Home News Twinkling Watermelon: 4 Fakta Menarik Mengapa Harus Tonton Kdrama Ini

Twinkling Watermelon: 4 Fakta Menarik Mengapa Harus Tonton Kdrama Ini

0

Twinkling Watermelon telah mendapat rating No.1 untuk tayangan perdananya!

Twinkling Watermelon menjadi salah satu drama Korea terbaru bergenre fantasi romantis remaja yang telah lama dinanti-nantikan oleh peminatnya.

Drama siri Twinkling Watermelon, mengisahkan tentang kehidupan para remaja yang berusaha untuk mencapai impian mereka di tengah-tengah kesukaran hidup yang mereka hadapi.

Drama yang menggantikan slot My Lovely Liar di Viu ini akan ditayangkan setiap hari Isnin dan Selasa bermula dari 25 September 2023.

4 fakta menarik yang anda perlu tahu tentang Kdrama Twinkling Watermelon:


1. Karakter utama

Twinkling watermelon

Twinkling Watermelon menampilkan barisan karakter utama iaitu Eun Gyeol, Yi Chan, Se Kyung, dan Cheong Ah yang datang dari keluarga dengan latar belakang berbeza, namun mereka bersatu kerana takdir yang menghampiri mereka. Keempat remaja ini akan menempuh pelbagai suka dan duka bersama dengan lima remaja lain yang ada di dalam drama ini.

Twinkling watermelon

Eun Gyeol dilakonkan oleh Ryeo Un. Dia merupakan seorang anak kepada ibubapa yang kehilangan deria untuk mendengar. Walaupun demikian, Eun Gyeol membesar sebagai seorang anak yang memiliki bakat luar biasa dalam bidang muzik. Karakter Eun Gyeol digambarkan sebagai pelajar contoh di siang hari, dan gitaris band di malam hari. Sehinggalah akhirnya takdir membawanya ke tempat yang tak pernah dia bayangkan.

IMG 6061

Karakter Yi Chan pula dilakonkan oleh Choi Hyun Wook yang tinggal bersama neneknya. Menariknya karakter Yi Chan ini ialah dia seorang yang gemar bersosial sehingga menyimpan pelbagai informasi kerana mengenali ramai orang.

IMG 6160

Watak Se Kyung dilakonkan oleh Seol In Ah yang merupakan pelajar popular di Sekolah Menengah Seni Seowon. Se Kyung adalah seorang pemain alat muzik cello.

IMG 6058

Dan Cheong Ah seorang remaja yang cacat penglihatan, lakonan Shin Eun Soo. Empat karakter ini kemudian membentuk sebuah band bernama Twinkling Watermelon.



2. Konsep perjalanan merentas masa

IMG 6162

Twinkling Watermelon adalah salah satu drama Korea yang bertema time slip atau time travel tahun ini. Eun Gyeol secara misteri merentas masa dari masa kini ke tahun 1995, dan bertemu dengan ayahnya, Yi Chan, yang masih menuntut di sekolah menengah.

Dalam kebingungannya itu, Eun Gyeol menghadapi pelbagai kejadian yang menambahkan kebingungannya. Selain merasa aneh bagaimana dia boleh berada di tahun 1995, dia juga dikejutkan dengan fakta bahawa cinta pertama ayahnya dulu bukanlah ibu kandungannya dimasa kini.

Baca lagi: 2 Episod Pertama “Escape Of The Seven” Meraih Rating Tinggi, Tetapi Dikritik K-netz

3. Karya penulis dan pengarah terkenal

IMG 6160 IMG 6164

Drama Twinkling Watermelon ini ditulis oleh Jin Soo Wan, penulis drama The Moon Embracing The Sun (2012) yang dinobatkan sebagai Best Screenplay di MBC Drama Awards tahun itu. Jin Soo Wan juga menulis drama Korea popular lain seperti Kill Me Heal Me dan Chicago Typewriter. Wow! Hebatkan?

Manakala pengarahnya pula adalah Son Jung Hyun yang dikenali melalui drama arahannya Mental Coach Jegal, When My Love Blooms, dan Protect The Boss.



4. Karakter utama yang kurang upaya

IMG 6057

Shin Eun Soo tampil sebagai watak dari masa lalu yang mempunyai cita-cita dan keinginan tinggi untuk bersinar sebagai seorang pelukis. Watak ini merupakan watak kebiasaan Shin Eun Soo sering tampil membawakan watak remaja. 

Pasti ramai yang tertanya-tanya tentang apa kelainan watak yang dibawa oleh Shin Eun Soo dalam drama siri baru Twinkling Watermelon bukan?

Shin Eun Soo membawa watak sebagai Cheong Ah yang mengalami gangguan pendengaran sejak kecil lagi dan dia lebih suka untuk mengekspresikan dirinya melalui seni. Malangnya, keluarganya tidak dapat menerima kekurangan yang dimilikinya.

Cheong Ah juga mempunyai sikap yang dingin, tidak hairanlah dia selalu digelar “Puteri Air Batu”. Watak Cheong Ah ini juga jarang berkomunikasi dengan orang lain, dia lebih menyukai perbualan dan perbincangan yang singkat dan pendek.

IMG 6165Twinkling Watermelon bukan sahaja menjanjikan sebuah drama remaja yang penuh cinta dan emosional malah pada waktu yang sama,ia juga bakal menyajikan komedi segar di setiap episodnya.

Jadi, pastikan anda tidak terlepas dari menonton Twinkling Watermelon setiap hari Isnin dan Selasa hanya di Viu!

Langgan Viu Premium juga untuk menonton drama ini tanpa sebarang gangguan iklan.

Baca lagi: 4 Filem Seram dan Thriller Misteri Korea Wajib Tonton di Viu
Baca juga: 5 Kdrama Menarik Kim So Hyun Yang Boleh Ditonton di Viu, Selain My Lovely Liar