Home Kdrama/Kmovie 5 Kdrama Tentang Penjelajahan Masa yang Tayang Pada 2023, Pengembaraan Ajaib Penuh...

5 Kdrama Tentang Penjelajahan Masa yang Tayang Pada 2023, Pengembaraan Ajaib Penuh Misteri

0

Kdrama bertemakan penjelajahan masa semakin diminati pada tahun 2023 ini. Menyajikan kisah perjuangan watak utama yang menembus waktu untuk mengubah masa depan juga masa lalu, membuatkan penonton semakin ingin tahu tentang pengakhiran.

Bukan hanya itu, sentuhan elemen romantik dan epik dari para pelakon juga turut membuatkan drama yang bertemakan penjelajahan masa ini sangat berjaya pada tayangan Kdrama pada tahun 2023 ini.

Bahkan, drama-drama dengan tema ini berjaya meraih rating tinggi semasa penayangannya. Berikut ini adalah lima buah Kdrama siri yang bertemakan penjelajahan masa yang ditayangkan pada tahun 2023, dibintangi oleh para pelakon ternama Korea Selatan.

 

1. My Perfect Stranger

3d471196 badf 4cb2 bb99 957b7f2f6532Tayang secara perdana 1 Mei 2023 di KBS2 dan Viu, drama My Perfect Stranger berjaya meraih rating tinggi sewaktu penayangannya dulu. Kdrama ini dibintangi oleh Kim Dong Wook yang membawa watak sebagai Yoon Hae Joon dan Jin Ki Joo sebagai Baek Yoon Young. Bertemakan pembunuhan bersiri, drama ini mengisahkan tentang Yoon Hae Joon yang kembali ke masa lalu untuk menyelesaikan kes pembunuhan bersiri tersebut. Tanpa sengaja Baek Yoon Young juga turut sama terheret ke masa lalu.

 

2. See You in My 19th Life

6ffd13b3 65aa 4462 abb7 40d9c4ab9018Dibintangi oleh Ahn Bo Hyun dan Shin Hye Sun, Kdrama siri See You in My 19th Life mengisahkan tentang Ban Ji Eum (Shin Hye Sun) yang sedang menjalani keidupan ke-19 dan mengingati seluruh kehidupan yang dilaluinya di masa lalu. Akhirnya dia memutuskan untuk mencari Moon Seo Ha (Ahn Bo Hyun) sosok istimewa yang ditemuinya di kehidupan ke-18. Ternyata dalam proses pencarian tersebut dia menemui banyak fakta tentang kehidupan di masa lalunya. Berjayakah dia memecahkan teka-teki kehidupan masa lalunya?

 

3. A Time Called You

5d0b0124 674d 4d9b 9bf2 5e3fbd5663caA Time Called You dibintangi oleh Ahn Hyeon Seop, Jeon Yeo Bin, dan Kang Hoon. Drama ini merupakan adaptasi dari drama popular Taiwan yang bertajuk Someday or One Day. Tayang secara perdana 8 September lalu, drama ini mengisahkan tentang Han Jun Hee (Jeon Yeo Bin) yang belum boleh melupakan pemergian kekasihnya Koo Yeon Jun (Ahn Hyeon Seop) yang meninggal dunia akibat tragedi pesawat terhempas.

Entah bagaimana Han Jun Hee tiba-tiba kembali ke tahun 1998 dan menjadi seorang pelajar sekolah yang bernama Kwon Min Ju. Di situ dia berjumpa dengan seorang jejaka yang mirip dengan kekasihnya yang meninggal dunia.

 

4. Twinkling Watermelon

b1fe6093 f612 499a abb4 461555183624Baru sahaja tamat, Kdrama Twinkling Watermelon berjaya mendapat rating tinggi dalam masa tayangannya. Dengan nuansa segar dalam drama ini yang berjaya mengangkat tema tentang ibu bapa kurang upaya dan anak muda yang berjuang dalam mengubah masa depan ibu bapanya dengan kembali ke masa lalu. Ditayangkan di pertengahan September hingga 14 November lalu, drama ini berjaya membuatkan para penonton jatuh hati dengan jalan cerita yang disajikan.

 

5. The Story of Park’s Marriage Contract

KdramaMengisahkan tentang perkahwinan kontrak dan juga penjelajahan masa, Kdrama ini dibintangi oleh Bae In Hyuk dan Lee Se Young. Diadaptasi dari webtoon, drama ini menceritakan tentang Park Yeon Woo (Lee Se Young) yang berasal dari Dinasti Joseon menembusi waktu berpindah ke masa kini. Tidak ada pilihan lain, akhirnya dia terlibat dalam perkahwinan kontrak dengan Kang Tae Ha (Bae In Hyuk) dan mereka memulakan kisah romantik mereka.

Anda sudah menonton semua drama yang tersenarai di atas? Drama penjelajahan masa yang manakah yang paling anda sukai?

Baca lagi: Kdrama ‘Flower That Blooms At Night’ Tayang 12 Januari 2024
Baca juga: 8 Antagonis Yang Paling Dibenci dalam Kdrama tvN 2023, Bikin Penonton Naik Darah