Home Movie Suzzanna Malam Jumat Kliwon 4 Fakta Unik, Kini Tayang Di Netflix

Suzzanna Malam Jumat Kliwon 4 Fakta Unik, Kini Tayang Di Netflix

0

Suzzanna: Malam Jumat Kliwon telah ditayangkan di pawagam sejak 3 Ogos 2023. Dibintangi oleh Luna Maya, Taskya Namya, dan Achmad Megantara. Kini, anda boleh tonton filem ini di Netflix!

Tidak dinafikan, Suzzanna merupakan antara ratu seram Indonesia. Malah, dia digelar lagenda filem yang hampir keseluruhan filem lakonannya adalah bergenre seram.

Bagi mengenang kejayaannya dalam filem genre seram di Indonesia, filem ini dibuat semula oleh Soraya Intercine Films untuk menghidupkan kembali watak Suzzanna.

Berikut adalah beberapa fakta unik dan menarik mengenai filem Suzzanna: Malam Jumat Kliwon:

1. Bukan kesinambungan filem Suzzanna tahun 80an

IMG 5695

Berbeza dengan tajuk filem sebelum ini (2018), ‘Malam Jumat Kliwon’ dipilih kerana ia merupakan tajuk asal dalam filem Suzzanna pada era 80-an. Sebelum 2018, filem Suzzanna bertajuk ‘Suzzanna: Bernafas dalam Kubur’.

Walaupun ia mempunyai tajuk yang sama dengan filem Suzzanna era 80-an tidak bermakna filem ini adalah kesinambungan daripada kisah filem Suzzanna. Filem ini juga bukanlah sekuel kepada filem ‘Bernafas dalam Kubur’.

 

2. Diarahkan oleh pengarah yang berbeza

Malam jumat kliwon

Filem Suzzana: Malam Jumat Kliwon diarahkan oleh Guntur Soeharjanto, berbeza dengan filem Suzzanna: Bernafas Dalam Kubur yang diarahkan oleh Rocky Soraya dan Anggyg Umbara.

Pun begitu, watak Suzzanna nampaknya begitu serasi dan sebati dalam diri Luna Maya. Ini menjadikan Luna Maya satu-satunya pelakon yang sesuai dan meneruskan watak Suzzanna dalam filem terbaru.

 

3. Sangat serupa, solekan Suzzanna mengambil masa sehingga 4 jam

IMG 5687 1

Dalam filem Suzzanna, wajah Luna Maya memang serupa dengan figura Suzzanna. Namun, untuk mencapai watak ini, solekan Suzzanna mengambil masa sehingga 4 jam.

Watak ini kemudiannya didorong oleh kemahiran lakonan Luna Maya dan latar zaman 80-an menggunakan bahasa yang sama.

 

4. Sinopsis Suzzanna: Malam Jumaat Kliwon

IMG 5688

Luna Maya akan melakonkan dua watak sekali gus iaitu watak Suzzanna, seorang gadis desa cantik menawan yang bercinta dengan Surya, dan watak hantu sundel bolong yang mempunyai dendam yang mendalam.

Semuanya bermula apabila bapanya berhutang dan menggadaikan tanah keluarga mereka. Demi menebus kesilapan yang dilakukan oleh bapanya, Suzzanna terpaksa berkahwin dan menjadi isteri kedua kepada lelaki berumur yang kaya raya dan terkenal di desa mereka.

Kerana rasa iri hati isteri pertama, nyawa Suzzanna mula terancam kerana isteri pertama mempunyai niat jahat.

Bagaimana kelanjutan kisah filem ini? Anda harus tonton ya!!

4. Pengalaman menonton yang berbeza

IMG 5693

Tidak hanya menyajikan seram sahaja, filem Suzzanna Malam Jumat Kliwon juga akan menyelitkan kisah romantis. Luna Maya juga mengatakan bahawa watak Suzzanna dalam filem ini digambarkan sebagai figura penyayang yang sangat mengambil berat dengan keluarganya.

Selain itu, watak sundel bolong dalam filem ini tidak hanya digambarkan sebagai watak yang menakutkan tetapi juga kisahnya yang membuat penonton bersimpati.

Suzzanna: Malam Jumat Kliwon mula disiarkan pada tahun 1986, ketika itu kualiti filem tersebut masih belum secanggih sekarang.

Bagi mencipta pengalaman menonton yang memuaskan, pihak produksi telah memberikan imej berkualiti tajam dan mewah.

Baca lagi: 4 Filem Seram Indonesia yang Diadaptasi dari Luar Negara, Ada Sijjin
Baca juga: 15 Filem Seram Malaysia, Mengimbau Memori