Home Artis Korea 5 Rancangan Hiburan Korea Terbaru di Viu November ini, Unik & Confirm...

5 Rancangan Hiburan Korea Terbaru di Viu November ini, Unik & Confirm Buat Korang Terhibur!

0

Selain drama, Korea Selatan juga selalu menyajikan program atau rancangan hiburan yang mampu menghibur para penonton dan salah satunya adalah rancangan realiti hiburan atau variety show.

Variety show salah satu rancangan hiburan yang bukan hanya tentang survival game malah rancangan hiburan Korea ini tidak pernah kehabisan idea dengan menampilkan kepelbagaian konsep.

Bulan November ini, Viu bakal menyajikan pelbagai rancangan hiburan variety show untuk tontonan anda semua.

Mengambil konsep berbeza yang unik, 5 rancangan hiburan Korea berikut ini pastinya akan dapat mengisi kebosanan korang semua!



GBRB: Reap What You Sow

Rancangan hiburan

Pengarah popular, Na PD menggabungkan empat pelakon popular yang sudah lama bersahabat untuk membintangi program terbarunya, GBRB: Reap What You Sow. 

Saksikan Lee Kwang Soo, D.O. EXO, Kim Woo Bin, dan Kim Ki Bang menjalani aktiviti keseharian mereka dalam mengendalikan pertanian dan menanam dengan pelbagai jenis sayuran dan buah-buahan walaupun masing-masing tidak mempunyai pengalaman.

Tonton gelagat menghiburkan mereka disini



The Genius Paik 2

IMG 1587 1

Setelah berjaya dengan musim pertama, Chef terkenal Korea, Baek Jong Won kembali dengan rancangan hiburan berupa variety show memasak kelolaannya, The Genius Paik musim 2.

Dalam musim sebelumnya, mereka membuka kedai di 2 negara iaitu, Morocco dan Itali.

Kali ini Bae Jong Won datang ke Sepanyol dan mencuba nasib membuka restoran di sana. Bersama krunya, iaitu Lee Kyu Hyung, Lee Jang Woo, Kwon Yuri SNSD, dan John Park, Baek Jong Won yakin mereka mampu mengembangkan perniagaan restorannya di negara asing.

Korang boleh tonton rancangan ini disini

Teaser:




King of Karaoke: VS

IMG 2002

Siapa yang suka karaoke? Hampir semua orang suka menyanyi di tempat karaoke, apatah lagi jika mendapat hadiah puluhan juta won dan diadili oleh juri yang terdiri daripada penyanyi terkenal. Inilah konsep survival show terbaru, King of Karaoke: VS.

Rancangan hiburan dengan konsep survival show terbaru, King of Karaoke: VS akan melibatkan sekitar 100 peserta yang berasal dari pelbagai negara dan latarbelakang yang akan bersaing merebut hadiah wang tunai 100 juta won.

King of Karaoke: VS akan menjadi salah satu rancangan menarik di Viu kerana elemen pertunjukan muzik yang digemari ramai. Bukan itu sahaja, malah kehadiran selebriti popular sepertu Wooyoung 2PM, Seo Eun kwang BTOB, Soyou, Roy Kim, dan Young K DAY6 sebagai juri sudah cukup membuatkan rancangan ini pilihan ramai. 

Siapakah yang akan bertahan sehingga akhir untuk merebut hadiah wang dan menjadi pemenang yang pertama di Korea untuk program survival karaoke ini?

Rancangan hiburan ini kini boleh distrim di VIU



Universe Ticket: The Miracle of 82

IMG 2001

Program survival Universe Ticket melibatkan 82 orang peserta yang akan bertanding untuk menjadi salah seorang ahli girl group Kpop yang berjumlah 8 orang.

Universe Ticket akan disertai peserta dari lingkungan usia 12-24 tahun dari pelbagai negara seperti Korea, Jepun, Kanada, Filiphina, Thailand, Australia, Myanmar, Indonesia, Vietnam, China, Mongolia dan Itali.

Setelah terpilih, 8 anggota girl group baru ini akan debut dan menerima kontrak selama 2 tahun setengah bersama agensi F&F Entertainment.

Lebih mengujakan adalah para juri yang akan mengadili pertandingan ini terdiri daripada idol popular Kim Sejeong (The Uncanny Counters, Today’s Webtoon), ada juga Hyoyeon (SNSD), Chaeryeong and Yeji (ITZY), Younha, Rian (La Chica), dan ADORA.

Universe Ticket: The Miracle of 82 bakal menemui penonton di Viu pada 20 November 2023 ini!



Street Dance Girls Fighter 2

Reality show

Pertandingan tarian sensasi, “Street Dance Girls Fighter 2″ yang dinanti-nantikan bakal membakar pentas!

Selepas tamatnya “Street Woman Fighter 2” pada 31 Oktober, Mnet secara rasmi mengumumkan bahawa “Street Dance Girls Fighter” juga akan kembali dengan musim baharu pada 21 November ini.

“Street Dance Girls Fighter” ialah spin-off daripada “Street Woman Fighter”, yang menampilkan pelajar sekolah menengah wanita bersaing untuk menjadi krew tarian remaja terbaik di Korea. Setiap peserta akan menjalani pelbagai misi dengan cabaran yang menguji kemahiran dan kreativiti mereka.

Pemenang bakal menerima biasiswa berjumlah 10,000,000 Won dan peluang berkhidmat sebagai model pengiklanan dan menerima Street Dance Girls Fighter Trophy.

Kang Daniel, idol popular sekali lagi akan menjadi hos rancangan itu. 

Kembali sebagai mentor untuk musim baharu ini ialah alumni “Street Woman Fighter 1” Aiki dari Hook dan Gabee dinamik La Chica. Pastinya dengan pengalaman dan kepakaran luas mereka dalam dunia tarian jalanan akan memberi nilai kepada para peserta.

Selain itu, empat ketua daripada krew 4 teratas “Street Woman Fighter 2,” Bada (BEBE), Kirsten (JAM REPUBLIC), Lia Kim (1JUTA) dan Funky_Y (MANNEQUEEN), juga turut disahkan mengambil bahagian sebagai mentor dan juri untuk musim baru ini.

“Street Dance Girls Fighter 2″ akan ditayangkan pada 21 November di Viu,  menjanjikan ledakan bakat, kreativiti dan persaingan yang sengit. Nantikan ya

Langgan Viu Premium juga untuk menonton pelbagai variety show tanpa sebarang gangguan iklan.

Baca lagi: 9 Fakta Menarik “Reap What You Sow”, Variety Show Menampilkan Lee Kwang Soo, Lee Kwang-soo, Kim Woo-bin, Doh Kyung-soo, Kim Gi-bang
Baca juga: Rowoon, Jadi Duda Muda Pencari Jodoh dalam Viu Original Terbaru “The Matchmakers”