Home Entertainment Viu Malaysia Raih 10 Anugerah “Asian Academy Creative Awards 2023”, Paling Banyak...

Viu Malaysia Raih 10 Anugerah “Asian Academy Creative Awards 2023”, Paling Banyak di Kalangan Semua Pemain OTT di Malaysia

0

Asian Academy Creative Awards (AAA’s) telah ditubuhkan untuk memberi pengiktirafan kepada industri kreatif sebagai kemuncak pencapaian mereka dalam penciptaan kandungan dan pengeluaran media.

Viu

Anugerah yang terbuka kepada seluruh rantau Asia Pasifik ini, menghargai kecemerlangan merentasi pelbagai platform termasuk televisyen, filem, digital, alat mudah alih, penstriman dan mana-mana teknologi baharu.

Tahun ini, Viu Malaysia sekali lagi menerima pengiktirafan di peringkat global dengan membawa pulang 10 anugerah di “Asian Academy Creative Awards”, yang diadakan di Singapura pada 28 September 2023.

Berikut merupakan 10 senarai anugerah yang telah diraih:

IMG 7115 IMG 7116

Tahniah kepada semua pemenang dan mereka yang telah menjayakan drama siri Viu Original terutamanya siri Nenek Bongkok Tiga, Hilang & Ijab Kabut. 

Bagi meraikan kemenangan ini dan tanda sokongan kita sebagai rakyat Malaysia kepada industri perfileman dan drama tempatan, jom kita “binge-watch” sekali lagi 3 drama siri Viu Original ini.

Sangat menarik kerana ketiga-tiga drama siri ini menampilkan kepelbagaian genre termasuklah seram thriller dan romantik komedi. Jom kita lihat dibawah ini!


Nenek Bongkok Tiga

IMG 7109

Misteri di sebalik “Nenek Bongkok Tiga” tentang seorang nenek tua yang hendak mewariskan saka kepada cucu yang terpilih.

Drama siri 10 episod ini membawa kelainan baru di dalam industri drama melayu. Drama arahan Datuk Yusry Abdul Halim ini mengetengahkan elemen dark fantasy thriller dan dibintangi oleh Hun Haqeem, Sara Ali, Merqeen, Syafie Naswip, Sofia Jane, Ashraf Muslim, Syazwan Zulkifly, Fimie Don, Rykarl Iskandar dan Sherie Merlis.

Berlatarbelakangkan sebuah rumah agam yang besar terletak ditengah-tengah hutan, 8 orang tiba-tiba terjaga dari tidur dan menyedari yang mereka telah dijadikan tebusan oleh seorang nenek bongkok tua pemilik rumah agam tersebut.

Apa yang lebih menakutkan lagi, mereka bukan sahaja terperangkap dalam rumah agam itu tetapi juga tiada jalan keluar di hutan sekelilingnya kerana ternyata mereka berada di dimensi lain.

Dengan ancaman bahaya yang menanti mereka, kelapan-lapan tebusan tersebut terpaksa menyelesaikan beberapa siri permainan yang dicipta oleh Nenek. Dengan harapan dapat kembali selamat ke dunia asal mereka, mereka berhadapan dengan sisi hitam masing-masing dan saling mengkhianati. Namun, apa yang tidak diketahui mereka, permainan ini adalah satu perangkap untuk Si Nenek mencari penggantinya!

Menarik? Jom tonton disini

 

Hilang

IMG 7110

Siri Viu Original bertajuk Hilang arahan oleh Ghaz Abu Bakar ini dibarisi bintang-bintang terkenal termasuklah Aqasha, Siti Saleha, Khir Rahman, Jasmine Suraya dan ramai lagi.

Hilang mengisahkan tentang misteri kehilangan seorang remaja warga asing di pekan kecil Kampung Seri Daik yang membawa Inspektor Munir (Khir Rahman) kembali ke tempat kelahiran yang ditinggalkannya 17 tahun lalu. Dia bertemu dengan Ustaz Yusof (Aqasha), seorang ustaz dan rakan lamanya yang dituduh sebagai punca kematian adiknya.

Apabila seorang lagi remaja hilang secara misteri, Ustaz Yusof percaya penjenayah yang mereka cari mungkin bukan dari dunia ini. Satu demi satu pembunuhan berlaku imembuatkan Inspektor Munir terpaksa percayakan Ustaz Yusof kerana kelebihannya walaupun merasa dendam dan rasa marah atas kematian adiknya dahulu. Mereka pun bekerjasama untuk membongkar kejadian misteri tersebut.

Berjaya tak mereka mencari pembunuh yang terlibat? Korang boleh tonton siri misteri dan thriller 10 episod ini di aplikasi Viu


Ijab Kabut

IMG 7111

Ijab Kabut adalah sebuah drama romantik komedi yang dibintangi oleh Azira Shafinaz, Iedil Dzuhrie Alaudin dan juga Fadlan Hazim.

Ia mengisahkan tentang seorang wanita bernama Deanna yang sedang dalam perancangan untuk mengadakan majlis perkahwinan tetapi ianya musnah secara tiba tiba apabila Saiful, tunangnya mengundurkan diri di saat akhir.

Keadaan menjadi kelam kabut apabila Deanna masih mahu melanjutkan perkahwinan tersebut dengan mencari pengganti secepat yang mungkin.

Impian perkahwinan Deanna yang hampir terkubur membuatkan Deanna merancang untuk mendapatkan ‘stand-in boyfriend’ bagi menutup kisah perpisahannya dengan Saiful.

Deanna telah meminta bantuan Khai, tetapi Khai tidak hadir dan Mat yang bersimpati dengan keadaan Deanna telah berpura-pura menjadi tunang kepada Deanna. Maka bermulalah, kisah cinta tiga segi antara mereka. Deanna mula di dalam dilema untuk memilih Khai atau Mat bagi menjadi pengantin sebenar di hari perkahwinannya nanti.

Adakah semua yang dirancang oleh Deanna akan berjalan lancar? Adakah majlis perkahwinan tersebut akan diteruskan? Siapa pilihan Deanna akhirnya?

Jom tonton Ijab Kabut di aplikasi Viu

Dah menang anugerah, confirm menarik kan drama bersiri ni? Jadi, pastikan korang tidak terlepas dari menonton 3 drama siri Viu Original yang disenaraikan diatas nanti ya! Sesuai untuk ditonton bersama keluarga!

Langgan Viu Premium juga untuk menonton drama-drama ini tanpa sebarang gangguan iklan.

Baca lagi: 5 Kdrama Menarik Kim So Hyun Yang Boleh Ditonton di Viu, Selain My Lovely Liar
Baca juga: Twinkling Watermelon: 4 Fakta Menarik Mengapa Harus Tonton Kdrama Ini