Home Artis Korea 9 Fakta Menarik “Reap What You Sow”, Variety Show Menampilkan Lee Kwang...

9 Fakta Menarik “Reap What You Sow”, Variety Show Menampilkan Lee Kwang Soo, Lee Kwang-soo, Kim Woo-bin, Doh Kyung-soo, Kim Gi-bang

0

Rancangan hiburan “Reap What You Sow” yang diarahkan oleh Na Young Suk atau lebih dikenal dengan Na PD tentunya memberikan satu pengalaman yang segar kepada penggemar rancangan hiburan Korea.

“Reap What You Sow” akan menyajikan  kisah beberapa orang petani yang tiada pengalaman dalam mengelola ladang mereka. Dibintangi oleh Kim Woo Bin, D.O. EXO, Lee Kwang Soo, dan Kim Ki Bang.

“Reap What You Sow” dengan konsep dokumentari ringan, akan mengikuti empat bintang popular dalam pengembaraan pertanian di luar bandar. Memandangkan tiada seorang pun daripada mereka tahu tentang pertanian, kekurangan pengalaman kolektif mereka membawa kepada rentetan adegan-adegan lucu ketika mereka menyahut cabaran membajak ladang kecil bersama-sama.

IMG 7614

Walaupun bergelut dengan tugas ladang yang mencabar di padang seluas 500 pyeong (kira-kira 17,792 kaki persegi), empat sahabat itu menampilkan chemistry yang meriah.

Sementara itu, jom kita semak beberapa fakta menarik tentang variety show “Reap What You Saw seperti dibawah ini:

IMG 8796

1. Reap What You Sow adalah rancangan variety show baharu dengan format dokumentari arahan pengarah terkenal Na Young Suk.

 

You reap what you sow2. Bintang utama merupakan artis terkenal Korea Selatan yang terdiri dari pelakon, idol dan  model iaitu  Kim Woo Bin, D.O. EXO, Lee Kwang Soo, dan Kim Ki Bang.

 

IMG 76133. Genre dan tema adalah komedi. Confirm tak sabar nak tengok gelagat mereka menjadi petani.

 

IMG 7611

4. Mereka akan mengurus tanaman, memasak hasil tanaman, dan saling berinteraksi satu sama lain untuk menciptakan suasana hangat

 

IMG 8794 16. Seperti rancangan variety lain, watak Lee Kwang Soo dijangka akan menunjukkan sisi kelakarnya.

 

IMG 76107. Sementara, watak Kim Woo Bin akan menerima sisi kelakar Lee Kwang Soo dan bertindak dengan berhati-hati.

 

IMG 76128. D.O. EXO adalah yang termuda antara mereka dan cuba sedaya upaya  menunjukkan kemampuannya dalam bekerja.

 

IMG 76099. Kim Ki Bang pula bertindak sebagai petani yang akan membantu ketiga orang rakannya mengelola sawah.

“Reap What You Sow” akan menyiarkan episod pertamanya pada 15 Oktober ini. Jadi, pastikan anda tidak terlepas dari menonton “Reap What You Sow” ini hanya di Viu!

Langgan Viu Premium juga untuk menonton filem-filem ini tanpa sebarang gangguan iklan.

Baca lagi: 2 Kdrama Viu Original Rowoon, Cha Eun Woo Paling Dinantikan Oktober Ini
Baca juga: Viu Malaysia Raih 10 Anugerah “Asian Academy Creative Awards 2023”, Paling Banyak di Kalangan Semua Pemain OTT di Malaysia