Home Entertainment 2 Kdrama Viu Original Rowoon, Cha Eun Woo Paling Dinantikan Oktober Ini

2 Kdrama Viu Original Rowoon, Cha Eun Woo Paling Dinantikan Oktober Ini

0

Drama siri dari Korea Selatan menjadi salah satu hiburan yang paling dicari-cari dan digemari pada saat ini.

Walaupun terdapat banyak kdrama siri dengan tema jenayah, thriller dan misteri, ia juga tidak kurang dengan pilihan cerita-cerita yang mampu mengundang gelak tawa dan menceriakan.

Kisah yang ringan, menyenangkan, dan menceriakan memberikan rasa senang hiburan buat para penonton.

Jom sama-sama kita lihat 2 buah Kdrama Viu Original dibawah dengan jalan cerita yang ringan dan menyenangkan, sangat sesuai untuk dijadikan tontonan sekeluarga!



A Good Day To Be A Dog

Kdrama

“A Good Day to Be a Dog” adalah sebuah Kdrama siri terbaru yang diadaptasi dari Webtoon oleh Lee Hye. 

Kdrama fantasi romantik komedi ini dibintangi Cha Eun-woo, Park Gyu-young, Lee Hyun-woo mengisahkan seorang wanita, Hae-na yang terkena sumpahan berubah menjadi anjing setiap kali dia mencium seorang lelaki.

IMG 7889

Disebabkan ini, Hae-na sering menolak ciuman daripada bakal pasangannya. Sumpahan itu berfungsi dengan cara di mana selepas satu ciuman, mereka bertukar menjadi anjing pada tengah malam selama 6 jam. Satu-satunya cara untuk menghapuskan  sumpahan adalah jika orang yang sama mencium mereka untuk kali kedua.

IMG 7888

Hae-na secara tidak sengaja mencium Jin Seo-won (Cha Eun-woo) seorang guru di sekolahnya semasa mabuk. Untuk menghapuskan sumpahan itu, dia cuba menciumnya lagi. Masalahnya Seo-won trauma dengan anjing.

A Good Day To Be A Dog mempunyai sejumlah 14 episod dan dua episod pertama boleh ditonton di platform penstriman Viu bermula 11 Oktober 2023, dengan episod terbaru setiap hari Rabu minggu berikutnya.

Tonton trailer
 disini



The Matchmakers

IMG 7845

Kdrama siri terbaru kedua yang pastinya tidak ingin anda lepaskan kerana ia menampilkan bintang pujaan ramai, Rowoon SF9!

Kali ini, peminat bakal melihat Rowoon beraksi dalam Kdrama siri “The Matchmakers” yang membawa tema Sageuk, diwarnai dengan kisah menghiburkan dalam genre komedi dan romantik. Dalam drama siri ini, Rowoon akan bergandingan dengan Cho Yi-hyun.

IMG 7898



Berlatarkan dinasti Joseon, drama siri The Matchmakers ini berkisah tentang pertemuan antara janda muda Jung Soon Deok (Cho Yi Hyun) dan duda muda Shim Jung Woo (Rowoon SF9). 

Sim Jung Woo (Rowoon) seorang lelaki muda yang bijak dan kacak. Beliau merupakan lelaki termuda yang berjaya menduduki tempat pertama dalam peperiksaan negeri. Ketampanannya membuatkan sang puteri jatuh cinta kepadanya dan dia dipilih menjadi menantu raja.

Namun ketika majlis perkahwinan mereka, puteri tersebut tiba-tiba meninggal dunia. Kehidupan Jung Woo pun mulai berubah dan dia menjadi lelaki yang paling malang. Mengikut adat zaman Joseon, dia tidak boleh mengambil jawatan kerajaan dan dia tidak boleh berkahwin semula.

IMG 7897

Dia kemudiannya berjumpa dengan Jung Soon Deok (Cho Yi Hyun). Jung Soon Deok ialah seorang janda muda yang mendiang suaminya merupakan anak lelaki kedua kepada naib perdana menteri pertama. Dia secara diam-diam menjalani kehidupan lain di bawah nama samaran Yeojoo Daek.

Sebagai Yeojoo Daek, dia bekerja sebagai pencari jodoh dan juga penjual barangan wanita seperti kosmetik dan aksesori. Dia terkenal sebagai pencari jodoh terbaik di ibu kota Hanyang.

Sim Jung Woo dan Jung Soon Deok akhirnya bekerjasama menyatukan lelaki dan wanita bujang yang telah berumur untuk dijadikan pasangan atau dikahwinkan.

Akan ditayangkan sebanyak 16 episod, anda boleh menyaksikan The Matchmakers di Viu bermula pada 30 Oktober ini.

 

BONUS! 

Twinkling Watermelon 

IMG 7726

Kdrama siri Twinkling Watermelon yang anda boleh tonton di Viu ini telah berjaya mencuri perhatian ramai sejak tayangannya pada September lalu.

Ini adalah kerana jalan ceritanya yang tertumpu kepada ibu bapa yang menghadapi masalah pendengaran dan percakapan, mempunyai anak yang normal dan seorang lagi anak mewarisi ketidakupayaan mereka.

IMG 7900

Ha Eun Gyeol (Ryeo Un) adalah satu-satunya ahli keluarga yang boleh bercakap dan mendengar dalam keluarganya. Suatu hari, dia tiba-tiba secara misteri terlibat dengan pengembaraan masa ke masa lalu (tahun 1995), dan bertemu dengan ibu bapanya yang masih menuntut di sekolah menengah.

Walaupun membawa genre fantasi romantis, drama siri ini juga memfokuskan tentang kehidupan para remaja yang berusaha untuk mencapai impian mereka di tengah-tengah kesukaran hidup yang mereka hadapi.

Korang boleh layan Twinkling Watermelon disini

Pastikan anda tidak terlepas dari menonton drama-drama  menarik dari Korea Selatan yang disenaraikan diatas ya!

Langgan Viu Premium juga untuk menonton filem-filem ini tanpa sebarang gangguan iklan.

Baca lagi: Twinkling Watermelon: 4 Fakta Menarik Mengapa Harus Tonton Kdrama Ini
Baca lagi: Viu Malaysia Raih 10 Anugerah “Asian Academy Creative Awards 2023”, Paling Banyak di Kalangan Semua Pemain OTT di Malaysia