episod 8 “A Good Day to Be a Dog”. Jangan risau, no spoiler!

 

A good day to be a dog

1. Perbuatan Kang Eun Hwan mengugut Han Hae Na untuk membongkarkan rahsianya semakin menjadi-jadi.

IMG 5500

2. Keesokan harinya, Han Hae Na tidak pergi ke sekolah, membuatkan Jin Seo Won risau lalu menghantar bubur ke rumahnya. Sweetnya!

IMG 5501

3. Ibu bapa Song Woo Taek dan Han Hae Na berjaya menemui kediaman Kang Eun Hwan dan merampas serta memusnahkan semua video rakaman dan foto-foto milik Song Woo Taek dan Han Hae Na.

IMG 5507

4. Jin Seo Won pergi berjumpa Kang Eun Hwan, tetapi dia dipukul sehingga pengsan.

IMG 5508

5. Kang Eun Hwan mempunyai rancangan jahat untuk membongkarkan rahsia Han Hae Na melalui siaran langsung.

Adakah Jin Seo Won berjaya menyelamatkan Han Hae Na dan mematahkan sumpahannya? Adakah kita akan lihat hubungan romantis mereka pun semakin berkembang? 

Pasti ramai yang yang berdebar menonton episod ini dan tidak sabar melihat aksi menghiburkan mereka di episod akan datang kan!

Jom kita tengok disebalik tabir pembikinan episod 8 A Good Day to be A Dog ini.

Bagi korang yang ingin menonton drama ini, boleh strim melalui aplikasi Viu secara percuma setiap hari Rabu!

Langgan Viu Premium juga untuk menonton pelbagai drama tanpa sebarang gangguan iklan.

Baca lagi: 5 Rancangan Hiburan Korea Terbaru di Viu November ini, Unik & Confirm Buat Korang Terhibur!
Baca juga: Hun Haqeem & Daiyan Trisha boleh lawan pelakon sebenar Korea?